Thursday 27 November 2014

'Meneran Suara Najib' pertahan Akta Hasutan...Bani Melayu bertempik sorak menyokong akta zalim.

Jumaat, 28 November 2014

MB: Kekal Akta Hasutan, Najib takut buat perubahan

MB SEL
Oleh: LIZAWATI MADFA 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menjelmakan watak sebenar beliau dalam isu pemansuhan Akta Hasutan 1948. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR menyifatkan janji Najib sebelum ini tidak ikhlas dan sekadar mahu meraih undi...

Katanya, sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lepas, Najib sendiri beberapa kali berjanji mahu memansuhkan akta yang tidak adil itu.
“Maknanya dia tidak tunaikan janji yang dinyatakan sendiri, ternyata dia berjanji untuk meraih sokongan.
“Dia membuktikan dirinya tidak ada keberanian untuk melakukan transformasi dalam bidang yang dinyatakan beliau,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Negeri Selangor hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.
Najib dalam ucapannya berkata keputusan untuk mengekalkan akta itu adalah penting bagi menjamin kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.
“Adakah dengan mempertahankan Islam melalui peruntukan zalim dan tiada kebebasan dan moral.
“Sedangkan Islam agama yang suci murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan dan bukan dengan kezaliman,” kata Mohamed Azmin.
EZY
NAJIB TEGAS PERTAHAN AKTA HASUTAN, PR JUGA BERSUBAHAT MENJAYAKAN AKTA INI? 
TV3 SUKU di dalam siaran Buletin Utamanya menyiarkan ucapan Najib di hadapan perwakilan Umno di PWTC.  Meneran suara Najib dengan muka merahnya memberi jaminan Akta Hasutan akan tetap dipertahankan.  

Maka, bagai dapat durian runtuh semua burung kakak tua bangun dan bertempik sorak sambil menepuk tangan.  Itu dia....Bani Melayu begitu seronok menyokong akta zalim.   

Apabila terang-terang Najib dan Umno ingin terus mempertahankan Akta Hasutan yang suatu ketika Najib berjanji akan memansuhkan akta ini demi "transformasi' kononnya. 

 Tapi, semenjak bila pemimpin Umno tidak menipu?  Apabila Najib terang-terangan ingin mempertahankan akta zalim ini, sewajarnya yang mengaku pejuang Islam lupakan saja hajat dan cita-cita ingin 'menjentik' gereja bersama Umno. 

Sepatutnya apabila Umno tegas untuk mempertahankan Akta hasutan ini, maka pimpinan PR harus lebih tegas lagi menentangnya.  Bagaimana untuk kita menentang kezaliman jika sesama kita pun masih tidak mengenali musuh sebenar?  

Senjata dihalakan sesama kita dan semakin hebat sejak kebelakangan ini.  Tuding menuding sesama kita, pimpinan kita ego tidak mahu mengaku silap dan bertaut kembali. Akibatnya, Umno semakin berani.  

Dulu mereka berjanji untuk hapuskan Akta Hasutan itu adalah kerana melihat kekuatan kita yang semakin menekan mereka.  Kini, mereka kembali semula untuk mempertahankan akta tersebut.  

Mengapa?  Sebab mereka sudah melihat kita tidak lagi sekuat dulu.   Ertinya, jika kezaliman terus berleluasa angkara akta ini nanti, sikit sebanyak kita juga sebagai penyumbangnya kerana kita terus berpecah. 
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena