Tuesday 18 December 2018

[Video DR ROZAIMI: Komen Kenyataan Tun M 'Pentadbiran Agama Berdasarkan Quran & Hadis Sahih'] Pas dakwa DIKHIANATI Umno sekali lagi! Langkah Zahid jalan tengah atau jalan mengah?

Rabu, 19 Disember 2018

Langkah Zahid jalan tengah atau jalan mengah?

Kalau mengikut kelaziman politik moden, lepaslah 100 hari. Tapi belumlah mencapai 200 hari.
Umumnya hari pertama Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden ialah pada 1 Julai 2018. Demokrasi yang diamalkan Umno membolehkan beliau dilantik mengisi tempat Najib Razak.
Pada 1 Julai itulah Ahmad Zahid mengumumkan gagasannya untuk merombak semula Umno selepas parti itu terduduk teruk ditolak rakyat yang mengundi pada 9 Mei 2018.
Ahmad Zahid juga mengumumkan rancangannya menjenamakan semula BN. Berbanding Umno, BN itulah yang lebih parah sakit dan lukanya dalam pilihan raya umum (PRU) berkenaan.
Lihat saja pencapaian parti komponen BN selepas PRU ke-14. Apa jadi kepada MCA dan MIC? Gerakan, tak usah ceritalah.
Selepas 171 kemudian Ahmad Zahid yang sama itulah mengumumkan keputusannya menyerahkan kuasa presiden kepada timbalannya, Mohamad Hasan.
Zahid - yang masih mempunyai kerusi di Dewan Rakyat - menghulurkan 'baton kuasa' untuk mengemudi Umno kepada Mohamad yang kini tidak lagi mempunyai sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
Antara Zahid dan Mohamad
Tapi itulah yang berlaku. Ahmad Zahid memilih detik di hujung-hujung 18 Dis 2018 bagi mengumumkan keputusan berkenaan.
Pedulilah apa istilah yang digunakan untuk menjelaskan peralihan kuasa berkenaan, sama ada bercuti, berundur atau mengambil jalan tengah
Itu adalah bahasa politik dan diplomasi bagi menjaga air muka daripada diketawa musuh. Suka atau tidak, begitulah.
Dan suka atau tidak juga, secara umum Mohamad lebih diyakini untuk mengemudi Umno berbanding Ahmad Zahid. Tolak ke tepilah seketika faktor bagaimana bakat pengucapan awam kedua-dua tokoh itu. Mohamad tetap lebih kelihatan berwibawa berbanding Ahmad Zahid.
Tidak dapat tidak, memang ada yang bersedih. Cuak pun, tentulah banyak. Beralihnya kuasa nakhoda parti bermakna berubah juga cara pendekatan dan strategi.
Kesedihan dan cuak itu pula bukan saja dialami oleh orang Umno. 'Kawan baru Umno' versi Ahmad Zahid juga sedikit sebanyak akan tersentuh nalurinya.
Selama ini Ahmad Zahidlah yang memberikan harapan buat PAS. Selain Ahmad Zahid, cuma Annuar Musa, Ismail Sabri Yaakob, Shamsul Anuar Nasarah yang ketara menari seirama dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
Oh, jangan lupa Lokman Noor Adam juga.
Mohamad - ada jugalah sesekali nampak. Misalnya beliau hadir pada himpunan memarahkan Pakatan Harapan di Jalan Raja Kuala Lumpur pada 8 Dis lalu.
Kini Umno di bawah Mohamad menarik untuk dilihat. Sebagai orang Negeri Sembilan peribahasa, kiasan dan bidalan beliau memang selalu mempersona. Lebih penting, ia menikam dalam seni dan bersifat 'garam', bukannya langau.
Menarik untuk melihat bagaimana Mohamad menyusun semula Umno pasca-PRU ke-14. Misalnya, di mana beliau akan meletakkan orang seperti Khairy dan Mohamed Khaled selepas ini.
Tidak kurang seronoknya untuk dipandang ialah, di mana PAS nak meletakkan sikap mereka. Tapi biasalah, kadang-kadang langkah mereka sukar difahami. Semuanya kerana mantiq mereka yang sangat tinggi.
Mohamad tentu lebih lincah bersilat dengan PAS berbanding Ahmad Zahid.
Untuk rekod tarikh 18 Dis sebenarnya agak menarik juga. Ia adalah tarikh lahir Steven Spielberg seorang pemain perfileman yang hebat dan berpengaruh. Dia lahir 72 tahun lalu.
Kublai Khan juga secara rasmi menamakan semula empayarnya sebagai Yuan, dan bermulalah Dinasti Yuan pada 18 Dis 1271.
Tarikh 18 Dis juga diisytihar sebagai Hari Migran Antarabangsa. Sayu juga mengenangkan nasib Ahmad Zahid yang membuat pengumuman langkahnya itu pada hari dunia memperingati migran antarabangsa.

AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini yang kadang-kadang mengah melihat cara politik sesetengah menteri.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena