Saturday 22 December 2018

[Video Bersatu berisiko JADI UMNO 2.0?] Huh, Semua lorong tambah nilai ditutup! Zahid dah kosongkan pejabat presiden Umno & Potret Zahid juga diturunkan?

Sabtu, 22 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Sesiapa yang bergerak Di highway seluruh negara esok dari 21hb December 2018 sehingga 02hb Januari 2019...Sila top up tambahan nilai card TouchnGO diluar.
Semua lorong tambah nilai ditutup.
Peringatan untuk semua...

Zahid dah kosongkan pejabat presiden Umno - Sumber

Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan sudah mengosongkan pejabatnya di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut sumber, Ahmad Zahid telah mengemas barang-barang peribadi di pejabatnya sebaik mengumumkan keputusan menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan.
Kata sumber itu, keputusan tersebut dibuat Ahmad Zahid atas kerelaannya tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pejabat itu dikosongkan terus ataupun untuk beberapa tempoh yang ditetapkan sepanjang Mohamad menjalankan tugas presiden.
"Ahmad Zahid mengemas barang-barang peribadi di pejabatnya (pejabat presiden Umno) selepas beliau mengumumkan keputusannya untuk serah tugas kepada Tok Mat (Mohamad).
"Beliau (Ahmad Zahid) kata tidak mengapa (mengosongkan pejabat) kerana keputusan sudah dibuat (menyerahkan tugas)," katanya kepada Malaysiakini.
Untuk rekod, Ahmad Zahid masih merupakan presiden Umno yang sah mengikut perlembagaan parti meskipun telah menyerahkan tugasnya kepada Mohamad.
Potret Zahid juga diturunkan?
Sementara itu, hari ini tular gambar Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam yang pertama kali dipengerusikan Mohamad, tanpa potret Zahid di belakangnya.
Sekeping lagi menunjukkan gambar lama ketika Zahid mempengerusikan mesyuarat berkenaan, yang menyaksikan potret itu masih bergantung.
Jika gambar tersebut tulen, ini menunjukkan potret Ahmad Zahid juga telah diturunkan di bilik mesyuarat berkenaan.
Malaysiakini menghubungi Anggota MT Umno, Tajuddin Abdul Rahman bagi mendapatkan kepastian mengenai gambar yang tular itu.
Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata, beliau tidak sedar mengenai perkara itu, namun mengatakan gambar itu mungkin telah diubah suai oleh 'budak-budak nakal'.
Ahmad Zahid pada 18 Dis lalu mengumumkan keputusannya menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya berkuat kuasa serta merta.
Jelasnya, keputusan itu diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti.
Katanya itu adalah langkah terbaik bagi parti itu sekiranya beliau dilihat sebagai punca utama kepada wakil rakyat Umno lompat parti.
“Jika benar saya menjadi punca utama (kepada lompat parti), maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah sebaik-baiknya untuk saya berikan kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas presiden.
“Ini tentunya sesuai dengan semangat dalam perlembagaan Umno sendiri bahawa jika presiden tidak mendapat ‘hidayah’, maka kaedah terbaik (adalah) berikan kepercayaan pada timbalan presiden untuk jalankan tugas presiden,” katanya selepas program Umno di Menara Dato Onn.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena