Sunday 30 November 2014

[Video] "Blogger pro Umno" - Bengang digelar BANGANG...Pendedahan 'pembayaran' kepada bloggers PM

Ahad, 30 November 2014

Gambar: BLOGGER UMNO ADALAH BANGANG KATA NAJIB???????
http://omakkau.blogspot.com/2014/11/blogger-umno-adalah-bangang-kata-najib.html

Bengang dituduh Bangang...Ini pesanan dari Blogger UMNO buat Najib..

Tulisan ini merujukkan kepada laporan kekesalan presiden Umno terhadap “bloggers” pro Umno yang dikatakan menghentam Umno serta kepimpinan Umno dan dalam masa yang sama – mengakui “bloggers” Umno dibayar untuk tujuan mempertahankan Umno dan mempertingkatkan partisipasi penyokong Umno dalam media alternatif dan media sosial.

Pendedahan pembiayaan ini diulas Amin Iskandar di ( SINI ) dan kegagalan blogger mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor turut disuarakan Young Blogger – Nur Farhana Mohd Anuar sewaktu PAU 2014.

Semua kritikan – teguran baik dari Najib sendiri perlu diambil secara positif. Persoalan pendedahan pembayaran kepada bloggers PM – adalah satu pendedahan yang akhirnya mendiamkan penafian bloggers besar yang mereka tidak dibayar.

Artikel saya sebelum ini di ( SINI )turut mengakui ada pembayaran yang dibuat, peruntukan banyak, konvensyen setiap negeri diadakan untuk bloggers, peralatan canggih – semua disediakan.

Namun – tidak salah kalau dikatakan “dengan segala peruntukan yang ada – kelengkapan yang diberi – pencapaian yang diharapkan tidak berjaya keseluruhan malah mungkin gagal dalam menangani isu, topik dan tuduhan pembangkang”

Hari ini – persoalan mengenai blogger tersebar luas – setelah dikritik Nur Fahana Mohd Anuar dan setelah disambut presiden Umno sendiri. Rentetan sebelum ini – kita lihat di laman media sosial – kritikan blogger turut wujud terhadap kepimpinan Umno yang mengendalikan PAU – dikatakan tidak menyediakan ruangan lengkap untuk “bloggers handalan” Umno.

Pertengkaran ini memang sedia ada dalam sirkulasi pengamal media sosial Umno. Peperangan sesama turut ada dan tindakan – tindakan menghentam satu sama lain turut wujud. Masing-masing dalam sirkulasi “blogger” Umno mahu menjadi “blogger” nombor satu dan ukuran adalah melalui ranking pembaca.

Justeru itu “blogger Umno” berusaha mensensasikan isu – bagi galakan untuk pembaca hadir ke laman mereka – malangnya kualiti yang ada tidak menepati – usaha mendominasi pembaca secara kritikal, gagal.

Terlampau banyak “blogger Umno” yang bertindak semata-mata untuk menepati bukan sahaja kehendak Umno tetapi kehendak “political master” tersendiri. Ada kumpulan “bloggers Umno” yang diurus mengikut teknik memandai-mandai – kepimpinan yang memegang kekuatan wang untuk semua menuruti kehendaknya dengan metodologi pertempuran yang ortodoks – dilakukan 16 tahun lalu pembangkang.

Mereka tidak mengetahui sebenarnya apa yang dikatakan mengurus persepsi dan tidak terurus dalam mainan media maya. Kepimpinan bloggers ini – amat asyik dalam menyampaikan kicauan-kicauan yang menyeronokkan kepimpinan Umno khususnya presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia dan akhirnya presiden Umno dibangangkan kepimpinan bloggers itu sendiri.

Banyak yang perlu dipelajari mereka – banyak teguran dibuat kepada kepimpinan yang diberi pertanggungjawaban untuk mengendali “bloggers Umno” namun seperti biasa – dalam Umno – teguran adalah pengkhianatan kepada mereka yang akhirnya di ketepikan. Tidak ada teguran sampai kepada Najib sehingga Umno tersasar dalam mainan media yang akhirnya merugikan Umno.

Ada ramai blogger Umno di peringkat bawahan sedar apa yang sebenarnya berlaku – namun untuk melakukan perang saraf menyeluruh adalah mustahil kerana cadangan dan pendapat mereka tidak akan sampai ke pucuk kepimpinan. Akhirnya “pengamal laman media sosial Umno” tersasar dengan seronoknya – melakukan tindakan yang sekadar menceriakan ruangan maya tetapi tidak memberi kesan besar kepada mendominasi pemikiran pembaca.

Banyak isu yang boleh menjadi kekuatan kepada Umno – untuk terus mendedahkan perkara-perkara yang mampu memberi Umno loncatan politik, tapi malang ia berlalu begitu sahaja kerana urusan perang siber ini diurus pengamal politik tegar yang mahu melihat keberuntungan terhadap politik diri dahulu.

Najib – harus mula keluar dari kepompong yang ada – satu desakan dari bawahan pula setelah beliau sering mendesak yang lain untuk keluar dari kepompongan minda yang tersekat. Buat pendekatan untuk patah semula – melihat kekurangan dan melihat semula jalan yang perlu diambil untuk memperkukuhkan media sosial dan media alternatif yang ada.

Bagi saya kedua-dua definisi ini juga kalut difahami kepimpinan Umno yang bertanggungjawab dalam melahirkan gerakan memerangi media pembangkang.

Najib harus keluar dari menurunkan mandat kepada politikus yang terlampau sibuk dalam menjalankan urusan seharian dan sepatutnya melihat perkembangan laman media sosial dan alternatif dari sudut berbeza – bukan sahaja menggunakan KPI atas ranking dan jumlah lawatan. Perebutan siapa popular tidak akan ada makna sekiranya ia tidak membantu memberi penerangan yang sepatutnya dan langkah untuk terus mendominasi minda.

Najib juga harus melihat sama ada hanya media alternatif dan sosial sahaja yang sebenarnya menjayakan kejayaan kepada pembangkang – apakah faktor-faktor konklusif lain yang membantu dan menyeluruh kan perjuangan bagi Umno untuk terus menjadi relevan.

Hari ini Najib berang dengan menggunakan – “bangang” ke atas bloggers Umno. Sebaliknya adakah Najib sanggup menerima kenyataan kalau dikatakan – Najib dibangangkan mereka yang tidak melaporkan keadaan sebenarnya.

Mungkin tulisan ini serta lain-lain penulisan seumpamanya, yang sedar kesilapan yang ada turut tidak disampaikan kepada presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia. Siapa lebih bangang.

Mungkin Umno perlu – kepimpinan tertinggi Umno mula mendengar suara di luar kotak dahulu, membuat pengiraan semula , berpatah balik serta evaluasi semula – dalam keadaan masa yang masih ada sungguh pun sedikit

Mungkin kesedaran perlu ada dan Najib harus memulakan langkah untuk mendengar semua pandangan – sebelum terikat dengan mem-bangang-kan keseluruhan industri bloggers yang wujud dalam Umno. 

Jangan sampai akhirnya – semuanya jatuh bangang dan bengang terhadap Umno.

~ Anuar Mohd Nor

Posted by Anak Sungai Derhaka 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena