Sunday, 23 December 2018

[Video Rakyat tak nak dengar lagi masalah] Kalu DAP buat macam ni walaun/walauncai demo sakan...Timb. Menteri Pendidikan gesa budaya minta kontrak, surat sokongan dihentikan.

Ahad, 23 Disember 2018
Kalu DAP buat macam ni  walaun/macai demo sakan... 

Timbalan Menteri Pendidikan gesa budaya minta kontrak, surat sokongan dihentikan




Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menegur pihak yang cuba meminta habuan dalam bentuk penganugerahan kontrak dan surat sokongan daripada beliau.
Menulis di Facebook, beliau yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, meminta mereka agar menghentikan amalan seumpama itu.
“Berhenti hantar emel kepada saya untuk minta kontrak. Kerana saya tidak akan buat. Tolong jangan minta surat sokongan daripada saya. Kerana saya tidak akan keluarkan sebarang surat.
“Kita benci Jho Low. Dan saya tidak berminat untuk jadi Puan Kleptokrat.
“Bukankah kamu mengundi Pakatan Harapan kerana kamu mahu sebuah kerajaan bersih?” katanya.
Rata-rata pengguna laman maya memuji tindakan Nie Ching. Pengguna Facebook dengan nama Johan Akmalbudi berkata “Tabiat lama sukar dibuang, tapi kita harus berubah”.
David Hor pula menyambut baik tindakan itu dan meminta agar mereka mendapatkan tender dengan cara yang betul.
“Usaha yang bagus. Biar mereka dapatkan tender dengan cara yang betul dengan SOP yang betul,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena