Friday 21 November 2014

Angkara wanita 'mirip Mona Fandey', 200 nelayan Malaysia ditangkap...

Jumaat, 21 November 2014
Photo: Di Indonesia penceroboh harus ditembak mati. Kasi ajar dia. Negara ada maruah!

Di malasia penceroboh diberi IC.. janji mengundi BN.. ok
Di Indonesia penceroboh harus ditembak mati. Kasi ajar dia. Negara ada maruah!

Di malasia penceroboh diberi IC.. janji mengundi BN.. ok



Indonesia Arahkan Tentera Tenggelamkan Kapal Nelayan Malaysia



Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau tidak percaya Presiden Indonesia, Joko Widodo sanggup mengarahkan pasukan keselamatannya mengaramkan kapal nelayan asing yang memasuki perairan republik itu.

Katanya, beliau akan menyiasat dakwaan yang dilaporkan agensi berita antarabangsa, dan disiarkan akhbar tempatan hari ini.


"Saya tidak percaya bahawa ini adalah suatu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang presiden dan (Malaysia) akan menyiasat dakwaan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anifah lagi, perjanjian ditandatangani Malaysia dan Indonesia pada 2012 menyatakan persefahaman bahawa penguatkuasa negara masing-masing hanya akan mengusir nelayan yang menceroboh perairan jirannya.

Tegasnya, ia disahkan dalam “MOU Berhubung Garis Panduan Am Mengenai Layanan Ke Atas Nelayan Oleh Agensi Penguatkuasaaan Malaysia dan Republik Indonesia”.

Menteri itu juga berkata, Malaysia masih belum menerima sebarang makluman rasmi dari pihak konsular Indonesia tentang laporan mengenai penahanan 200 nelayan Malaysia pada hari Rabu lalu.

"Sehingga kini, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan Malaysia di Indonesia masih belum menerima sebarang notis konsular secara rasmi dari pihak Indonesia berhubung penangkapan tersebut.

"Kedutaan besar Malaysia telah menghubungi Kementerian Luar Negeri Indonesia untuk mendapatkan pengesahan terutamanya mengenai maklumat pengenalan diri dan lokasi penahanan nelayan Malaysia tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, pihak Wisma Putra akan terus memantau perkembangan semasa berkenaan berita itu.
umber BLM,

Angkara Wanita Mirip Mona Fandey, 200 Nelayan Malaysia Ditangkap Pihak Berkuasa Indonesia


Menurut laporan Rakyat News, 200 orang nelayan Malaysia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia.

Seperkara yang perlu dimaklumi, kami di blog Akar Umbi teringat ucapan sulung sebagai Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang menegaskan konsep 'Indonesia sebagai negara maritim',
“Kita harus bekerja dengan sekeras-kerasnya untuk mengembalikan Indonesia sebagai negara maritim. Samudra, laut, selat dan teluk adalah masa depan peradaban kita. Kita terlalu lama memunggungi laut, memunggungi samudra, memunggungi selat dan teluk.”
Sejajar dengan iltizam tersebut, Jokowi telah melantik seorang wanita, Susi Pudjiastuti (foto atas) sebagai Menteri Kelautan dan Perikanan.

Meski pun berwajah mirip Mona Fandey (wanita yang disabitkan dengan pembunuhan seorang tokoh politik Malaysia pada 1990an), namun Susi Pudjiastuti sebenarnya merupakan seorang usahawan yang terlibat dalam industri perikanan di Indonesia.

Oleh yang demikian, adalah sukar untuk menolak bahawa penangkapan 200 nelayan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan cita-cita besar Indonesia untuk menguasai industri perikanan di rantau ini.

Dalam pada itu, andai diperhalusi ucapan sulung Presiden Jokowi tersebut mempunyai maksud betapa Indonesia serius untuk memperkukuh tentera lautnya, dalam memperluas sempadan maritim; yang bukan sahaja untuk kepentingan industri perikanannya tetapi juga menjurus kepada sumber hasil bumi, khususnya petrolium.

Bagi Azmin Ali mahu pun Mat Sabu, Jokowi menjadi ikon kepada mereka dari segi penampilan peribadi Presiden Indonesia, tetapi mereka gagal membaca idealisme Jokowi dari sisi perhubungan antarabangsa.

Hanya mampu ditiru oleh Azmin ialah menjadi pembersih longkang dan penyembur racun rumpai dan serangga di Selangor dan Mat Sabu pula setakat mampu kagum dengan sifat marhaen Jokowi.

Sementara itu bagi PM DS Najib Razak juga, sudahlah sampailah masanya untuk mengarahkan pembantu-pembantunya untuk menganalisis mesej tersirat disebalik ucapan sulung Jokowi itu, khusus pada akhiran ucapan berkenaan yang antara lain mengungkapkan;
"Saya mengajak saudara-saudara sebangsa dan setanah air untuk mengingat satu hal yang pernah disampaikan oleh Presiden Pertama Republik Indonesia, Bung Karno, bahwa untuk membangun Indonesia menjadi negara besar, negara kuat, negara makmur, negara damai, kita harus memiliki jiwa cakrawarti samudera; jiwa pelaut yang berani mengarungi gelombang dan hempasan ombak yang menggulung."
Langkah yang patut dibuat oleh Najib setakat ini, ialah harus campurtangan untuk membebaskan 200 nelayan Malaysia berkenaan, yang pada pandangan kami, bahawa nelayan berkenaan menjadi mangsa terhadap cita-cita besar Jokowi.

Mungkinkah Jokowi mahu jadi 'Sukarno Baru' dan jadi abang besar kepada Malaysia?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena