Tuesday, 17 June 2014

Taklimat Audit Negara - Menteri JPM menghalau keluar 2 MP Pakatan Rakyat...

Selasa, 17 Jun 2014

MP Pakatan dakwa diusir dari taklimat menteri

 

Dua MP Pakatan mendakwa diusir dari satu sesi taklimat mengenai laporan ketua audit negara yang dikendalikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.

MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin mendakwa, menteri tersebut mengusir mereka keluar dari majlis di Menara Integriti, Jalan Duta.

Raja Kamarul mendakwa, Low berbuat demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program tersebut, kira-kira jam 2 petang ini.

Menurutnya, Low dalam ucapan tersebut meminta individu yang bukan merupakan petugas media atau pegawai kerajaan agar meninggalkan majlis.

"Ia (tindakan menghalau) dilakukan oleh (Low) sendiri dan ia menunjukkan sejauh mana beliau percaya kepada ketelusan," sindir MP PAS itu.

Beliau merujuk kepada tugas Low sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap integriti dan ketelusan dalam pentadbiran negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan Parlimen, selepas kejadian tersebut.- mk
batu vs kayu

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena