Showing posts with label Zunar. Show all posts
Showing posts with label Zunar. Show all posts

Friday, 3 April 2015

Kartunis Zunar dituduh di mahkamah kerana Twitter, ditahan di balai polis kerana Facebook..."Bakal Dipenjara 43 Tahun"

Jumaat, 3 April 2015

Gara-Gara Twitter, Kartunis Zunar Bakal Dipenjara 43 Tahun


Dituduh di mahkamah kerana Twitter, ditahan di balai polis kerana Facebook.

Begitulah nasib melanda Kartunis kontroversi Zunar yang ditahan polis kira-kira 30 minit selepas menyelesaikan urusan jaminan bagi sembilan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi untuk disiasat bawah Akta Komunikasi dan Multimedia susulan tulisan di Facebook.

Setakat ini masih tidak tulisan yang mana satu dirujuk oleh pihak polis.

“Malaysia ada 15 juta pengguna Facebook, jika seseorang tulis sesuatu di wall (Facebook saya), bagaimana saya boleh tahu?” katanya kepada pemberita.

Zunar menyelesaikan urusan jaminan pada jam 12.20 dan diberikan masa 30 minit untuk makan tengah hari sebelum dibawa oleh polis.

Dia menyerah diri secara sukarela dan tidak digari.

Zunar memakai baju ungu mirip pakaian penjara yang disediakannya sendiri.

Dia hari ini tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan hasutan berkaitan sembilan tweet mengenai keputusan perbicaraan kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesemua sembilan pertuduhan itu akan dibicarakan serentak, manakala ikat jamin ditetapkan RM2,500 bagi setiap pertuduhan - menjadikan jumlahnya RM22,500.

Jika disabit kesalahan, Zunar berdepan dengan hukuman sehingga 43 tahun penjara.

- mkini
Read More

Wednesday, 1 April 2015

Zunar dibawa ke Mahkamah Jalan Duta esok didakwa SEMBILAN tuduhan...Satu rekod dunia!

Khamis, 2 April 2015

BERITA

 GEMPAR
esok jam 9:00 pagi
kartunis zunar
akan dibawa ke mahkamah
jalan duta
zunar akan didakwa
atas 9 - SEMBILAN
nine in english
neuf in french
satu rekod dunia
POSTED BY TUKAR TIUB

2015

Zunar Kartunis Fan Club
6 minutes ago
AKTA HASUTAN: Tahun 2010, saya dibawa ke TUJUH lokap dalam satu malam. Esok akan didakwa SEMBILAN tuduhan
Read More

Tuesday, 10 February 2015

Zunar Dan Nga Kor Ming Disiasat Kerana Menghasut di twitter...

Rabu, 11 Februari 2015

IGP Arahkan Zunar Dan Nga Kor Ming Disiasat Kerana Menghasut


Ketua Polis Negara sudah pun mengarahkan agar siasatan dijalankan ke atas Nga Kor Ming dan zunar setelah kedua-duanya mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan di twitter.

Paling ketara dan lebih awal adalah Nga Kor Ming yang menyeru para penyokong Pakatan keluar dan melakukan provokasi dan keganasan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Manakala Zunar pula menggambarkan hukuman yang diterima Anwar Ibrahim sebagai sesuatu yang tidak adil dan zalim dengan menggunakan karikatur, Zunar menyindir.

Read More

Monday, 2 February 2015

Zunar diiktiraf antarabangsa bakal berucap di PBB...Pejabatnya diserbu polis!

Selasa, 3 Februari 2015
Selepas serbuan polis, Zunar dijemput berucap di forum PBB 
OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 3 February 2015 7:19 AM
Kartunis satira politik Zulkiflee Anwar Hague, atau Zunar, kata hak espresi seniman harus diletakkan di tempat teratas dan tidak boleh dikompromi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2015.

Meskipun karyanya tidak diterima kerajaan dan sering kali diancam pihak berkuasa, nama kartunis satira politik Zulkiflee Anwar Hague, atau Zunar, dilihat semakin kukuh di peringkat antarabangsa.

Terbaharu, Zunar yang mencetuskan kontroversi dengan insiden serbuan polis di pejabatnya pada minggu lalu, memberitahu The Malaysian Insider, beliau bakal dijemput berucap dalam sebuah forum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) di Geneva, 6 Mac ini.
Forum itu, katanya, bersempena dengan "Sesi Hak Asasi Manusia" PBB, di mana beliau akan membuat ucapan berdasarkan tajuk program tersebut iaitu "Melindungi Hak Eksperasi Artis" .
"Saya sudah tentu amat berbangga. Ia membuktikan perjuangan saya melalui kartun akhirnya mendapat pengiktirafan. Apatah lagi tajuk forum tersebut adalah amat penting, iaitu kebebasan hak berkarya artis.
"Hak seorang artis atau seniman tidak sepatutnya dipandang ringan. Kita tidak mahu ada lagi stigma yang kata, sebagai seorang artis kami tidak boleh buat ini atau itu. Pandangan itu perlu berbeza iaitu tidak menyekat kebebasan karya kami," katanya kepada The Malaysian Insider.
Zunar berkata, atas faktor tersebut, beliau dalam ucapannya pada 6 Mac ini akan menekankan yang hak espresi seniman harus diletakkan di tempat teratas dan tidak boleh dikompromi.
"Saya juga akan menyentuh mengenai komitmen yang sangat minima oleh PBB bagi melindungi artis termasuk kartunis, menyebabkan ekstremis dan regim korup seperti di Malaysia terus menekan kreativiti para seniman," katanya.
Antara lain, Zunar pada forum tersebut bakal membentangkan usul mengisytiharkan 7 Januari "Hari Satira Sedunia."
"Saya akan membawa usul ini memandangkan kita tidak ada hari satira, dan peranan PBB juga selama ini tidak begitu mengambil berat dalam melindungi hak artis.
"Jadi, dengan meluluskan usul tersebut iaitu mengisytiharkan 7 Januari sebagai Hari Satira Sedunia, ia satu langkah pertama PBB untuk lebih serius melindungi hak artis," katanya sambil menjelaskan tarikh itu juga diambil sempena insiden pembunuhan kartunis Charlie Hebdo di Paris.
Keberanian Zunar dalam berkarya menyebabkan beliau sering "diburu" pihak berkuasa di mana insiden rampasan sebanyak 155 buah buku dan serbuan di pejabatnya pada minggu lalu bukan yang pertama kali berlaku.
Ia merupakan serbuan kali ketiga pihak berkuasa di pejabat beliau, dengan kali pertama pada Ogos 2009 dan kemudiannya pada September 2010 di mana lebih 500 naskhah komik "Gedung Kartun" dan "Cartoon-O-Phobia" dirampas.
Semasa serbuan tersebut, penerima anugerah "Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial" dari Jaringan Hak Kartunis Antarabangsa (CRNI) itu berada di London atas urusan kerja.
Anugerah daripada CRNI bukanlah satu-satunya pengiktirafan antarabangsa yang diterimanya kerana beliau turut dianugerahkan "Hellman Hammett" sebagai pembela hak asasi dari "Human Rights Watch".
Sebelum ini, CRNI membidas Malaysia kerana tidak melayan Zunar dengan baik kerana bakatnya, sebaliknya menindas kartunis tersebut.
Pengarah Eksekutif CRNI, Dr Robert Russell berkata, tindakan Putrajaya terhadap Zunar melanggar Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat PBB yang ditandatangani sendiri Malaysia, selepas komik karya satiranya dirampas polis 28 Januari lalu.
"Kerajaan anda sepatutnya melayan beliau sebagai contoh terbaik Malaysia," kata CRNI dalam surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 31 Januari lalu.
"Kami dengan hormatnya meminta jasa baik anda memastikan hak Zunar bebas berkarya dijamin di bawah Perlembagaan."
Surat badan bukan kerajaan (NGO) berpengkalan di Amerika Syarikat itu turut dihantar kepada beberapa badan bebas antarabangsa, antaranya Human Rights Watch PBB untuk Hak Asasi Manusia dan Persatuan Kartunis Editorial Amerika.
CRNI merupakan NGO yang memantau kebebasan bersuara kartunis politik di seluruh dunia, dan ia memantau perkembangan Zunar sejak tiga tahun lalu.
"Zunar diiktiraf antarabangsa dan pemimpin dikenali dalam dunia kartun politik. Beribu wartawan dan pekerja hak asasi serta peminat setia mengikuti karyanya, namun kerajaan anda menindas hak kebebasan bersuaranya," katanya. – 3 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-pejabat-diserbu-polis-zunar-dapat-penghargaan-berucap-di-forum-pbb#sthash.HyRJuSQu.dpuf
Read More

Friday, 24 May 2013

Tanpa "CIMB", undi popular BN mungkin hanya 30% - Zunar

Sabtu, 25 Mei 2013
"CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.

PETALING JAYA: Kehadiran kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar telah mencuit hati kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan apabila beliau meminta rakyat menolak 'CIMB'.

Beliau yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak 'CIMB'.

"CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.

Katanya, sekiranya BN tidak menggunakan 'CIMB' ini mereka mungkin hanya akan dapat 30 peratus sahaja undi popular sahaja.

Tegasnya dalam sejarah perjuangan tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan majoriti rakyatnya.

"BN sedang menghadapi barah tahap keempat dimana hanya menunggu untuk dibedah dan disemadikan," katanya.
Beliau bersama-sama barisan kartunis berjuang secara kreatif melalui kartun untuk menumbangkan kerajaan BN.
"Kenapa kita berjuang dengan kartun, sebab kerajaan sekarang adalah kerajaan kartun yang menyamar sebagai manusia.

"Kita banyak gunakan karikatur yang gelak berguling-guling sebab lepas gelak kita akan gulingkan kerajaan BN," katanya yang sekali lagi membuatkan para perwakilan ketawa.aily.
Harakahdaily

Read More

Friday, 15 February 2013

ADUN UMNO Ni Kerjanya MAKI HAMUN & NAK BALUN Orang Aje...bukan nak bantu Rakyat!


Sabtu, 16 Februari, 2013
Parties of the Future



ADUN UMNO...Maki Hamun tu lah kerjanya.....Malulah sikit pada Mahasiswa

Budak-budak sekarang dah cerdik YB!


Ubah......Sekarang!
Jangan pilih YB yang nak Guni & Balun...orang.....
Ngerinya!......

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena