Showing posts with label Air Selangor. Show all posts
Showing posts with label Air Selangor. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

Gangguan Air Selangor - Kerajaan negeri dan wakil rakyatnya seperti orang bodoh (complete fools)?

Ahad, 29 Jun 2014

Air Selangor: ‘Kami sudah beri cadangan, tapi tak dilayan’ – Tony Pua

Tony 3
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyangkal kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta pemimpin Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan tidak berfaedah berhubung masalah air, sebaliknya fokus kepada mencari penyelesaian isu itu.
Tony berkata, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan, khususnya DAP telah memberi cadangan bagi menghadapi masalah itu namun tidak dilayan kerajaan Negeri.
Beliau merujuk cadangan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming agar kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Kerja yang dianggotai Khalid sendiri serta Adun dan pegawai kerajaan yang terpilih, serta perancangan luar jangka bagi menangani masalah yang dihadapi.
“Malah, cadangan oleh Adun Selangor agar ditubuhkan Jawatankuasa Terpilih Khas ketika krisis air memuncak awal tahun ini juga tidak dipedulikan.
“Maka bukannya kurang cadangan membina daripada wakil rakyat DAP dan Pakatan, masalahnya ia seperti ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun, katanya lagi, Khalid selaku Menteri Besar berhak untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada pegawai kerajaan Negeri untuk menghadapi isu ini, tanpa mengambil mengambil kira pendapat DAP.
“Tetapi, biar saya tegaskan sekali lagi pendirian kami, jika masalah ini berterusan, pihak berkenaan perlu dihukum,” tegasnya.
Abdul Khalid semalam menyatakan DAP tersilap dengan mengkritik kerajaan negeri, sebaliknya perlu menghalakannya kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), berikutan kuasa masih di tangan mereka.
Mengulas kenyataan itu, Tony berkata ia tidak relevan memandangkan kritikannya tiada kena-mengena dengan proses pengambilalihan industri air.
Malah, katanya lagi, beliau sentiasa menyokong penuh usaha pengambilalihan itu, termasuk ketika Khalid sendiri menerima kritikan di dalam Pakatan.
“Isunya adalah gangguan terbaru yang berlaku – terutama di Balakong dan Bangi, serta di Bandar Mahkota Cheras dan Batu 9 semalam. Juga tentang amaran mengejut Syabas berhubung kemungkinan gangguan di Petaling Gombak dan Klang, seminggu selepas kerajaan Negeri memberi jaminan jelas bahawa tiada catuan air dalam masa beberapa bulan akan datang.
“Persoalannya mengapa buat jaminan sebegitu, dan kini beri alasan kerajaan Negeri ‘tiada kuasa ke atas Syabas’. Adakah kerajaan Negeri mendapat jaminan itu daripada Syabas, sebelum mengumumkannya?
“Tiada penjelasan juga diberikan mengenai punca gangguan yang setiap hari dilaporkan media. Semua orang, termasuk Adun Pakatan hanya tahu bahawa kerajaan Negeri telah memberikan jaminan. Maka apabila gangguan berlaku, bukankah ia memperlihatkan kerajaan negeri dan wakil rakyatnya seperti orang bodoh (complete fools)?,” katanya lagi. -Roketkini.com
Read More

Sunday, 2 March 2014

Sungai Mengalir Lesu! Nak tolong rakyat sendiri pun terpaksa bayar 9 billion... Sampai bila nak ditindas?

Ahad, 2 Mac 2014

Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH

Berita Semasa

selangor beli syabas
Kerajaan Selangor Bayar Pampasan RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) : Masalah demi masalah yang dihadapi rakyat Selangor ketika ini termasuk pendedahan punca beberapa siri masalah air di Selangor (SEPERTI DI SINI), secara tiba-tiba….Berita yang baru diterima, apabila….
Berita yang baru diterima, apabila kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama untuk membenarkan kerajaan Selangor untuk beli bayar dengan pampasan sejumlah RM9,650,000,000 juta (RM9.65 bilion) sekaligus terus mengambilalih pengurusan syarikat air di Selangor seperti :

Pampasan Beli Syarikat Konsesi Air Selangor : Senarai Syarikat Terima Bayaran Lumayan RM9.65 Bilion!!

  1. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
  2. Puncak Niaga Sdn Bhd
  3. Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas)
  4. Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).
 Gambar: Novel kedua Sasterawan Negara terkenal ini membawa kisah orang-orang kecil pada penghujung pendudukan Jepun di Singapura, dalam kegelisahan menunggu dentuman bom dalam shelter dan mencari sesuap makanan mengalas perut kontang kering. Lumpur dan sungai yang menemukan watak-wataknya turut berkata-kata, melesu dan menunggu mangsa seterusnya.  - KubuBuku http://fadliakiti.blogspot.com/2013/03/sungai-mengalir-lesu.html )

E-mel bawahpohonrendang@gmail.com untuk dapatkannya.
Novel kedua Sasterawan Negara terkenal ini membawa kisah orang-orang kecil pada penghujung pendudukan Jepun di Singapura, dalam kegelisahan menunggu dentuman bom dalam shelter dan mencari sesuap makanan mengalas perut kontang kering. Lumpur dan sungai yang menemukan watak-wataknya turut berkata-kata, melesu dan menunggu mangsa seterusnya. - KubuBuku http://fadliakiti.blogspot.com/2013/03/sungai-mengalir-lesu.html )

E-mel bawahpohonrendang@gmail.com untuk dapatkannya.

Sampai bila nak ditindas? 

Gambar: bestkan, berkhidmat utk rakyat,nak tolong rakyat sendiri pun terpaksa bayar 9 billion pd kroni puak tu,,moga2 penyokong umno sedarlah sikit,sampai bila nak ditindas ?
bestkan, berkhidmat utk rakyat,nak tolong rakyat sendiri pun terpaksa bayar 9 billion pd kroni puak tu,,moga2 penyokong umno sedarlah sikit,sampai bila nak ditindas ? — bersama Lang Ngindang.

Memperkayakan suku sakat/kroni 

Gambar: ‎Memperkayakan suku sakat/kroni merupakan dasar utama perjuangan pemimpin Umno selama ini... ada bantahan?

ṪןḰєlคtє‎
Memperkayakan suku sakat/kroni merupakan dasar utama perjuangan pemimpin Umno selama ini... ada bantahan?
ṪןḰєlคtє
 · Komen · Kongsi
  • Hajjah Mardz Memang dari datuk nenek saya dulu. Sejak kecil saya dah faham. Org OMNO dtg jumpa nenek saya. Bagi duit, kain batik n beras sekampit. Rasuah umnongok memang terlalu parah skrg
  • Sikin IsaMelayu.yg.diperbodohkan.sekian.lama.tapi.knapa.masih.percaya.dengan.penyamun.dan.perompak.yg.berkuasa.kepalahotak.melayu.dah.karat.dan.tak.berfungsi.dibilang.bongo.marah.pula.cubalah.buka.mindatu.untuk.berubah.lain.parti.yg.printah.

Saham air selepas proses ambil alih selesai, kata MB


Mar 02, 2014 

SELANGORKINI 

SHAH ALAM: Rancangan pemberian saham air kepada rakyat yang diumumkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Mei 2013 akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu diyakini akan dapat dipenuhi kerajaan negeri, namun tiada sebarang jangka masa ditetapkan untuk pelaksanakannya.

“Sudah dapat baru kita umumkan kerana Kerajaan Negeri sudah berjanji pada Mei tahun lalu iaitu selepas selesai penstrukturan air, kami akan kenalkan saham air kepada rakyat.

“Tetapi tiada tempoh masa ditetapkan kerana kerajaan negeri perlu pastikan penstrukturan air ini selesai terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan perjanjian untuk menyusun semula industri air di Selangor adalah terikat dan tidak boleh dibatalkan kerana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri komited untuk melaksanakannya.

Katanya perjanjian itu dengan jelas menyatakan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dengan Selangor mesti melaksanakan apa yang dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) untuk meluluskan projek loji rawatan air Langat 2.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan persekutuan memberi Kerajaan Selangor kuasa untuk mengambil alih pengurusan merawat dan membekalkan air kepada lebih tujuh juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.

“Kerajaan Negeri mewakili rakyat Selangor dan keputusan ini dilakukan untuk ‘value for money’.

“Kita ingn memastikan loji rawatan air itu dibina dengan sebaiknya kerana kita memerlukan itu tetapi ia perlu dilakukan dengan pemahaman bahawa kita mendapat harga, teknologi dan cara terbaik,” katanya lagi.
-HD
 — bersama Lee Bing Heyok dan 5 yang lain.
Read More

Wednesday, 26 February 2014

Air: Selangor urus sendiri - Berhentilah main politik! Rakyat yang menanggungnya...

Rabu, 26 Februari 2014
Photo: Berhentilah main politik. Ini air keperluan asas, selesaikanlah!
Berhentilah main politik. Ini air keperluan asas, selesaikanlah!

PUTRAJAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

“Alhamdullillah, penstrukturan air Selangor akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada Menteri KETTHA atas kerjasama yang diberikan,” kata Abdul Khalid.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.
Harakahdaily.
Read More

Wednesday, 19 February 2014

Air Banyak! Masalah air Selangor (masalah UMNO).. Yang kena kerajaan Selangor..

Eabu, 19 Februari 2014
Ni lah peliknya orang UMNO ni


Photo: SABOTAJ..!!!
SABOTAJ..!!!

Gambar: kerajaan negeri ke kawal air atau syarikat kroni umno 'syabas' ?

* jangan sembang mcm kangkung
kerajaan negeri ke kawal air atau syarikat kroni umno 'syabas' ?

* jangan sembang mcm kangkung



Patutlah Aku Macam Pernah Tengok Puteri UMNO Yang Hot Stuff Ni


Link 2008

Macam mana nak selesaikan masalah air kalau dah hujan tak nak turun?
Dulu aku ingat lagi tahun 90 an aku hidup sekolah asrama, punyalah lama takde air.
Tiap2 hari kena turun ambik air dari lori. Tak silap aku masa fenomena el nino dulu.

Takde pun puteri UMNO concern waktu tu.
Mungkin sebab waktu tu, UMNO yang berkuasa kot?

Ni lah peliknya orang UMNO ni.
Harga barang naik ketentuan Allah.

Air empangan kering hujan tak turun, cuaca panas, salah kerajaan Selangor.
Global warming, salah Anwar Ibrahim.

Masalah air Selangor adalah berpunca dari apa?

Mari fiikir-fikirkan..

- Syarikat air diswastakan oleh umno kepada Tan Sri Rozali selaku pengerusi umno selangor.

- PR Selangor berunding bertahun-tahun untuk hakmilikan syarikat air namun dihalang oleh umno.

- Syabas urus air Selangor.
- Syabas krony umno
- Syabas....rakyat kena tipu umno.

Masalah air Selangor (masalah UMNO).. Yang kena kerajaan Selangor..

Begitulah cara berfikir.

#umno_tipu_rakyat!!
 — with AbdulKhaieroy AbdulGhani and 2 others.


Photo: BEKALAN AIR UMNO..

Sejak bila umno dah tubuhkan syarikat bekalan air sendiri ni? Kih kih kih kih.. 
Umno ambil air dari mana? Kalau dari negeri Selangor, bukan ke Selangor tu dibawah kerajaan Pakatan rakyat..? kih kih kih kih..

Air Allah yang ciptakan umno jugak nak letak nama.. kih kih kih..

BEKALAN AIR UMNO..

Sejak bila umno dah tubuhkan syarikat bekalan air sendiri ni? Kih kih kih kih..
Umno ambil air dari mana? Kalau dari negeri Selangor, bukan ke Selangor tu dibawah kerajaan Pakatan rakyat..? kih kih kih kih..

Air Allah yang ciptakan umno jugak nak letak nama.. kih kih kih..
Gambar: Kerajaan Selangor bersedia menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya, seperti yang dinikmati rakyat Selangor kini sekiranya penstrukturan air berjaya diselesaikan.
http://bit.ly/1oLykLN
Kerajaan Selangor bersedia menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya, seperti yang dinikmati rakyat Selangor kini sekiranya penstrukturan air berjaya diselesaikan.
http://bit.ly/1oLykLN

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena