Showing posts with label MEJAR ZAIDI. Show all posts
Showing posts with label MEJAR ZAIDI. Show all posts

Saturday, 14 February 2015

Mejar Zaidi akan sertai PAS...harapannya untuk menyatukan PR

Sabtu, 14 Februari 2015

Mejar Zaidi akan sertai PAS kerana berminat tegakkan Islam


Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia Zaidi Ahmad (tengah) bersama berdemonstrasi untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zaidi akan menyertai PAS selepas menerima MyKad sebagai rakyat biasa. Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad, yang mula menimbulkan isu mengenai dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan menyertai PAS sebaik memperolehi kad pengenalan baru sebagai rakyat biasa. 
Bercakap kepada The Malaysian Insider pada majlis pelancaran buku terbaru kartunis Zunar di Petaling Jaya hari ini, beliau mengakui berminat dengan PAS kerana parti itu menegakkan Islam. "Saya akan menjadi ahli PAS.  Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang ditamatkan perkhidmatan serta-merta pada 12 Januari lalu selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

"Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya merujuk kepada nama penuh parti pembangkang yang merupakan sebahagian Pakatan Rakyat (PR) itu. Zaidi dipecat dari TUDM kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera mengikut Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

Beliau didapati bersalah melanggar protokol dengan membuat pengumuman terbuka mengenai dakwat kekal yang digunakan semasa PRU13 tetapi boleh dibasuh dengan mudah, menimbulkan persoalan mengenai integriti PRU. Selepas dibebaskan, Zaidi menyuarakan hasratnya memberi ceramah dan meningkatkan kesedaran politik di kalangan orang ramai.   

Hari ini beliau menyatakan harapan memainkan peranan menyatukan PR yang ketika ini dilihat seperti berada di ambang perpecahan kerana beberapa isu dan konflik dalaman sesama tiga ahlinya – PAS, PKR dan DAP. "Saya ni 'middle ground' (pertengahan)... Saya bukan ustaz, insyaAllah saya cuba main peranan untuk satukan PR untuk menghadapi PRU14.

 "Cabaran itu memang besar, terutamanya dengan ketiadaan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kita terpaksa menghadapinya, harap-harap pemimpin baru akan muncul," katanya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Read More

Monday, 20 October 2014

Dakwat kekal: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani...

Selasa, 21 Oktober 2014

Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani

Keputusan kes Mejar Zaidi Ahmad terhadap lima pertuduhan memberi kenyataan media berkenaan isu dakwat kekal dibuat pada 27 Oktober depan.

Yang dipertua Mahkamah Tentera bagi kes itu Kolonel Saadon Hasnan mengumumkan perkara itu selepas mendengar hujahan penggulungan peguambela dan pendakwa raya kes hari ini.

"Panel memerlukan masa untuk bincangkan keputusan.

"Keputusan sama ada wujud prima facie terhadap kes ini akan dibuat pada 27 Oktober 2014 pada jam 2 petang," kata beliau di Mahkamah Tentera Pengkalan Udara Sungai Besi hari ini.

Mejar Zaidi menghadapi tujuh pertuduhan bawah Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksima penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

'Tiada kuasa siasat'

Peguambela Hanipa Maidin (bawah) dalam hujahnya menyatakan pihak pendakwaraya gagal membentangkan keterangan dan fakta menyokong pendakwaan mereka.

Beliau menyatakan sehingga kini tiada bukti bahawa dokumen kawat tumpangan luar yang didakwa dibawa keluar kepada pihak media dinyatakan untuk menyokong pertuduhan ke atas Zaidi.

Beliau menegaskan Zaidi hanya memberi kenyataan kepada media atas kapasiti beliau pengundi berdaftar dan bukannya melanggar arahan Angkatan Tentera.

"Dakwat kekal itu bukannya dibekalkan tentera dan mereka tiada kuasa menyiasat kerana ia di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Satu-satunya kesalahan dia (Zaidi) adalah kerana dia berani.

"Dia tak sepatutnya diberikan apa-apa tindakan, dia sepatutnya diberikan medal," kata Hanipa dalam hujahan penggulungan beliau.

Pendakwaan hanya gulung 3 perkara

Sementara itu dalam penggulungan mereka sebelum Hanipa, pendakwaraya Ahmad Azam Soip dan kumpulannya hanya memberi penggulungan kepada tiga tuduhan pertama.

Tuduhan tersebut meliputi Zaidi membuat kenyataan media tanpa kelulusan Kementerian Pertahanan, menyiarkan kawat tumpangan keluar kepada pihak media dan menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal kepada media yang sepatutnya disiasat oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu bagi pertuduhan keempat dan kelima, pihak pendakwaraya membuat keputusan menyerahkan perkara tersebut kepada mahkamah untuk keputusan tanpa menambah hujah.

"Kami menumpukan kepada pertuduhan pertama, kedua dan ketiga," kata beliau ketika diminta menjelaskan perkara itu oleh mahkamah tadi.

Pada 10 Jun lalu, pihak pendakwaraya meminda lima pertuduhan berhubung isu dakwat kekal ketika pilihan raya kecil ke-13 yang dihadapi Zaidi.

Pindaan dibuat Hanipa membantah bahawa kelima-lima pertuduhan berkenaan adalah cacat, pada sidang perbicaraan April lalu.

Pindaan bagi pertuduhan pertama dan kedua menyaksikan tempat kesalahan didakwa dilakukan Mejar Zaidi ditukar daripada “perkarangan balai polis IPD Kepala Batas…” kepada “perkarangan surau balai polis IPD Kepala Batas…”.

Tuduhan pertama dan kedua kini dibaca sebagai ‘di perkarangan surau balai polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013′ melanggar Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961.

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, pertuduhan kekal sama namun seksyen yang digunakan ditukar daripada Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 kepada Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972.

Dua lagi pertuduhan berkenaan hantaran SMS berbaur politik masih tidak dibicarakan.

Pada 7 Februari lalu, Zaidi dari Pangkalan Udara Butterworth mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dan dua pertuduhan menghantar SMS berbaur politik.
Sumber Mk.
Read More

Wednesday, 11 June 2014

Saksi Pertama - Ekori Zaidi membuat laporan polis & merakam video! 'Konspirasi Jahat Terbongkar'...

Rabu, 11 Jun 2014
Foto Pak Teh MYatim.

Konspirasi Jahat Umno Akhirnya Terbongkar...

Seorang anggota tentera udara mengaku memadamkan rakaman kejadian yang didakwa sebagai sidang media Mejar Zaidi Ahmad pada 1 Mei 2013, selepas memindahkannya ke dalam komputer riba Jabatan Arah Provos Marsyal, pasukan itu.


Pengakuan itu dibuat Sarjan Udara Mohd Khairul Nizam Ishak, yang bertugas di bahagian Keselamatan Fizikal dan Pencegahan Jenayah (KFPJ), Skuadron 104 Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM pada 1 Mei 2013.

Beliau adalah saksi pertama perbicaraan kes Zaidi yang didakwa di mahkamah tentera kerana memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.

Saksi berkata demikian sewaktu menjawab soalan peguam Hanipa Maidin yang membela Zaidi.

Khairul sewaktu menjawab soalan pihak pendakwaan sebelum itu memberitahu mahkamah yang beliau mengekori Zaidi membuat laporan polis di balai polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013.

Beliau turut memberitahu mahkamah yang beliau membuat satu rakaman video kejadian yang didakwa sebagai satu sidang media oleh Zaidi, menggunakan telefon bimbitnya.

"Apabila sarjan memadamkan rakaman asal, sarjan sebenarnya memadamkan bukti, betul?" tanya Hanipa.

"Betul," jawab Khairul Nizam dari kandang saksi.

"Setuju atau tidak, apabila sarjan memadamkan bukti, ia adalah satu kesalahan," tanya Hanipa lagi.

"Tidak," balas beliau.

"Sarjan tahu atau tidak pertuduhan yang dikenakan ke atas Mejar Zaidi?" tanya Hanipa seterusnya.

"Tidak," jawab beliau ringkas.

"Saya katakan apa yang sarjan kata sebagai sidang media itu anggapan sarjan," tanya Hanipa lagi.

"Tidak," balas beliau.

Sewaktu disoal pasukan pendakwa Mejar Ahmad Sanusi Ali kemudiannya, Khairul menjelaskan yang ia bukan kesalahan kerana beliau melaksanakan arahan pegawai atasannya, yang tidak mahu rakaman itu tersebar kepada orang ramai.

"Kenapa padam?" tanya Ahmad Sanusi Ali.

"Saya dapat arahan untuk padam daripada Leftenan Kolonel Rosli supaya (rakaman) tak tersebar.

"Saya tak setuju (padam rakaman satu kesalahan) sebab saya dapat arahan untuk padam supaya ia tak tersebar," jawabnya.

Leftenan Kolonel Rosli dalam keterangan saksi kedua kemudiannya dikenal pasti sebagai pegawai yang mengetuai pasukan dari Jabatan Arah Provos Marsyal.

Pasukan itu tiba di Pangkalan Udara Butterworth pada jam 9 malam hari yang sama susulan laporan polis berkenaan dakwat kekal oleh Zaidi pada sebelah siangnya. ~mk
Posted by 
Read More

Tuesday, 10 June 2014

Peguam Pendakwa Mejar Zaidi mohon berhenti TUDM...kecewa pendakwaan terpilih terhadapnya

Selasa, 10 Jun 2014
SALAH SEORANG PEGUAM PENDAKWA SAYA, KAPT FADZIL NOOR DALAM PROSES BERHENTI DARI TUDM, SALAH SATU SEBABNYA IALAH KEKECEWAAN BELIAU TERHADAP PENDAKWAAN TERPILIH YANG DIKENAKAN TERHADAP SAYA

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/28788-pertuduhan-dipinda-mejar-zaidi-mengaku-tidak-bersalah

5 PERTUDUHAN KITAR SEMULA DITERIMA MAHKAMAH, PERBICARAAN TETAP DITERUSKAN WALAU PEGUAM SAYA TELAH MEMOHON UNTUK MEMBUAT "JUDICIAL REVIEW" DI MAHKAMAH TINGGI

Tksh kepada saudara mara dan rakan2 yang hadir memberikan sokongan untuk perbicara
an pada hari ini (10 jun), tak lupa juga kepada yg tak dapat hadir tetapi terus memberikan sokongan moral dan juga doa dan solat hajat yang tidak putus2. Tksh tak terhingga kepada barisan peguam saya yg diketuai YB Hanipa Maidin, Tuan Hj Mohd Sabu dan isteri yg sudi hadir, YB Julian Ahli Parlimen Stampin, Kuching Sarawak, YB Tian Chua, YB Dr Ong Kian Ming, Maria Chin dan rakan2 dari BERSIH yg begitu prihatin, dan juga semua pemberita yg sudi memberikan liputan terhadap kes saya ini. Perbicaraan disambung esok pagi jam 9.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rmaf-pilots-trial-to-go-on-despite-objections-to-amended-charges

Peguam Mejar Zaidi dakwa pinda pertuduhan selepas ditolak tidak adil

Mejar Zaidi Ahmad, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia yang menghadapi beberapa dakwaan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 kerana membuat laporan polis tentang isu dakwat kekal pada PRU13, keluar daripada pintu utama Mahkamah Tentera TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2014.

Mejar Zaidi Ahmad, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia yang menghadapi beberapa dakwaan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 kerana membuat laporan polis tentang isu dakwat kekal pada PRU13, keluar daripada pintu utama Mahkamah Tentera TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2014. 

Peguam kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa di Mahkamah Tentera hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal, berkata adalah tidak adil bagi mahkamah mendengar semula pertuduhan yang dipinda selepas ia ditolak sebelum ini.
Peguam yang mewakili Zaidi, Mohamed Hanipa Maidin menyifatkan ianya satu tindakan prejudis dan memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi bagi membatalkan tuduhan yang dipinda itu, lapor Harakahdaily.
Hari ini, lima daripada tujuh pertuduhan ke atas Mejar Zaidi yang sebelum ini diketepikan selepas bantahan awal pembelaan, dipinda dan dibaca sebagai pertuduhan baru hari ini.
Zaidi yang juga Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah TUDM di Sungai Besi pagi ini.
Semua pertuduhan berkait dengan dakwaan beliau memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sebelum ini, lima pertuduhan diketepikan dibuat mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Bagaimanapun, kesemua pertuduhan itu hari ini dipinda kepada Seksyen 51 akta yang sama.
Hari ini, mahkamah sepatutnya turut mendengar dua lagi pertuduhan yang tinggal, iaitu menghantar SMS berbaur politik ketika PRU13.
Yang di-Pertua Mahkamah Kolonel Saadon Hasnan bagaimanapun menangguhkan perbicaraan kepada jam 9 pagi esok selepas pihak pendakwaan memohon masa untuk membuat persiapan akhir.
Selain Saadon, lima lagi anggota mahkamah yang mendengar kes tersebut adalah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Mohd Khuzairi Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.
Zaidi dihadapkan ke mahkamah tentera dengan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa PRU13 lalu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan teresebut di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang dan di Pangkalan Udara Butterworth antara 1 Mei dan 3 Mei 2013.
Selain Hanipa, Zaidi turut diwakili barisan peguam Azhana Mohd Khairuddin, dan Nasar Khan Mirbaz Khan.
Pendakwaan dijalankan oleh Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin. – 10 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-mejar-zaidi-dakwa-pinda-pertuduhan-selepas-ditolak-tidak-adil#sthash.kprnvcND.dpuf
Read More

Friday, 6 June 2014

Mahkamah Tentera: Perbicaraan Mejar Zaidi 10-12 Jun...Isu dakwat kekal

Jumaat, 6 Jun 2014

Dakwat kekal: Perbicaraan Mejar Zaidi 10-12 Jun

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Mejar Zaidi Ahmad akan dibicarakan 10 hingga 12 Jun Kompleks Mahkamah Tentera Pangkalan TUDM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi.

Bersih 2.0 dalam satu kenyataan memaklumkan Mejar Zaidi telah didakwa dengan 7 tuduhan atas tindakan beraninya membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 lalu mengenai isu dakwat kekal.

Akibat daripada itu, Mejar Zaidi kini berhadapan tindakan Mahkamah Tentera setelah didakwa melanggar etika/peraturan Angkatan Tentera Malaysia.

"Bagi pihak Bersih 2.0, kami mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah pun menunjukkan kesetiaannya terhadap negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap isu dakwat kekal," ujar Bersih 2.0 .

Oleh yang demikian, Bersih 2.0 menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir bersama ke Mahkamah Tentera Sungai Besi pada tarikh seperti dinyatakan di atas untuk menunjukkan sokongan moral kepada Mejar Zaidi dan keluarganya.

"Kita harus berdiri bersama Mejar Zaidi yang mana pada ketika ini berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan sebagai bersalah," tegas kenyataan itu.

Peringatan penting:
1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.

2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh 2 km.

3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam kamar mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan di luar mahkamah. (dinasihatkan untuk menyimpan alat-alat ini di dalam kereta)

4. Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep/Adam di talian 03-77723275/019-4380428 - HARAKAHDAILY 5/6/2014

MASIHKAH BOLEH SPR DIPERCAYAI?


Selama 12 kali Pilihanraya Umum di negara ini, badan yang paling berkuasa adalah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).  SPR dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihanraya umum serta pilihanraya kecil jika terdapat kekosongan.
Dakwat kekal tidak kekal. Gambar ihsan: malaysiakini.com

Pilihanraya pertama di negara ini diadakan pada 27 Julai 1955, sejak itu Pilihanraya Umum telah memasuki edisi ke-13 pada tahun ini.  Ketika himpunan Bersih pertama kali pada tahun 2007 antara lain menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan penipuan dan kebarangkalian mengundi dua kali.

Sungguhpun SPR berjanji untuk penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, namun di saat akhir ianya tidak digunakan atas alasan tidak bersedia.  Pada PRU 13, dakwat kekal akan pertama kali digunakan.  Namun apa yang menjadi kemusykilan adalah warna dakwat serta dakwat kekal yang sebenarnya tidak kekal.

Walaupun dinafikan sekerasnya oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff, namun SPR yang didakwa sebagai komponen ke-14 BN, pelbagai media alternatif sejak semalam telah melaporkan pelbagai dakwaan yang menggambarkan bahawa dakwat kekal yang didakwa sebenarnya tidak kekal.

Dakwaan mengenai dakwat kekal ini adalah serius jika SPR dan kerajaan benar-benar mahu mengendalikan Pilihanraya Umum ke-13 ini dalam keadaan yang telus, dan benar-benar bersih.  Sudahlah daftar pemilih pun diragui daripada segi senarai pemilihnya, kini satu lagi dakwaan mengenai dakwat kekal akan terus memberikan keraguan kepada rakyat negara ini.

Pihak pemantau Pilihanraya seharusnya mendesak pihak-pihak terbabit membuat laporan polis dan memaksa SPR membuktikan bahawa dakwat kekal yang digunakan benar-benar kekal dalam tempoh yang dinyatakan mereka.  SPR mendakwa dakwat kekal mengandungi logam ‘sliver nitrate’ yang meresap ke dalam kulit dan akan kekal sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.

SPR perlu berusaha meyakinkan pengundi dan orang ramai bahawa dakwat yang digunakan dalam PRU pada kali ini perlulah benar-benar seperti yang mereka dakwa, jika tidak integriti SPR sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab mengenai urusan pilihanraya di negara ini akan dipersoalkan.

Imej SPR di mata para pengundi sebenarnya telah banyak dipersoalkan, dengan dakwaan mereka merupakan ‘komponen’ ke-14 BN.  Jika benar SPR gagal bertindak bebas, telus dan adil, seharusnya yang perlu dihukum adalah BN, maka para pengundi sepatutnya berani untuk mengubah persepsi mereka terhadap kepimpinan pemerintah di Malaysia sejak setengah abad yang lalu.  Ini kalilah!
kaki sakat

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena