Wednesday, 22 April 2015

Hadi enggan jawab undi siapa di Pmtg Pauh..."undi boleh dibeli pada bila-bila masa"

Rabu, 22 April 2015

Hadi Tak Mahu Sokong Calon PKR Permatang Pauh

Hadi enggan jawab undi siapa di Pmtg Pauh

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya keberatan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PKR di Permatang Pauh.

Beliau hari ini mengelak apabila diajukan soalan tentang siapakah yang patut diundi di Permatang Pauh.

Dalam forum “Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi” anjuran Sinar Harian hari ini, Hadi diajukan soalan sama sebanyak dua kali oleh hadirin.

Ketika sesi soal jawab, seorang hadirin bertanya kepada Ahli Parlimen Marang itu siapakah yang patut di undi pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Soalan itu ditimbulkan memandangkan PKR secara terbuka menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Bagaimanapun Hadi hanya mejawab: "Yang tanya itu tak undi (di) Permatang Pauh, jadi tak payah jawablah."

Kemudian, seorang lagi hadirin yang tampil memperkenalkan dirinya sebagai pengundi Permatang Pauh dan bertanyakan soalan sama.

Namun, Hadi sekali lagi mengelak untuk menjawab soalan itu.

"Mengundi lambat lagi. Saya tak boleh jawab lagi soalan itu.

"(Ini) kerana undi boleh dibeli pada bila-bila masa," katanya sambil ketawa.

Hormat PAS kawasan

Sementara itu, ditanya pemberita berhubung "fatwa" ulama akar umbi Permatang Pauh bahawa “haram undi calon tolak hudud”, Hadi hanya berkata PAS masih lagi berada dalam Pakatan.

Katanya, selepas tamat program itu, beliau menghormati pandangan PAS Permatang Pauh dan akan mendengar penjelasan lanjut daripada pihak itu.

"Kita masih (bersama) dalam Pakatan Rakyat. Adapun tentang (PAS) Permatang Pauh, saya tak boleh tengok berita melalui media sahaja.

“Saya akan dengar (daripada PAS) Permatang Pauh sendiri," katanya.

Ditanya apakah saranannya terhadap PAS kawasan itu, beliau hanya mengulangi kenyataannya dan berkata:

"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh."

Laporan akhbar hari ini melaporkan, Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman sebagai berkata “haram mengundi calon tolak hudud”.

Sementara itu, ditanya mengenai kawasan yang ingin "menggulingkannya" sebagai presiden pada pemilihan PAS, Hadi hanya berkata:

"Masih banyak lagi kawasan yang menyokong saya.”

Nada beza Tuan Ibrahim

Sementara itu, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyatakan nada berbeza dalam kenyataannya hari ini.

Tidak seperti Hadi, beliau yang yang bertanggungjawab memimpin jentera PAS dalam pilihan raya kecil Rompin, menyampaikan ucapan selamat berjaya kepada PRK di Permatang Pauh.

“Undi PAS di Rompin dan PKR di Permatang Pauh, Tolak GST (Cukai Barangandan Perkhidmatan), tolak Umno-BN!” katanya.

Ulama terkemuka itu turut menggesa supaya “perbezaan kecil” sesama sendiri diketepikan demi berdepan cabaran lebih besar, iaitu “ kezaliman Umno-BN”.

“Utamakanlah perjuangan bersama kita yang jauh lebih besar demi dan untuk masa depan rakyat Malaysia,” kata Tuan Ibrahim (atas).

- mkini
BLM.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena