Thursday 20 November 2014

"Komplot Penjarakan Anwar" Kartunis Zunar Mahu Saman Syarikat Money Online...

Jumaat, 21 November 2014

Zunar mahu saman syarikat pembayaran dalam talian

(Oleh: Fiza Abd Halim)
KUALA LUMPUR 20 NOV: Kartunis politik, Zunar bercadang memfailkan saman terhadap syarikat pembayaran dalam talian, MoneyOnline (MOL) kerana mendedahkan butiran pembeli buku kartunnya yang dijual melalui laman web beliau,  www.zunar.my.MOL atau nama penuhnya, Money Online merupakan salah satu syarikat teknologi popular di Malaysia, yang menawarkan platform pembayaran internet.

Menurut Zunar, syarikat berkenaan telah memberi butiran pembeli kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman apabila disuruh berbuat demikian melalui surat, dan perkara tersebut dilakukan tanpa pengetahuannya.

Beliau diberitahu perkara itu melalui email yang diterima pengendali laman webnya pada Isnin lalu yang menyatakan MOL telah menyerahkan segala resit bayaran melalui talian kepada polis sehinggakan mereka dapat menyelongkar setiap butiran tersebut.

“Tak boleh buat macam ini, ini tindakan untuk menakut-nakutkan pembeli buku kartun saya,” ujarnya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini ketika hadir memberi keterangan kepada polis.

Tambah Zunar ia merupakan pengkhianatan syarikat tersebut terhadapnya, sedangkan beliau menjalankan aktiviti perniagaan yang sah.

Malah katanya, buku yang diharamkan sebelum ini juga telah ditarik balik pengharamannya oleh Mahkamah Rayuan.
“Ini pengkhianatan terhadap saya, saya akan     mempertimbangkan perkara ini sekiranya ia menganggu perniagaan yang saya jalankan ini, apa-apa pun saya tidak akan berhenti melukis, perjuangan saya baru bermula,” jelasnya.

Pada 9 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menolak pengharaman buku kartun 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun karya kartunis politik Zunar. Panel tiga hakim yang membuat keputusan itu berpendapat, buku kartun itu tidak mengandungi sebarang ancaman yang boleh menggugat keharmonian
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64205

Polis Sedang Menjejaki Pembeli Buku Zunar



Polis didakwa meminta sebuah portal pembayaran atas talian menyerahkan maklumat transaksi mereka bagi mengenal pasti pelanggan yang membeli buku kartunis terkenal Zunar.

Tindakan itu dipercayai sebahagian siasatan bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapi oleh Zunar, atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque.

Sebuah e-mel daripada MOLPay Sdn Bhd kepada kartunis itu memaklumkan, mereka menerima surat rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendedahkan senarai pelanggan.

“PDRM menghantar permohonan rasmi untuk MOLPay Sdn Bhd bagi membekalkan resit bayaran atas talian pelanggan yang membeli buku tersebut melalui laman web anda www.zunar.my, yang mana MOLPay tiada pilihan kecuali membekalkan mereka dengan maklumat yang dikehendaki,” e-mel daripada MOLPay dipetik.

Buku dipersoalkan itu berjudul "Komplot Penjarakan Anwar".

- Mkini
BLM
SAMBUTAN ULANGTAHUN PAS KE-63


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena