Monday 11 June 2018

[Video TUN M-TOKYO JEPUN: PERSIDANGAN ANTARABANGSA NIKKEI] 1MDB MUFLIS, bagaimana boleh tanggung Program Haji 1MDB? RAKYAT AKAN LEBIH SAYANG jika perbelanjaan RAJA dapat dibentang di Parlimen...Jika ada elemen menghina Raja, Shahidanlah orangnya dan bukan A Kadir Jasin.

Isnin, 11 Jun 2018

Layanan Istimewa Dr Mahathir Dari Kerajaan Jepun 

Foto Suara Rakyat.
Semasa Najib berkuasa, dicanangnya satu negara kononnya dgn 1MDB lah di bawah tajaanya membolehkan beribu2 tok imam, pak bilal (yg dipilih oleh BN) dapat menunaikan haji.
Kita sedia maklum syarikat 1MDB sudah tak mampu bayar hutangnya sejak April 2017 lagi malah telah diisytiharkan muflis... Tetapi 1MDB boleh 'sponsor' 1,100 org utk mengerjakan haji tahun lepas ??!
Dari sumber mana 1MDB nak 'sponsor' bakal jemaah haji tersebut dlm keadaan 1MDB dah tak mampu bayar hutangnya ??!

RAKYAT AKAN LEBIH SAYANG JIKA PERBELANJAAN RAJA DAPAT DIBENTANG DI PARLIMEN


Di mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin mendedahkan tentang perbelanjaan sebanyak RM256.9 juta bagi seorang Raja untuk tempoh selama 16 bulan?

Adakah mendedahkan jumlah perbelanjaan itu mewajarkan beliau disiasat polis kerana dianggap menghina dan menghasut kebencian rakyat terhadap Raja-Raja Melayu?

Salah dan silapnya - jika ada - tidak lain ialah kerana kerajaan BN selama ini tidak menjadikan perbelanjaan Raja sebagai sesuatu yang perlu diketahui oleh rakyat jelata.

Suatu ketika dahulu saya pernah berbuka puasa di kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Damansara dan dalam perbualan bersama beberapa yang lain di meja makan, beliau ada melahirkan kebimbangan tentang set pinggan mangkuk serta sudu garpu Yang Dipertuan Agong ketika itu yang ditempah khas dan disalut dengan emas.
Sekiranya, kita mengamalkan seperti apa yang berlaku di England dan Eropah misalnya,  di mana semua perbelanjaan Raja dibentang, dibahaskan dan didedahkan di Parlimen, pendedahan A Kadir Jasin, malah sungutan Anwar itu barangkali tidak berbangkit sama sekali atau tidak perlu dijadikan isu oleh sesiapa.

Apabila perbelanjaan Raja sudah menjadi keperluan Parlimen, bermakna ia adalah telus dan terbuka, boleh disiarkan dalam media dan diketahui oleh seluruh rakyat jelata.

Dalam konteks Malaysia, kita memang memerlukan Raja-Raja Melayu, malah kedudukan itu sudah pun dijamin oleh Perlembagaan. Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah kedudukan itu.
Cuma, sesuai dengan dunia terbuka dan kedudukan rakyat yang semakin cerdik sekarang ini, isu-isu berkaitan Raja ini hendaklah ditangani dengan bijaksana serta disesuaikan dengan perkembangan semasa.

Lebih-lebih lagi, kerajaan yang memerintah sekarang adalah Pakatan Harapan yang tentunya mahu menzahirkan sesuatu yang lebih baik untuk semua, termasuk mengukuhkan lagi kedudukan Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, kerajaan baru ini boleh memulakan inisiatif agar setiap tahun perbelanjaan Yang Dipertuan Agong harus dibentangkan di Parlimen, manakala perbelanjaan Sultan atau Raja di peringkat negeri pula hendaklah dibentangkan di DUN masing-masing.
Dengan yang demikian, semua perbelanjaan Sultan dan Raja adalah dalam pengetahuan rakyat pada setiap tahun serta tidak berbangkit lagi rakyat tidak mengetahui butiran dan jumlahnya.

Dalam sebuah negara demokrasi, apatah lagi masyarakatnya berbilang kaum seperti Malaysia ini, langkah menjadikan Parlimen sebagai institusi tertinggi untuk membentangkan perbelanjaan Agong dan DUN untuk perbelanjaan Sultan dan Raja, dengan sendirinya akan menjadikan kedudukan Raja-Raja Melayu lebih dihormati serta dipandang tinggi.

Tahun demi tahun hingga akhir zaman, tidak ada sebab lagi untuk rakyat tidak menambah rasa sayang mereka kepada Raja sebagai payung negara.
Berbanding tulisan A Kadir Jasin berkenaan perbelanjaan Agong itu, sikap yang ditunjukkan oleh Shahidan Kassim yang melawan titah Raja dalam soal perlantikan Menteri Besar Perlis serta mempersoalkan tindakan baginda dan mempersenda maksud murka, ia sebenarnya adalah kebiadapan yang lebih terang lagi nyata. 

Jika mahu dikata ada elemen menghina dan menghasut untuk membenci Raja, Shahidanlah orangnya dan bukan A Kadir Jasin. (ShahbudinHusin 10/06/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena