Sunday 30 November 2014

[Video] Pemimpin masih boleh enjoy...Rakyat pula 'mati tergolek' di Jambatan Pulau Pinang - Ustaz Dr Ahmad

Ahad, 30 November 2014



Walaupun harga minyak dunia semakin menunjukkan kejatuhan sebaliknya harga minyak di negara kita DINAIKAN oleh pemimpin negara... akibat kenaikan itu barangan lain berebut-rebut mahu NAIK...

Namum ada pemimpin negara kita yang masih boleh enjoy dalam keadaan rakyat masih lagi mengikat perut setiap hujung bulan akibat kenaikan KOS SARA HIDUP.. minyak naik kos sara hidup turut naik yang para pemimpin tidak pernah merasakannya..

ℑσм pαкατ² ⇨ Ƭσηтση✔ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔
and Support page Rιηтιнαη Rαкyαт untuk INFO seterusnya...

TERIMA KASIH.
 — with Aurora HitamMaya MaisaraAzmann YusoffRoslin AhmadAnak Seligi,Hanisya Abdul HamidSrikandi IslamRaja Mohd ShahrimKamilah MamatBaeyah OmarMat'Rony Abe'kuBdkjuruh Diey and Bulat Dusun.
Photo: Minyak dah turun 4sen woiiiii...

Jom sujud syukur berjemaah!!!

Harga RON97, RON95 turun, diesel naik mulai tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 Nov lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Dis.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena