Monday 24 November 2014

IS (Islamic State)...Dibentang bukti rejim Najib adalah budak Amerika?

Selasa, 25 November 2014
Kenyataan Umum
25 November 2014

Kertas Putih IS Dibentang Bukti Rejim Najib Razak Adalah Budak Amerika

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM) kecewa dengan tindak tanduk Perdana Menteri yang terus tunduk dan takut dengan Amerika Syarikat. Esok, 26 November 2014, Najib Razak akan menggunakan Parlimen Malaysia untuk membuktikan negara ini akan terus kekal mampu menjadi budak Amerika yang baik.

SAMM mendapat maklumat bahawa pada jam 11.30 pagi esok, Najib Razak sendiri akan membentangkan Kertas Putih mengenai IS (Islamic State). Desakan pembentangan kertas putih ini langsung tidak kedengaran tuntutannya dalam negara bagi menuntut penjelasan mengenainya selain daripada desakan Amerika Syarikat dan salakan 2-3 kerat pemimpin yang disusun bagi menunjukkan Malaysia adalah alat kepada Amerika Syarikat.

Kertas putih adalah satu cara berdasarkan sistem demokrasi berparlimen bagi memberikan penjelasan dan mencari kebenaran bagi sesuatu persoalan besar dalam negara. Mengapa Najib memilih IS?

Mengapa tidak ada kertas putih berhubung MH 370? Kenapa tidak ada kertas putih untuk MH17 dan insiden serangan di Lahad Datu? Atau mengapakah tidak dibentangkan laporan RCI berhubung isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah yang telah tertangguh lama dan juga telah dijanjikan oleh Menteri untuk dibentangkan pada sesi mesyuarat kali ini?

Jawapannya adalah mudah. Rejim yang ada hari ini tidak pernah mempedulikan rakyat sendiri. Isu MH17 dan MH370, kita tersepit dalam pertembungan politik dunia dan sangat ketakutan apabila diugut. Rejim Pemerintah langsung tidak mempunyai keberanian untuk bangkit mempersoalkan apa jua yang berlaku walaupun ia telah mengakibatkan nyawa ramai manusia melayang, harta benda dan kedaulatan negara sendiri.

Isu Lahad Datu juga adalah satu isu dan masalah yang dicipta kerana kerakusan sendiri untuk mempertahankan kuasa yang akhirnya telah memangsakan pasukan keselamatan dan rakyat sendiri. Sementara, isu RCI Sabah, jikalau ia dibentangkan sudah pasti ia akan membogelkan rejim ini diatas onar yang dilakukan mengkhianati kedaulatan dan demokrasi negara. Sekali lagi ia dilakukan hanya kerana kerakusan mahu mengekalkan kuasa pemerintahan.

Kesimpulannya, pembentangan kertas putih mengenai IS esok telah membuktikan bahawa Perdana Menteri yang kita ada hari ini adalah Perdana Menteri yang paling lemah dan lemau dalam sejarah negara. Tidak langsung mempedulikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat sendiri tetapi terus mahu menjadikan Malaysia sebagai Budak Amerika Syarikat Yang Paling Setia.

Che’Gu Bard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena