Tuesday 12 June 2018

[Video Tak perlu bazirkan RM800 ribu untuk imej saya - Anthony Loke] Kereta Nasional Baharu : Malaysia / Keputusan Tun M & Tindakan parti komponen S'wak keluar BN baik untuk HARAPAN - Mat Sabu

Rabu, 13 Jun 2018

Kereta Nasional Baharu : Malaysia / Keputusan Tun M


Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk Gambar kereta baharu Nasional malaysia
Malaysia bercita-cita untuk bina satu lagi kereta nasional.

Tindakan parti komponen S'wak keluar BN baik untuk HARAPAN - Mat Sabu

Tindakan empat parti komponen Barisan Nasional di Sarawak keluar daripada gabungan itu hari ini dilihat sebagai satu perkembangan yang baik kepada Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
Katanya, walaupun parti-parti tersebut tidak menyertai HARAPAN tetapi tindakan keluar BN itu dilihat kerana mereka mahu bersama-sama dengan kerajaan persekutuan yang ditadbir HARAPAN.
"Kalau mereka tidak menyertai HARAPAN tetapi menyokong kita, barangkali kita boleh dapat sehingga majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat di mana kita boleh buat pindaan-pindaan terhadap undang-undang yang kita kritik selama ini seperti persempadanan kawasan pilihan raya dan sebagainya.
"Kita akan lihat perkembangan ini dan masih terlalu awal untuk saya komen lanjut tetapi saya yakin tindakan mereka itu mungkin kerana mahu bersama dengan kerajaan di persekutuan," katanya dalam temubual eksklusif bersama Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya perkembangan terbaharu itu dijangka dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN akan datang.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berharap dua lagi negeri yang berada di bawah pentadbiran BN iaitu Perlis dan Pahang untuk mengikuti jejak langkah Sarawak dan bersama dengan kerajaan persekutuan.
Katanya, dua negeri itu terutama Pahang tidak boleh ditadbir tanpa bantuan dan sokongan kerajaan persekutuan kerana kebergantungan dan kadar hutangnya kepada kerajaan pusat berada pada tahap yang sangat tinggi.
"Negeri yang paling rendah atau hampir tiada hutang kepada kerajaan persekutuan ialah Pulau Pinang. Itulah yang telah dilakukan oleh Ketua Menterinya sebelum ini iaitu Lim Guan Eng dan kita harap dia akan buat lebih hebat lagi sebagai Menteri Kewangan pula," katanya.
Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan bahawa partinya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebulat suara keluar daripada BN.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak ketika mengumumkan perkara itu berkata keempat-empat parti tersebut akan mewujudkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Beliau menyatakan bahawa GPS akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di bawah PH, namun tidak akan menyertai mereka dan bergerak secara bebas dengan blok sendiri.
-Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena