Ahli Parlimen Masjid Tanah itu memaklumkan, keputusan tersebut dibuat demi membela untung nasib pengundi di kawasan beliau.
“Insya-Allah, saya berharap dapat turut sama membantu usaha Bersatu selaku parti komponen kerajaan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan wanita muda. Saya percaya inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk.
“Di samping bersikap lebih terbuka dalam memperjuangkan nasib belia supaya mereka dapat merasai satu kehidupan yang lebih baik dan juga untuk mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah bagi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mas Ermieyati turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kepimpinan parti kerana menerima penyertaan beliau. – UTUSAN ONLINE