Monday, 17 December 2018

[Video Terima pemimpin Umno keluar parti antara punca Nurul Izzah letak jawatan] Isk, iskk Najib..Najib! Najib memberi konsesi kepada Lee Hsien Loong menggunakan ruang udara dan perairan Johor sebagai balasan untuk ubah wang haram 1MDB di Singapura.

Selasa, 18 Disember 2018
Najib memberi konsesi kepada Lee Hsien Loong menggunakan ruang udara dan perairan Johor sebagai balasan untuk ubah wang haram 1MDB di Singapura.
Related image
Sebagai satu balasan untuk membantu bekas PM Malaysia, Najib Razak bagi mengubah wang haram dana 1MDB di Singapura, PM Singapura, Lee Hsien Loong telah sediakan senarai konsesi termasuk Perjanjian Keretapi Berkelajuan Tinggi, diskaun drastik terhadap penjualan air mentah dan mengunakan ruang udara dan perairan Malaysia sebagai pertukaran. Secara tak langsung ianya telah mencabul kedaulatan Malaysia di Selat Johor dan Johor Selatan. 

Pada Oktober 2016, Singapura memulakan projek S$50 juta pembinaan semula terminal Seletar Airport. Terminal jet persendirian itu telah melepasi bajetnya sebanyak 60% kepada S$80 juta, dan penggunaan ruang udara di selatan Johor tidak mendapat bantahan daripada PM Najib Razak ketika itu. Pentadbiran Najib tidak mendaftarkan protes langsung terhadap Singapura yang begitu bebas menggunakan ruang udara dan perairan Malaysia tanpa mempedulikan kedaulatan udara dan perairan Malaysia selama dua tahun lalu, dan projek itu diteruskan kerana PM Singapura yakin kerajaan Malaysia di bawah Najib Razak tidak akan menimbulkan sebarang kekecohan dan bantahan terhadap kedaulatan negara Malaysia. 

Pada masa yang sama lebih kurang setahun sebelum Oktober 2015, Malaysia mengumumkan pembinaan tambahan Pelabuhan Johor - yang kini Singapura mengadu bahawa tambahan itu "secara serius melanggar" wilayah lautannya. Pembinaan tambahan pelabuhan Johor selama 3 tahun itu tidak langsung dibantah oleh kerajaan Singapura ketika itu. Nyata ini adalah sebahagian daripada persetujuan sulit  di antara kedua-dua Perdana Menteri  Malaysia dan Singapura waktu itu yang dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuan orang ramai. 

Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dr.Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau tidak akan terlibat dalam perbincangan peribadi dengan PM Lee Hsien Loong. PM Malaysia yang baru secara terang-terangan menolak jemputan PM Lee Hsien Loong untuk adakan "pertemuan peribadi pemimpin" pada Oktober 2018 - iaitu satu acara tahunan makan malam Najib Razak yang dilakukan setiap tahun bersama PM Lee Hsien Loong bersama2 dengan isteri mereka. Kini Malaysia di bawah pentadbiran baru tidak lagi sanggup menerima rasuah dan memertai perjanjian2 peribadi. Ini  telah terbukti menimbulkan masalah kepada PM Lee Hsien Loong, kerana pentadbiran baru dipilih atas komitmen memerangi rasuah. 

Nyatalah PM Lee Hsien Loong dari Singapura masih begitu lambat untuk mengubah keterlibatannya dengan Malaysia baru, yang kini lebih demokratik dan bebas dari rasuah berbanding dengan Singapura. Hubungan dua hala tidak akan bertambah baik apabila sikap kediktatoran Singapura masih berkembang seperti rasuah undang2 dan menulis semula undang2 tempatan, yang sepatutnya tidak boleh untuk undang-undang antarabangsa. - Singapore Herald (Rencana ini adalah terjemahan dan adaptasi dari artikal berjodul "Lee Hsien Loong given Najib's concessioon on Johore airspace and waters for laundering 1MDB" - Singapore Herald) -TS  
Lee Hsien Loong given Najib's concessioon on Johore airspace and waters for laundering 1MDB... 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena