Tuesday, 25 December 2018

[Video Pemandu bas ekspres dipukul di R&R Gambang, lima lawan satu] Presiden Jaringan Melayu Malaysia ugut serang balai polis?

Rabu, 26 Disember 2018

Azwanddin ugut serang balai polis jika 'penyebab' rusuhan tak ditangkap

Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang sekiranya pihak yang menyebabkan rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman tidak ditangkap.
"Amaran saya kepada mereka, segara tangkap pemaju, tangkap peguam (yag mewakili pemaju), jika tidak, kita akan serang Balai Polis Klang," katanya pada himpunan di Dataran Seni Klang hari ini.
Azwanddin juga mendedahkan bahawa polis mahu menahannya kerana menghadiri perhimpunan mendesak peletakan jawatan menteri perpaduan P Waythamoorthy di Putrajaya.
"Dua hari lepas datang notis, sebab waran dikeluarkan untuk tangkap saya kerana berhimpun di Putrajaya.
"Amboi cantik kamu, saya tak bunuh orang pun. Saya tak culik orang pun. Saya tak tangkap orang pun. Yang saya buat, saya bangkit kerana Melayu dan Islam," katanya.
mk.

Tak puashati punca pergaduhan di R&R Gambang - Polis

Polis mengesahkan rasa tidak puas hati sebagai punca pergaduhan antara kakitangan gerai di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di Kuantan, dengan pemandu bas ekspres yang videonya tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata laporan polis oleh kakitangan gerai mendakwa berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka dengan pemandu bas, namun tidak menyebut ada memukul pemandu bas itu.
"Polis juga menegaskan kejadian itu bukan melibatkan pergaduhan antara kaum seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya disebabkan rasa tidak puas hati pihak terlibat," katanya semasa dihubungi semalam.
Mohamad Noor menambah setakat ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau menambah polis juga telah mengenal pasti lima individu terlibat dalam kejadian itu, dan tangkapan berkemungkinan dilakukan dalam masa terdekat.
Pemandu bas itu juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Kuala Terengganu, Terengganu, katanya.
Video berdurasi seminit 48 saat itu yang tular semalam, menunjukkan pergaduhan antara kakitangan R&R dengan seorang pemandu bas ekspres yang dikatakan berlaku pada pukul 1.30 pagi kelmarin.
Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) Anih Berhad dalam kenyataan media semalam, mengesahkan sedang menjalankan siasatan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas kakitangan terlibat, jika disabitkan bersalah.
-- Bernama

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena