Friday 21 November 2014

1MDB: Beranikah Najib saman Tun Mahathir?

Sabtu, 22 November 2014

1MDB: Beranikah Najib saman Tun Mahathir?

‎MEDIA melaporkan Perdana Menteri, Dato' Najib Tun Razak mengemukakan notis tuntutan (saman) terhadap Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, kerana membangkitkan isu 1MDB. 

Jika Najib sudah mula mengambil langkah balas terhadap individu-individu yang menyerangnya melalui isu 1MDB, beliau patut juga mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Mahathir yang lantang menyerangnya melalui isu yang sama.

Jika dilihat serangan Tun Mahathir terhadap Najib dalam isu 1MDB yang dipetik dari rencana The Edge, ditulis melalui blog peribadinya telah menyebabkan isu itu menjadi 'highlight' dan menjadi buah mulut rakyat jelata. 

Jika Najib boleh menyaman Tony Pua, dilihat sebagai langkah membersihkan namanya, beliau patut juga menyaman Tun Mahathir bagi tujuan yang sama sekaligus menghapuskan persepsi negatif rakyat yang telah terhasil akibat serangan Tun Mahathir itu.

‎Namun persoalannya, beranikah Najib membalas serangan Tun Mahathir?  

Kita tahu, Tun Mahathir sengaja mencari pelbagai isu menyerang kepimpinan Najib kemudian beliau duduk menunggu Najib membalas serangan atau sekurang-kurangnya menjawab serangan itu.

Sebaik sahaja Najib bertindak balas, maka Tun Mahathir akan mengistiharkan perang terhadapnya seperti mana Tun Mahathir mengistiharkan perang terhadap Abdullah Badawi sebelum ini.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/11/1mdb-beranikah-najib-saman-tun-mahathir.html#ixzz3JncASakd

Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!



Dr Mahathir serang Najib lagi, kali ini isu 1MDB

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terus mempersoal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, dan kali ini berhubung dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Mahathir berkata dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.

Sedangkan kata beliau, hakikat sebanar duit untuk 1MDB adalah hutang dan bukan dari lebihan kewangan negara.

Sebenarnya kata beliau, perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas yang menyebabkan bajet negara menghadapi defisit, bukan lebihan.

"Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi.

"Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami defisit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini," kata beliau.

Beliau juga menegur supaya pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan dan diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.

"Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek," katanya.

Tulisan belaiu itu sebagai mengulas tulisan bekas Ketua Menteri Sabah Saleh Said Keruak yang berpendapat bahawa 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran.

Bagaimanapun Mahathir berkata beliau tidak tahu kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran.

"Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan.

"Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit," katanya.

Berhubung bantuan pelajaran katanya, sejak dahulu lagi kerajaan telah peruntukkan hampir 25 peratus dari bajet untuk pelajaran dan kerajaan tidak pernah hutang untuk maksud tersebut.

- HARAKAHDAILY 11/9/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena