Tuesday 25 December 2018

[Video Serahkan sepenuhnya ISU P.WAYTHA kpd pihak polis] Warkah Balas ADINDA NURUL IZZAH utk Kanda Mujahid (perjalanan dari meja makan ke tandas sebab geli nak muntah!) & Teresa Kok mahu saman Azwanddin.

Selasa, 25 Disember 2018
Image result for Gambar Nurul izzah yang cantik
WARKAH BALAS UNTUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Kehadapan kekanda Dr Mujahid Yusof Rawa yang tidak digemari.
Apa jilake kau tulis panjang panjang dekat facebook? Siap adinda kekanda bagai? Geli tau geli?
Whatsapp kan ada? Buat malu orang sahaja.
Kes arwah Adib sudah selesaikah?
Sekian,
Yang benar,
ADINDA NURUL IZZAH
(perjalanan dari meja makan ke tandas sebab geli nak muntah)

Image result for Gambar Nurul izzah yang cantik

Warkah kekanda Mujahid buat adinda Izzah

Surat terbuka ini dikarang ketika penulis sedang melakukan perjalanan darat dari Cordova ke Madrid, di Sepanyol.
Ke hadapan adinda Nurul Izzah yang dikasihi,
Kekanda kini dalam perjalanan darat tiga jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari. Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku 'Puteri Reformasi'.
Gelaran itu bukanlah mudah untuk dikalungkan kepada sesiapa walaupun ramai wanita muda era reformasi bangkit bersama, ini adalah kerana adinda ialah lambangnya dan simbol yang sinonim dengan gelombang reformasi. Kekanda amat bangga dengan gelaran itu malah kekanda sering menjadikannya inspirasi kepada anak-anak dan golongan muda lain agar mencontohi susuk tubuh 'puteri' ini.
Adinda,
Kekanda pernah menasihati adinda bahawa jalan untuk adinda masih panjang dan jauh dan pastinya adinda akan sampai jua dihujungnya. Kekanda cuba menyelami perasaan anak muda seperta adinda dalam politik kepartian yang penuh dengan persaingan individu dan kekelompokan.
Percayalah, kekanda telah melaluinya sehingga kekanda terpaksa membuat tindakan yang sukar lagi berisiko, semuanya gara-gara tabiat politik kepartian. Kekanda tidak mahu adinda tumpas dengan medan politik dalaman yang kadang-kadang tidak berhati perut....
MUJAHID YUSOF RAWA
mk.

Teresa Kok mahu saman Azwanddin

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata beliau akan mengambil menyaman Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah kerana mengaitkanya dengan rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
"Saya mahu saman dia (Azwanddin)... Jumpa di mahkamah.
"Saya tidak ada kaitan dengan insiden rusuhan kuil di Subang Jaya atau pemaju berkenaan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Azwanddin, dalam himpunan di Klang hari ini mendakwa Teresa Kok mempunyai kaitan dengan pemaju yang merupakan pemilik tanah tapak kuil berkenaan.
Pemaju, One City Development didakwa mengupah samseng bagi mengambil alih kawasan kuil berkenaan yang seterusnya menyebabkan rusuhan pada 25 dan 26 Nov lalu.
Rusuhan berkenaan menyebabkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah dan seterusnya meninggal dunia pada 17 Dis lalu.
Pemaju bagaimanapun menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya mengupah samseng.
Dalam ucapannya di perhimpunan itu, Azwanddin mendakwa Teresa Kok tidak menafikan kaitannya dengan pemaju berkenaan.
Untuk rekod, media sudah melaporkan penafian Teresa Kok berhubung tuduhan itu bulan lalu.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena