Monday, 17 December 2018

[Video Suasana Hiba Di Sidang Media Pemergian Anggota Bomba Muhammad Adib] TPM minta rakyat bertenang...Adib meninggal dunia & Kematian Adib diklasifikasi kes bunuh.

Selasa, 18 Disember 2018
Inna lillahi wainna ilai hirojiuun.. Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kembali  menemui PenciptaNya jam 9.41 malam Isnin 17,2018. Arwah bakal berkahwin Ahad 23,2018 dengan Nurul Najihah bt Mohd Radzi Salam Takziah Untuk Keluarga dan tunang... Tiada cerita sebenar untuk kita dengar.. Tentang bagaimana beliau di belasah.. CARI PEMBUNUH ADIB SAMPAI KE LUBANG CACING!

TPM minta rakyat bertenang, jamin pembunuh Adib akan dihukum

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua rakyat Malaysia bertenang dan memberi jaminan pihak yang bertanggungjawab atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tidak akan terlepas daripada hukuman.
"Saya teramat hiba mendengar pemergian saudara Muhammad Adib. Beliau merupakan seorang wira. Takziah diucapkan buat keluarga termasuk tunang beliau, sahabat handai dan seluruh warga bomba.
"[..] Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan tidak bertindak mengikut emosi," katanya dalam kenyataan media malam ini.
mk.

Adib meninggal dunia

Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia 9.41 malam tadi.
Perkara itu turut disahkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan malam ini.
"Dukacita dimaklumkan Pegawai Bomba Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada jam 9.41 malam.
"Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman," kata kenyataan media berkenaan.
mk.

Kematian Adib diklasifikasi kes bunuh

Polis mengklasifikasikan semula kes kecederaan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai kes membunuh, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Ab Rashid Ab Wahab.
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Kes itu sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Muhammad Adib, 24, merupakan salah seorang anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lalu.
Bagaimanapun, dalam insiden itu, Muhammad Adib diserang perusuh menyebabkan beberapa tulang rangkanya patah selain mengalami kecederaan dalaman.
Beliau menerima rawatan lanjut di Institut jantung Negara (IJN) sejak 28 Nov lalu sehingga disahkan meninggal dunia 9.41 malam tadi.
mk.

1 comments:

Syahid said...

Bismillahir Rahmanir Rahim

https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI


Web: almawaddah.info

Salam wa rahmah

Kepada;

Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin..?
Terima kasih wa 'afwan.

Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.



Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena