Friday 21 November 2014

Kalau fitnah 1MDB, kami sudah ke penjara – Rafizi

Jumaat, 21 November 2014

Rafizi forum
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tidak berganjak daripada dakwaannya bahawa kerajaan Persekutuan menanggung hutang Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM19.5 bilion. 

“Daripada RM42 bilion hutang 1MDB yang telah kita ketahui, RM20 bilion itu telah disahkan secara fakta dan sahih bahawa ia membawa tanggungan terus kepada kerajaan.

 “RM5.8 bilion dijamin secara terus oleh kerajaan itupun selepas kerajaan sendiri membuat pengakuan untuk tanggung pinjaman berkenaan,” katanya di hadapan kira-kira 400 hadirin dalam Forum ’1MDB Negara Berhutang’ di  Petaling Jaya, malam tadi. 

Menurut Rafizi, terdapat dua lagi pinjaman lain yang disembunyikan kerajaan dan telah didedahkan Pakatan Rakyat di parlimen.

“Kedua-dua pinjaman itu adalah, RM9.7 bilion yang datang dengan surat sokongan yang mana kerajaan perlu membayar pinjaman berkenaan sekiranya 1MDB tidak mampu bayar dan juga RM4 bilion daripada Wang Amanah Pencen (KWAP) yang telah dibelanjakan,” jelasnya.

Justeru katanya, melalui ketiga-tiga tanggungan itu, kerajaan dianggarkan berdepan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion tidak termasuk hutang-hutang sedia ada syarikat itu yang berjumlah RM42 bilion.

Rafizi turut membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sengaja membawa isu 1MDB untuk memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.

“Setelah kami semak segala maklumat ini benar, tidak mefitnah dan ada kepentingan awam, maka isu ini kami bawa terus kepada rakyat dan media.

“Kami berdepan dengan saman, tindakan. Kalau apa yang kami sebutkan itu tidak betul, sudah lama kami dimasukkan ke penjara,” jelas Rafizi mendapat tepukan hadirin yang hadir.

Jelas Rafizi, segala pendedahan yang dibuat beliau berdasarkan dokumen-dokumen yang diperolehinya seperti pendedahan mengenai skandal NFC melibatkan bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

“Dulu masa kita bongkar pasal NFC, tak ada orang percaya lembu boleh duduk dalam kondo dan kita sendiri pun tidak percaya skandal itu boleh berlaku.

“Tetapi setakat ini isu yang kami bawa, kami akan berikan bukti sehinggalah menteri atau kerajaan pada mulanya akan menafikan pun akhirnya akan akui juga. Misalnya dalam kes NFC, sampai Ketua Wanita Umno sendiri letak jawatan,” sindir Rafizi.

sumber... 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64164

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena