Thursday 19 June 2014

DBKL Chubadak Tetap Roboh!: 'Berani sesama bangsa sendiri' - Perkasa... Ehem!

Khamis, 19 Jun 2014

Kampung Chubadak: PERKASA sedih dengan tindakan DBKL...


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan penempatan penduduk Kampung Chubadak Dalam, Sentul Ahad lalu sebagai 'berani sesama bangsa sendiri'.

Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris berkata, sikap pengecut DBKL bertindak tidak adil kepada penduduk Melayu di situ, adalah suatu perbuatan yang memalukan sebagai agensi penguatkuasa kerajaan tempatan.

Katanya, beliau tidak mempertikaikan penguatkuasaan DBKL dalam merangka perancangan bandar raya itu, tetapi mereka seharusnya perlu bijaksana menangani kes yang melibatkan penempatan haram atau setinggan.

"Memang penempatan itu dibina secara haram sejak lebih 40 tahun lalu, tetapi pegawai DBKL yang rata-rata berkelulusan tinggi, perlu berhemah menangani masalah ini.

"Mereka boleh ajak penduduk berbincang, cari jalan penyelesaian. Apabila sudah capai kata sepakat, barulah DBKL boleh merobohkan penempatan itu dan penduduk pula mencari tempat tinggal sementara,” katanya.

Tetapi menurut Irwan Fahmi, DBKL langsung tidak menggunakan kebijaksanaan, melainkan penduduk di situ diberi notis supaya mengosongkan rumah masing-masing pada Oktober tahun lalu dengan alasan kawasan itu akan dimajukan.

Kata beliau, walaupun penduduk diberi pampasan, namun jumlahnya dikatakan tidak setimpal untuk mereka membiayai kos menyewa rumah baru.

"Sedangkan syarikat yang mendapat kontrak untuk memajukan kawasan Chubadak Dalam itu dikatakan agak sombong dan angkuh apabila mendabik dada kononnya mereka mempunyai banyak projek besar di luar negara.

"Saya sedih kerana DBKL sanggup mengagungkan syarikat yang sombong ini dan pada masa sama menafikan hak orang Melayu yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya. - MalaysiaGazette

Comments

+6
atokotai's avatar
atokotai· 1 day ago
Selama perpuluh puluh tahun duduk & sudah berapa kali Pilihan Raya & berapa kali beri janji2 oleh pemimpin2 setiap kali Pilihan Raya,ini lah yg dikata kan satu Pilihan yg salah.Kita tunggu Kroni mana yg dapat tanah itu nanti.'KEKERASAN YG DIGUNAKAN SAMA MACAM REJIM YAHUDI MENGUSIR ORANG2 PLASTIN' DIGAZA. Panda didahului RAKYAT dibiarkan JANJI2 BN/UMNO dalam MANIFESTO yg di AGONG2 kan ,itu pun orang2 MELAYU UMNO BUTA.
0
norliah abdullah's avatar
norliah abdullah· 1 day ago
Masalah di sini penduduk buat rumah pacak kt tanah yg bukan milik mereka. Klsu org lain bole usaha beli rumah halal walau kecik, jd apa masalah di sini? Kalau semua pikir asal tanah kjaan bole buat apa suka, jd macammana nk marah kalau hindu pacak kuil merata2 kt msia ni?
19 replies · active 34 minutes ago
+5
mohd yusri's avatar
mohd yusri· 1 day ago
cik norliah...nak komen kena study dulu..(1) tanah tersebut adalah rizab melayu yg telah dijualkan oleh kepada pemaju kononnya akan diganti semula.. (2) meraka dah menapak di situ hampir 30 tahun tanpa peduli oleh kerajaan (3)janji kerajaan utk membayar semula kos yg setimpal (4) Makamah dah putuskan penagguhan perobohan.. (5) apalah kiranya tunggu perobohan selepas hari raya aidilfitri 2 bulan lagi..(6) tiada kena mengena dgn kuil hindu cik norliah oiiii

Kampung Chubadak Tambahan tetap akan dirobohkan!! kata Datuk Bandar KL


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram” sejak lebih 20 tahun lalu.

“Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).

Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi. Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.

“Itu mereka yang failkan, (tapi) kita tetap teruskan perobohan,” katanya lagi.


Ahmad Phesal ditemui pemberita ketika lawatannya bersama media sempena pameran Greater KL dengan Invest KL di ibu negara hari ini.

Ahmad Phesal turut menepis dakwaan bahawa pampasan berjumlah RM7,000 terlalu sedikit manakala penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Jalil pula terlalu kecil.

“Apa yang tidak munasabah? Mereka tinggal di sana secara haram. Kita pindahkan mereka di rumah PPRT daripada mereka terus tinggal secara haram di situ," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pemasangan bekalan elektrik dan air akan ditanggung oleh penduduk yang dipindahkan, Ahmad Phesal menganggap hal itu bukan satu masalah.

“Perkara itu bukan satu masalah, kita berikan wang pindah rumah sebanyak RM 1,000 setiap keluarga. Tetapi soal pampasan saya RM7,000 itu saya tak tahu. Itu (urusan) pemaju,” katanya.

Ditanya mengenai rundingan antara DBKL, pemaju dan penduduk mengenai pampasan, beliau menegaskan bahawa DBKL tidak terlibat dengan rundingan mengenainya kerana melibatkan antara pihak pemaju dan penduduk sahaja.

Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat.

Sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan. Penduduk diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran ~ Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena