Friday 21 November 2014

Najib dah habiskan WANG negara? Hapus subsidi RON95 & diesel...'Standby'..Meh makan UBI kayu aje weh!

Jumaat, 21 November 2014
 Standby  makanan...

Photo: Bapak besar ubi kayu!!! Fuhh!!!
Bapak besar ubi kayu!!! Fuhh!!!


Dengan penuh lagak mengalahkan hero filem Tamil, Najib mengumumkan pemberian BRIM, peruntukan beratus-ratus juta kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil, projek-projek mega yang langsung tidak menguntungkan dan bercakap besar kononnya, negara ini tidak akan muflis kerana kedudukan kewangan dan ekonomi negara ini sangat kukuh.

Hakikatnya, dengan kadar sara hidup yang semakin meningkat, ditambah pula dengan kadar gaji yang statik dan harga barangan serta perkhidmatan yang terus meningkat kerana pembabitan para pemimpin dan kroni UMNGOK dalam merompak harta kekayaan negara, rakyat negara ini bakal berhadapan dengan satu lagi malapetaka ekonomi dan sosial apabila Kerajaan Najib Altantuya memutuskan untuk menghapuskan subsidi untuk RON95 dan diesel.

Sebenarnya, subsidi yang dikatakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk diesel dan RON95, tidak pernah wujud pun!

Subsidi hanyalah dalam bentuk angka untuk menunjukkan kononnya kerajaan BN sangat adil, sangat baik dan sangat prihatin kepada rakyat. Angka untuk subsidi dibesar-besarkan sebagai cara untuk menunjukkan kerajaan berbelanja besar untuk menstabilkan harga produk - dalam kes ini RON95 dan diesel - sedangkan sebenarnya harga tersebut adalah harga pasaran.

Kalau sekarang ini seliter RON95 dibayar RM2.30, sememangnya itulah harganya. Pembohong besarlah Kerajaan Najib-BN bila menyatakan harganya adalah RM2.53 dan kerajaan telah membayar sebanyak RM0.23 bagi pihak rakyat.

Keputusan mengapungkan RON95 dan diesel bermula pada 1 Disember nanti sebenarnya adalah taktik jahat Kerajaan Najib-BN untuk meningkatkan harga RON95 dan diesel di samping mengaut keuntungan dan komisyen luar biasa daripada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang aka menyusul selepas pengapungan tersebut.

Sistem kapitalis yang akan digunapakai sepenuhnya oleh Najib yang sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang ekonomi tetapi sangat bergantung kepada nasihat-nasihat ekonomi daripada Zionis yang dibayar menggunakan wang rakyat Malaysia, akan menekan dan menjerut rakyat Malaysia sendiri, termasuklah rakyat Malaysia yang telah menyokong tanpa berbelah bahagi Kerajaan UMNGOK-BN.

Dengan 1MDB yang telah menjual bon-bon kedaulatan kepada pihak luar, dengan hutang luar Malaysia yang meningkat secara drastik dan dengan pembaziran-pembaziran besar Najib, menyaksikan negara ini bakal muflis di tangan lelaki bernama Najib Abdul Razak, suami kepada Big Mama Rosmah Mansor!

SAMBUTAN ULANGTAHUN PAS KE-63

CERAMAH MALAM 29 NOV


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena