Saturday 25 April 2015

ISU PAS BOIKOT PRK PERMATANG PAUH akhirnya selesai...BN pulak tak tidur lena?

Sabtu, 25 April 2015

ISU PAS BOIKOT PRK PERMTANG PAUH AKHIRNYA SELESAI

PERMATANG PAUH, 25 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Saleh Man yang bertindak sebagai 'orang tengah' penyelesaian konflik melibatkan PAS Permatang Pauh bersyukur konflik dalaman yang berpanjangan selama seminggu sudah selesai.

Beliau terpaksa mengajak Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Mohamad Sabu,.Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Haji Fadzil Kemi, Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dato' Dr Mansor Othman dan beberapa kepimpinan Dewan Harian PAS Kawasan Permatang Pauh bertemu supaya salah anggapan tidak berpanjangan malah difahami semua.

Jadi, mulai hari ini (malam nanti) PAS Kawasan Permatang Pauh akan melancarkan jenteranya di Dewan Haji Yusof Rawa, Kampung Sama Gagah sekaligus menghapuskan konflik berkenaan.
Pertemuan semalam diadakan di Hotel Light Seberang Jaya sebelum majlis pengumuman calon diadakan  di SP Arena, Seberang Jaya malam tadi.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh,Haji Omar Hasan sewaktu ditemui juga melahirkan kegembiraan kerana masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

"Ramai kalangan kami tidak fahami apa yang dimaksudkan oleh Wan Azizah mengenai hukum hudud. Pertemuan malam tadi kami anggap pertemuan muhibah sebagai penerangan untuk kebaikan semua, " katanya.
Di Terbitkan oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena