Saturday 22 November 2014

[Video] UNIT AMAL BUAT KERJA, Puteri Umno pun tolong... TOLONG TENGOK aje!

Sabtu, 22 November 2014
MISI BANTUAN BANJIR ... UNIT AMAL BUAT KERJA PUTERI UMNO SEKADAR MEMANDANG SAHAJA

Alhamdulillah. Puteri umno tolong melihat kami unit amal sedang membersihkan rumah penduduk yg menjadi mangsa banjir ... 

Nak tambah sikit ... tunggu PANTAS dari Selangor, sampai sekarang tidak nampak batang hidung.
Posted by OMAK KAU!



MISI BANTU MANGSA BANJIR TERENGGANU ... UNIT AMAL MALAYSIA BANTU BERSIHKAN RUMAH MANGSA TIDAK KIRA ANUTAN POLITIK. 

"Selesai dah tugasan hr ini. Rumah terakhir drpd 11 buah rumah yg grup aku berjaya cuci.. alhamdulillah. Kami akan kembali lagi esok utk tugasan seterusnye yg d arahkan. 

Selamat beramal krn Allah kpd semua anggota amal". Ini baru betul dan tepat ... tidak banyak cerita terus turun padang buat kerja kebajikan .. bukannya nak mesyuarat dulu dengan penaung dan penasihat ... lepas itu buat keputusan sekadar hantar pasukan meninjau untuk dapatkan butiran, kemudian sekadar menjadi tukang agihan barang-barang keperluan ala-ala kadar. 

Tahniah Unit Amal Malaysia .. Seluruh rakyat Malaysia tabik hormat kagum dengan keikhlasan kalian dalam mencurahkan bakti khidmat tanpa perlu diheboh-hebohkan  .. bertindak pantas dan cekap bukannya bertindak macam siput walaupun nama kumpulan adalah PANTAS.
Posted by OMAK KAU!


PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SELANGOR (PANTAS) DENGAN BEGITU PANTAS AKAN KE TERENGGANU HARI INI BAGI MEMBUAT TINJAUAN KENAL PASTI APA BENTUK BANTUAN SESUAI DIBERIKAN KEPADA PARA MANGSA BANJIR!
Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) dengan Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita KeADILan Pusat YB Zuraida Kamaruddin sebagai Penaungnya, Exco Kebajikan dan Kesihatan Selangor merangkap ADUN Sementa yang juga Naib Ketua Wanita KeADILan, YB Dr Daroyah Alwi sebagai Pengerusinya, semalam telah panggil suatu mesyuarat kalangan para "sukarelawan" terdiri lebih kurang 25 orang bagi membincang mengenai banjir yang berlaku di Terengganu yang masuk hampir seminggu. 

Hari ini suatu pasukan PANTAS akan bergerak ke Terengganu untuk buat tinjauan dulu .. untuk berapa lama tinjauan dibuat tidaklah diketahui tapi kesana untuk buat tinjauan dulu. Lepas buat tinjauan dan kenal pasti apa perlu dilakukan kepada mangsa banjir barulah yang lain-lain itu dikerah untuk buat kerja agihan bantuan. 

Tinjauan pun dibuat hanya di pusat-pusat pemidahan sahaja. Hebat dan Tahniah PANTAS ini ... cukup pantas bertindak!!!!! .. Dah masuk hampir seminggu warga Terengganu dilanda banjir baru nak bermesyuarat, lepas itu tinjau kemudian barulah nak kerah yang lain turun tukang buat kerja agihan bantuan.  

Hebat!!! Masa banjir di Cameron Highland hari itu bukan main macam kilat hali lintar menghulurkan bantuan kemanusiaan dari segi kudrat dan barang-barang keperluan... Dalam tempoh 24 jam warga PANTAS dah sampai disana siap luluskan bantuan lagi. 

Untuk Terengganu terpaksa dipanggil mesyuarat, bincang lepas itu buat tinjauan, lepas itu barulah kerah anggotanya serami 25 orang tolong buat kerja agihan bantuan. Di Cameron Highlands itu hari semuanya ini diketepikan .. Hebattttt!!!!! ... Adil, Cekap dan Telus sungguh!!!! 

Unit Amal Malaysia PAS "lembab" sungguh sebab bila dapat berita berlakunya banjir ahli-ahlinya terus kesana tanpa perlu panggil mesyuarat sebab misi menyelamat dan kemanusiaan ini perlu pantas bertindak bukan sekadar pada nama sahaja. 

Kalau dah sekadar jengok tempat pusat-pusat pemindahan lepas itu baru kerah anggota buat kerja agihan bantuan, rasanya perlu belajar dari Unit Amal Malaysia PAS cara-cara gerak kerja menyelamat dan bantu mangsa-mangsa banjir terutamanya di Pantai Timur Semenanjung. 

Apa-apa pun tahniahlah sebab masih ada hati dan niat untuk membantu pantas kepada mangsa-mangsa banjir Terengganu. Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) akan membuat tinjauan ke Terengganu hari ini bagi mengenalpasti bentuk bantuan sesuai untuk diberikan kepada mangsa banjir.

 Ketua Pengarah Pantas, Hamsah DJabir, berkata selepas bentuk bantuan dikenalpasti, semua anggota Pantas akan dikerahkan ke sana bagi mengagihkan bantuan. “Bentuk bantuan kita akan tengok dahulu kerana sekarang air belum surut lagi. Cuma kita akan melawat di pusat-pusat pemindahan untuk melihat apa keperluan mendesak. “Kalau kita bagi bentuk makanan pun tidak selesai masalah macam mana mereka nak masak. 

Jadi keperluan seperti selimut, susu bayi,” katanya kepada Selangor Kini. Menyentuh soal pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan beliau menjelaskan, setakat ini fokus diberikan kepada Terengganu dan sekiranya ada keperluan pasukan sukarelawan akan dibahagikan untuk membantu di sana. 

Setakat ini, sebanyak 5,550 mangsa banjir daripada 1,377 buah keluarga kini ditempatkan di 43 pusat pemindahan di lima daerah terjejas di Terengganu. Kuala Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu 3,927 orang daripada 927 keluarga yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan. 

Banjir di Besut melibatkan 291 orang daripada 80 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan. Di Setiu, 349 orang daripada 78 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan. Manakala di Marang, 976 mangsa daripada 236 keluarga di pindahkan ke lima pusat pemindahan dan di Dungun sebanyak 16 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior.
Posted by OMAK KAU!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena