Wednesday 22 May 2013

SPR warta keputusan PRU13 hari ini - Calon dan parti politik yang tidak puas hati boleh memfailkan petisyen di mahkamah...

Rabu, 22 Mei 2013
SPR warta keputusan PRU13 hari ini

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mewartakan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang diadakan 5 Mei lalu.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata selepas pewartaan keputusan pilihan raya dibuat, calon dan parti politik yang tidak puas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing.
Menurutnya, calon-calon dan parti politik boleh menggunakan saluran yang sah iaitu undang-undang untuk membuat sebarang bantahan termasuk keputusan PRU13.

"Insya-ALLAH SPR akan mewartakan keputusan pilihan raya untuk PRU13 pada hari ini, 22 Mei.

"Dan bermula pada esok, walaupun kita wartakannya pada hari ini tetapi mengikut undang-undangnya, bermula daripada esok 21 hari.

"Jadi mana-mana parti politik dan calon-calon yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya atas apa alasan sekalipun mereka berhak dari sisi undang-undang untuk mencabar keputusan pilihan raya dengan memfailkan petisyen di mahkamah tinggi negeri-negeri yang dipertikaikan itu," katanya pada Sinar Harian dalam satu wawancara khas di sini, hari ini.

Sebelum ini PKR dilaporkan sedang menyiasat keputusan 27 kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada PRU13 lalu berdasarkan alasan wujud elemen penipuan.

Siasatan mengenainya sudah pun dijalankan awal minggu lalu berdasarkan 237 aduan dan laporan daripada orang ramai berhubung dakwaan itu.

“... siasatan berdasarkan empat kriteria iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus, tidak sepadan dengan undi rosak, peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan daripada undi biasa serta kerusi Parlimen mempunyai bukti penipuan bersama dan laporan polis.

"Empat kriteria itu akan diguna pakai untuk menetapkan kerusi Parlimen dan Dun yang akan disiasat dengan lebih mendalam,” katanya pada satu sidang media berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Ahmad turut menyatakan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum boleh memfailkan petisyen dalam apa jua perkara.

"Tidak semestinya mengenai dakwat kekal, tapi apa jua perkara.

"Sebab itu saya minta parti politik kumpul bukti, kemudian kita berhujah dimahkamah," katanya lagi.
..
Posted by jeebond at 3:21 pm





0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena