Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Thursday, 17 May 2018

[Video Senarai 8 Pegawai Tertinggi Disiasat & KES 1MDB POLIS RAMPAS 356 KOTAK BERISI WANG] Aikk! BELUM 100 HARI BELUM 10 HARI...Rakyat dah mula meluat dengan PH? Rakyat sudah bosan dengan politik kamu semua!

Jumaat, 18 Mei 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Suriati Ibrahim Pengerusi ROS
Pengarah ROS
Senarai 8 Pegawai Tertinggi Disiasat (SPRM, ROS, SPR, AG)
1.Datuk Seri Najib Razak (MPM)
2.Tan Sri Mohd Hashim Abdullah (SPR)
3.Surayati Ibrahim (ROS)
4.Tan Sri Mohamed Apandi Ali (AG)
5.Tun Raus Sharif (CJ)
6.Tan Sri Irwan Serigar Abdullah (IMDB)
7.Tan Sri Khalid Abu Bakar 
8.Tan Sri Dzulkifli Ahmad (MSPRM)


BELUM 100 HARI BELUM 10 HARI.. RAKYAT DAH MULA MELUAT DENGAN PH

Bermula dengan kenyataan Rafizi.. 
Diikuti desakan PKR yang mahu senarai kabinet diperbincangkan dengan kehadiran Anwar dalam Majlis Presiden.. Dah mula tunjuk besar kepala. 

Kini diikuti dengan beberapa pandangan lagi dari negeri berhubung Menteri Pelajaran yang akan dipegang oleh PM,  whats wrong sangat²?  Ada ke cikgu pencen yang mengidam nak jadi Menteri Pelajaran?  

Yang belum pernah berjawatan,  belum pernah berkuasa,  belajarlah dulu pegang pen dan punch card sebelum terkinja kinja kritik dan nak jawatan. 

Majlis Presiden adalah kuasa pemuafakatan tetapi kuasa PM adalah kuasa bertulis. Bukan yang remeh temeh semuanya perlu kelulusan Majlis Presiden. 
Kebebasan kuasa seorang PM perlu luas selagi tidak memudaratkan negara. 

Sebelum itu termasuk tingkah laku MB Johor dan MB Perak.. 
Termasuk kenyataan Nurul dan Khalid Samad membidas polis yang membuat serbuan.. Simple say,  nak tangkap perompak pun nak kena tunggu office hours ke?  Polis negara mana tu? 
Kalau mereka simpati atas pengalaman mereka?  Jangan jadi pemimpin dan main politik. 
Kalau polis lambat bertindak,  akan ada pula yang kata bengap? 


Rakyat kurang berminat dengan perkara remeh dalaman,  rebut jawatan dan kritikan yang mengganggu kelancaran tugas seorang PM. Kelewatan melantik kabinet sangat tidak sesuai dan bukan itu caranya bagi seorang PM yang bergerak laju.. 

Rakyat sudah bosan dengan politik kamu semua.. 
Ulang.. Rakyat sudah bosan dengan politik kamu semua.. 
Ucapan retorik dan janji manis tidak mengenyangkan rakyat.. 

Andai kamu gagal,  kamu suka bercakaran,  suka menikam belakang,  suka berpecah...apakata serah kuasa pada Tentera untuk urus negara?


Posted by 

Read More

Tuesday, 1 May 2018

[Video Mahfuz Omar-Jangan menafikan Hak Demokrasi di Malaysia & Siapa khianati siapa?] Najib/SPR, hati-hati! Puluhan ribu menghadiri ceramah Harapan di DUN Temiang (tak berapa jauh dari DUN RANTAU) & Nik Omar minta petunjuk Allah.

Rabu, 2 Mei 2018

Foto Anwar Ibrahim.
SPR, rakyat perhatikan kamu!
Foto Anwar Ibrahim.
Puluhan ribu menghadiri ceramah Harapan di DUN Temiang. Tak begitu jauh dari Rantau. Najib/SPR, hati-hati. Rakyat perhatikan tingkah laku kamu. Jangan sesekali cuba rampas hak rakyat.

Foto Anwar Ibrahim.

Hidup rakyat ditekan dan dibebankan

Nik Omar minta petunjuk Allah

Walaupun kemunculan Nik Omar Nik Abdul Aziz dalam politik agak mendadak, namun keputusan itu bukan dibuatnya secara tergesa-gesa.
Sebaliknya anak kedua daripada 10 adik beradik itu mengambil masa kira-kira sebulan sebelum membuat keputusan muktamad untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, keputusan akhir dibuat selepas meminta petunjuk daripada Allah SWT.
"Kalau kita kata tempoh terdekat dalam sebulan, saya fikir dengan pandangan daripada pelbagai pihak.
"Sebab kita orang muslim maknanya kita tawakal kepada Allah, nak solat hajat ke, solat istiqarah ke, kita doa kepada Allah biar Allah tunjuk isyarat.
"Macam mana jadi sampai satu isyarat kita buat keputusan," katanya kepada media selepas berceramah di Bilik Operasi Pakatan Harapan (HARAPAN) dewan undangan negeri (DUN) Kadok, Kota Bharu, malam tadi.
Pada 28 April lalu, Nik Omar mengesahkan beliau menjadi calon HARAPAN bagi DUN Chempaka selepas pelbagai spekulasi bertiup kencang sebelum ini.
Beliau bakal berdepan penyandang kerusi tersebut daripada PAS, Ahmad Fathan Mahmood dan wakil BN Mohamad Fareez Nor Amran.
Nik Omar berkata, keputusan untuk bertanding itu dibuat selepas melihat gabungan parti dalam HARAPAN lebih berdaya maju dan berpotensi untuk memerintah negara.
"Cuma HARAPAN lebih berdaya maju, lebih berdaya saing untuk menggantikan kerajaan sedia ada.
"Antaranya kekuatan gabungan yang ada ini perkara yang ditegaskan ayahanda Tok Guru lagi.
"Maknannya kita dalam bidang politik kalau bersendirian kita tak mampu untuk menang banyak kerusi apatah lagi memerintah Malaysia, tapi dengan gabungan empat parti ini ada kekuatan masing-masing sebab itu ambo (saya) bersama HARAPAN," katanya.
Malaysiakini.


Read More

Sunday, 11 May 2014

SPR umum pembangkang menang...Parti Demokrasi Indonesia- Perjuangan (PDI-P) disahkan menang

Ahad, 11 Mei 2014

PDI-P disahkan menang

PDI-P disahkan menang

Jakarta: Parti pembangkang utama Parti Demokrasi Indonesia- Perjuangan (PDI-P) disahkan menang selepas keputusan akhir pilihan raya per-undangan Indonesia diumumkan Jumaat lalu, namun gagal meraih undi mencukupi untuk meletakkan Joko ‘Jokowi’ Widodo sebagai calon presiden melainkan menerusi pembentukan pakatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya ketika mengumumkan mengenai keputusan itu menyatakan, Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) mendapat 18.95 peratus pada undian bulan lalu, kurang sebanyak 25 peratus yang diperlukan untuk membolehkan gabenor Jakarta yang popular itu bertanding kerusi presiden pada 9 Julai ini tanpa membentuk pakatan. 


Walau bagaimanapun, PDI-P dengan pantas mendapat rakan pakatan, menjadikan Jokowi satu-satunya calon setakat ini yang memenuhi syarat, manakala parti-parti politik lain masih bercakaran antara satu sama lain. 
BH.
Read More

Sunday, 16 February 2014

Dakwat Tak Kekal: Sepatutnya SPR yang perlu disiasat, bukan Mejar Zaidi - PAHLAWAN

Ahad, 16 Februari 2014

Sepatutnya SPR dan ATM disiasat dan diambil tindakan yang sama kerana gagal melaksanakan amanah...



Kedahkini

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menggesa segala pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad digugurkan serta-merta untuk menjaga imej dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam satu sidang media Pahlawan hari disini hari ini, Presidennya Asri Buang turut mempersoalkan mengapa dakwaan dikenakan keatas Zaidi hanya kerana membuat satu laporan polis, demikian lapor FreeMalaysiaToday.

“Sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemerintah ATM disiasat dan diambil tindakan yang sama kerana gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Saya mendesak pimpinan ATM (Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara) sepatutnya mempertahankan individu yang melaporkan kepincangan dan kelemahan SPR demi keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya,” tambah Asri.

Beliau berkata ATM seharusnya mengeluarkan arahan pilihan raya khusus bagi semua peringkat anggota tentera untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya anggota tentera tidak melanggar akta ATM.


“Kalau tak nak bagi anggota buat laporan polis, keluarkan arahan.

“Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 kepada Mejar Zaidi menunjukkan pimpinan ATM tidak ada pendirian, hanya mengikut telunjuk jari ahli politik,” katanya lagi.

Feb 7 lalu, Mejar Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas kesalahan membuat laporan polis mengenai ketidakkekalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 50 (2) 1972 – tidak patuh kepada Pegawai Atasan dan Seksyen 51 akta yang sama kerana tidak patuh kepada arahan tetap.

Menurut Ahli Parlimen (MP) Lumut Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid, ATM tidak mempunyai akta khusus mengenai pengundian awal dalam pilihan raya yang boleh menyabitkan Zaidi dengan kesalahan.

“ATM tiada akta mengenai pengundian awal jadi tak ada kesalahan yang boleh disabitkan dengan Mejar Zaidi.

“Kita pun tak tahu mana seksyen yang digunakan untuk dakwa,” katanya.

Tambah Imran, perkara ini sudah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini oleh MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar namun tiada tindakan yang diambil.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pahlawan Muhamad Mustafa Ghazanfar berkata dakwaan keatas Zaidi ini seperti cubaan untuk menakut-nakutkan anggota ATM dari melakukan perkara yang sama pada masa akan datang.

“Ini seperti ugutan untuk takut-takutkan anggota dari melakukan perbuatan berprinsip,” tegasnya.

Pahlawan turut mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan kepada Zaidi untuk menampung kos guaman yang diperlukannya.
Posted by Kedah Lanie




Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu...


MEJAR ZAIDI: TERPAKSA BAYAR HARGA MAHAL KERANA BERCAKAP BENAR


OLEH LOOI SUE-CHERN
February 15, 2014
Apabila Mejar Zaidi Ahmad membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sama sekali tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah dan seterusnya dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun.

Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.

Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya. dipertanggungjawabkan.
"Saya tahu akan ada kesan tetapi saya terkejut apabila pembekal dan SPR dilepaskan begitu sahaja sedangkan saya sebaliknya," kata Zaidi (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui temuramah e-mel.

Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April.
Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa bertugas di jabatan am.

Bagaimanapun, Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu.

"Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.

"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya.

“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran.”

Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal bersama-sama Zaidi.

"Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.

"Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar," katanya.
Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.

SPR akhirnya mengaku November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Zaidi, yang berpangkalan di kem Butterworth di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April tahun lepas.

Beliau membuat laporan polis pada hari berikutnya selepas mendapati dakwat kekal di jari telunjuk kirinya boleh dibersihkan hanya dalam tempoh dua jam kemudian. Selepas membuat laporan polis, beliau bercakap kepada pemberita di luar balai polis di Kepala Batas.

Tindakannya menyebabkan kekecohan dan dua hari kemudian, beliau diberitahu dipindahkan ke Kuala Lumpur dengan serta merta.

Pemindahan juga bermakna kerjaya sebagai juruterbang turut berakhir.
Zaidi dipindahkan ke pangkalan tentera udara Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur selama sebulan dan apabila kembali ke pangkalan Butterworth, beliau bukan lagi pegawai pemerintah kepada Skuadron 12, jawatan yang dipegang sebelum pilihan raya umum.

"Gaji dan elaun saya masih sama. Begitu juga hubungan dengan rakan-rakan saya. Mereka seperti biasa. Tiada seorang pun yang melayan saya berbeza. Kami tidak ada masalah," katanya.

Masalah Zaidi adalah dakwaan berganda di bawah Seksyen 50 (2) dan Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 terhadapnya di Mahkamah Tentera.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat laporan polis dan bercakap dengan media.

Zaidi juga didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013.

Beliau turut didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lepas.

Zaidi berkata, beliau akan dipenjarakan dan kehilangan pencen jika didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan.

"Ia akan menjadi beban yang amat berat kepada keluarga saya. Isteri saya seorang suri rumah dan empat anak-anak kami bersekolah dan masih kecil," katanya.
Anak sulungnya berusia 20 tahun dan masih belajar di universiti, sementara yang paling muda berusia tiga tahun.

Zaidi menyerahkan ketentuan nasibnya kepada Allah dan berkata akan menerima keputusan Mahkamah Tentera.

"Sekurang-kurangnya, saya berharap masih mempunyai kesihatan untuk menyara keluarga dengan cara yang betul. Saya berfikir untuk bekerja sebagai juruterbang bagi beberapa syarikat swasta atau menjalankan perniagaan apabila tidak lagi berkhidmat bersama tentera.

"Ada yang mencadangkan supaya saya menyertai politik. Tetapi saya tidak membuat apa-apa keputusan lagi. Saya perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu," katanya.
Zaidi juga mempunyai halaman Facebook yang diberi nama "Sokong Mejar Zaidi TUDM" yang boleh dilawati para pengguna rangkaian sosial itu bagi menunjukkan sokongan dan mengetahui mengenai isu-isu berkaitan ketenteraan.

Bagi Zaidi, menjadi seorang juruterbang pejuang adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan.

"Semasa kecil saya memancing di sungai berhampiran kampung saya , Kampung Permatang Tengah di Kota Kuala Muda, Kedah.
"Saya sering melihat jet pejuang terbang di langit semasa memancing. Ia membuatkan saya menyimpan impian untuk menjadi seorang juruterbang," katanya.

Perjalanan kerjayanya termasuklah ditugaskan selama lapan bulan ke Bosnia semasa perang saudara di Balkan pada 1990-an di bawah Perlindungan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Zaidi mendapat sokongan daripada sebuah NGO pro PKR, Pahlawan, kumpulan bekas askar yang berkata juruterbang itu menjadi mangsa Putrajaya sebagai contoh bagi menakutkan semua anggota tentera daripada menjalankan hak-hak mereka sebagai warganegara.

Pahlawan berkata, ia tidak masuk akal apabila menggunakan undang-undang ketenteraan berusia 40 tahun bagi menyalahkan juruterbang berkenaan kerana membuat laporan polis.
Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) dalam status Facebook baru-baru ini juga menyokong Zaidi dengan menyatakan beliau secara jelas menjadi mangsa tentera dan kerajaan.

Bersih 2.0 mempersoalkan mengapa Zaidi yang menjadi pemberi maklumat dalam kes ini, diambil tindakan mahkamah manakala SPR dibiarkan lepas begitu sahaja.

"Kerajaan jelas berniat untuk menjadikan Mejar Zaidi sebagai contoh bagi menyampaikan mesej kepada orang lain, terutama pasukan bersenjata tentera dan penjawat awam agar tidak bertindak walau dalam apa keadaan sekalipun hatta demi keadilan.

"Apa yang kerajaan tidak sedari ialah Mejar Zaidi sudah pun menjadi contoh – yang patut dicontohi dan bukan elakkan – suatu kejujuran, integriti, dan keberanian." – 15 Februari, 2014.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mejar-zaidi-terpaksa-bayar-harga-mahal-kerana-bercakap-benar

Kedahkini
Read More

Sunday, 2 June 2013

SPR, Sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan - TG Nik Aziz

Isnin, 3 Jun 2013
Matahari Dah Tegak dan Umno Baru Terjaga - Nik Aziz
Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara. Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.
Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri?

Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen. Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?

Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan. Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul. Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional. Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang. Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!

Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.

Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya. Sayangnya, UMNO lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin UMNO masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah. Jika umpama orang yang tidur, UMNO hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

23 Rajab 1434H bersamaan 2 Jun 2013M
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.
batuvskayu.


Pemuda Pas sambut baik SPR dikawal selia Jawatankuasa Khas Parlimen
KOTA BHARU 2 Jun - Dewan Pemuda Pas Pusat menyambut baik langkah kerajaan untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kawal selia Jawatankuasa Khas Parlimen yang dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keputusan kerajaan itu merupakan antara usaha bagi memastikan SPR menjadi sebuah badan yang lebih bebas.

Pembentukan jawatankuasa khas tersebut jelas beliau, sekali gus memperlihatkan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan politik negara.

"Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk letakkan SPR di bawah Parlimen adalah langkah yang positif dan saya menerimanya dengan baik.

"Saya berharap jawatankuasa ini akan dapat merumuskan sesuatu yang diterima seluruh rakyat yang menyokong kerajaan ataupun pembangkang," katanya ketika ditemui di kediaman Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130603/po_03/Pemuda-Pas-sambut-baik-SPR-dikawal-selia-Jawatankuasa-Khas-Parlimen#ixzz2V7cnUaTF
© Utusan Melayu (M) Bhd


Jawatankuasa Khas Parlimen membuktikan sikap keterbukaan kerajaan BN
June 2, 2013 by Dudi 
DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
JOHOR BAHRU 2 Jun – Keputusan kerajaan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen membuktikan sikap keterbukaan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia juga salah satu usaha transformasi politik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya percaya rakyat sudah semakin matang dan kita boleh serah banyak perkara kepada rakyat untuk membantu kerajaan dalam memajukan negara,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja dan ‘walkabout’ ke Zon Permas, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Read More

Monday, 27 May 2013

Mat Sabu: Mari Ketawakan SPR! KAH!..KAH!..KAH! & Tiga Pesuruhjaya Pilihanraya Dihukum Penjara 4 Tahun...

Selasa, 28 Mei 2013
Mari Ketawakan SPR.. Kah!..Kah!..Kah!


Tiga Pesuruhjaya Pilihanraya Thailand Dihukum Penjara 4 Tahun
Tiga orang pesuruhjaya pilihanraya Thailand, yang dilihat sebagai sekutu rapat Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yng menghadapi tentangan, telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara kerana membenarkan calon yang tidak layak untuk bertanding di dalam pilihanraya parlimen negara itu pada April lepas. 

Ketiga-tiga pesuruhjaya teesebut telah didapati besalah kerana melanggar undang-undang pilihanraya dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan membenarkan calon-calon pada pengundian 2 April untuk bertanding di dalam kawasan berasingan di dalam pengundingan pusingan kedua pada April 23. Mahkamah tertinggi negara tersebut kemudiannya membatalkan keputusan pilihanraya, dengan menyatakan bahawa ia melanggar perlembagaan.

Keputusan mahkamah tersebut merupakan satu tamparan kepada Thaksin kerana ketiga-tga pesuruhjaya pilihanraya berkenaan dikatakan sekutu rapatnya dan tindakan mereka dilihat sebagai menyebelahi perdana menteri berkenaan.

Mahkamah juga telah membatalkan hak mengundi bagi pesuruhjaya berkenaan dan menghalang apa-apa penglibatan politik selama 10 tahun.

“Pesuruhjaya Pilihanraya berkenaan telah menjalankan tugasnya dengan tidak adil,” demikian mahkamah memberitahu. “Mereka didapati bersalah ... dan mahkamah memerintahkan mereka dipenjara empat tahun.”

Jika mahkamah membenarkan mereka diikatjamin, pesuruhjaya-pesuruhjaya berkenaan – Vasana Puemlarp, Prinya Nakchudtree dan Virachai Naewboonnien – masih dibenarkan menjalankan tugasnya. Tidak dapat dipastikan buat masa ini samada mahkmah bercadang untuk membenarkan mereka diikatjamin.

Prinya berkata beliau dan lain-lain defenden akan merayu terhadap hukuman tersebut. 

“Saya berharap mahkamah akan bermurah-hati membenarkan kami diikatjamin,” tambahnya. 

Beliau berkata mereka akan kekal sebagai pesuruhjaya, dan akan tewas jika Mahkamah Tertinggi juga mendapati mereka bersalah. 

“Kami akan teruskan kerja kami hinnga minit terakhir,” kata Prinya . “Saya tekankan bahawa kami belum bersalah... saya akan merayu simpati awam. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

Ketua parti pembangkang Thavorn Seniem, yang memfailkan tindakan undang-undang ke atas pesuruhjaya berkenaan, membantah supaya pesuruhjaya berkenaan dibenarkan ikatjamin.

“Mereka telah memperolehi kesan dari apa yang mereka lakukan... Jika mereka dibenarkan berada di luar penjara dan menyambung tugas mereka , mereka akan terus-menerus melakukan kesalahan,” kata Thavor. 

Thaksin membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya pada 2 April , tiga tahun lebih awal dari tempohnya dalam usaha untuk menyekat gerakan protes rakyat yang menuntut perletakan jawatannya kerana rasuah dan penyalahgunaankuasa. 

Partinya menang setelah ketiga-tiga parti pembangkang memboikot pilihanraya dan berjuta rakyat tidak keluar mengundi sebagai protes terhadap perdana menteri tersebut. 

Pemboikotan dan protes berkenaan bermakna di dalam beberapa kawasan, pemenangnya tidak dapat ditentukan kerana ia gaga untuk mendapatkan bahagian minimum bilangan pengundi yang duitetapkan oleh undanh-undang. Keputusan tersebut telah menyebabkan parlimen gagal untuk bersidang.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah memanggil pengundian yang baru pada 23 April, dimana menyaksikan parti Rak Thai yang diketuai Thaksin menang. 

Mahkamah Tertinggi Thailand telah membatalkan keputusan pilihanraya berkenaan dan memutuskan Pesuruhjaya pilihanraya meletakkan jawatannya supaya pesuruhjaya yang baruy dilantik bagi memastikan pilihanraya yang adil dapat disempurnakan pada 15 Oktober. -brne.ws/terjemahan bebas:GB

Ulasan GB
Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Yang bersalah tetap akan terima padahnya.

Kes di atas berlaku semasa Thaksin menjadi perdana menteri di Thailand sekitar tahun 2006. 

Seperti ia bakal berlaku di negara kita juga malah di Malaysia kesalahan Suruhanjaya Pilihanraya lebih dasyat lagi, dakwat tak kekal, pengundi hantu, padam lampu, proses kiraan meragukan, peti undi ditemui di belukar dan berbagai-bagai kesalahan lain lagi yang telah dikesan.

Jka Mahkamah Thailand telah menjatuhkan hukuman ke atas pesuruhjaya pilihanraya negara tersebut, kita berharap keputusan yang sama nanti berlaku di negara kita. Biar terkencet ketiga-ketiga, pesuruhjaya, timbalan dan setiausaha membacanya dan boleh buat persediaan untuk tinggal di penjara.

Selepas itu, barulah PM Malaysia terima nasibnya sama seperti bekas PM Thailand yang bernama Thaksin itu.

Dah banyak kali GB pesan, jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan yang universal itu. Islam menyebutnya sebagai "sunnatullah" dan Allah menyatakan kamu tidak dapat melihat perubahan pada sunatullah itu!

Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. - Al-Ahzab 62

Yang bersalah PASTI akan terima hukumanNya, tak kira besar mana pun pangkat kamu di dunia ini.
Posted By Greenboc
Read More

Saturday, 25 May 2013

YB Noor Pertahan Gambar Blackout Yang DiKata TIPU Oleh SPR - Siapa yang Pembohong Sebenarnya...

Ahad, 26 Mei 2013

Posted by Shalehudin at 12:59 PM
KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG
YB NOOR HANIM ISMAIL
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR 
Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. “Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut. Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti. 

YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434

Dibawah pula laporan SINAR 2 hari lepas mengenai kenyataan Pengerusi SPR -
KUALA LUMPUR - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.
   
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.   

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
   
"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
   
Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
   
"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
   
"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.
   
Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.    

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.
   
"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena