Sunday 15 June 2014

'Ribut', khemah terbalik ketika pelajar UiTM sedang berkaraoke... "Umno lebih berminat dengan hiburan"

Ahad, 15 Jun 2014

Khemah Terbalik Dipukul Ribut Ketika Sedap Berkaraoke

BAGAN PINANG – Program Sukan Pantai Badan Berkanun yang bermula semalam berakhir dengan insiden empat khemah diterbangkan ribut malam kelmarin.

Penolong Pegawai Rela Daerah Port Dickson, Mejar Hassan Selim berkata, kejadian berlaku dengan pantas apabila khemah yang bersambung antara satu sama lain terangkat dan terbalik.


Menurutnya, peserta yang berada di bawah khemah berkenaan terpaksa melarikan diri kerana khuatir ditimpa besi khemah.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 malam ketika empat anggota Rela dan 10 sukarelawan pihak penganjur, Persatuan Badan Berkanun dan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) sedang melakukan acara santai sambil berkaraoke.

“Ketika itu hujan gerimis dan saya datang untuk membuat pemantauan anggota Rela yang bertugas menjaga keselamatan barangan dan tempat diadakan program itu yang dianjurkan oleh Persatuan Badan Berkanun dan UiTM,” katanya. 

Hassan berkata, empat orang sukarelawan dan anggota Rela cuba memegang tiang khemah namun tidak dapat menghalang ribut itu menerbangkan khemah itu dan tersangkut pada pokok di tepi jalan raya.

“Kejadian ribut lima minit itu nyaris menyebabkan kenderaan yang lalu di jalan raya berhampiran ditimpa besi khemah namun ia tersangkut pada beberapa batang pokok di tepi jalan.

“Namun kami lega kerana tiada yang tercedera akibat daripada kejadian itu walau bagaimanapun, semua mangsa terkejut dengan kejadian itu,” katanya.

Dijangka seramai 500 orang akan menyertai program berkenaan yang diadakan di Pantai Bagan Pinang selama tiga hari.
BLM


Umno lebih berminat sogok rakyat dengan hiburan

TANAH MERAH: Rakyat usah mengharapkan Umno bagi membina manusia mengikut acuan ditetapkan agama kerana parti itu tidak berminat berbuat demikian.

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno hanya berminat membina jalan raya, jambatan dan membuat bangunan yang lebih bersifat fizikal semata-mata.

Katanya, beliau tidak yakin Umno mampu membina manusia sejajar dengan apa yang dikehendaki agama.

“Umno lebih berminat menyogok rakyat dengan hiburan. Sambut tahun baru dengan hiburan, sambut raya pun hiburan dan segala-galanya dengan hiburan.

“Bagaimanapun kita hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam  ke seluruh dunia,” katanya pada ceramah di Kedai Gual Ipoh malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Wan Yusoff Wan Mustapha, Penyelia Dun Gual Ipoh, Mohd Razali Yusof dan wakil PKR Tanah Merah.

Muhammad yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat dalam misi jelajah penerangan di Kelantan. Malam semalam beliau berceramah di Gua Musang dan malam ini di Jeli.

Menurutnya juga Kelantan lebih dikenali berbanding negeri-negeri lain kerana ada identiti tersendiri mempunyai pemimpin yang bersih, jujur dan amanah.

“Sebab itulah saya tengok ada negeri-negeri lain yang turut mencontohi apa yang dilaksanakan di Kelantan,” kata beliau.

Katanya beliau mengenali Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1990 semasa sama-sama menjadi ketua kerajaan negeri.

Menurutnya beliau menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sudah beberapa kali bertemu dengan Tok Guru, seorang pemimpin yang mempunyai integriti tinggi.

Mohd Amar pula menjelaskan hubungan lebih erat kerajaan negeri dengan pusat bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan di Kelantan pada 1993 dapat dilaksanakan.

“Kita bincang antara kerajaan dengan kerajaan untuk pastikan perundangan hudud dapat dilaksanakan. Kalau Umno jujur mahu menyokong enakmen tersebut dilulus di parlimen nanti, sampailah hasrat kita.

“Sebaliknya kalau mereka khianat, parti itu akan dilabel rakyat sebagai tidak amanah,” ujarnya.
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena