Monday, 20 April 2015

Pejuang sebenar tidak perlu duduk dalam GLC...'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'

Selasa, 21 April 2015

MAZLAN ALIMAN MENULIS MENGENAI RAKAN SEPERJUANGANNYA, BACALAH DENGAN HATI

1 hr · 

Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah. Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda. 

Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan. Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah. Kalau jumpa dia akan tanya secara berseloroh, 'duit belanja ada?' Lantas hulur sejumlah wang kepada saya kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.

Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS. Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer; sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak tuang minyak kereta pun tak ada duit. 

Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat. Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.

Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur; beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. 'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.

Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara. Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.

Sekarang musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, 'saya mengenali Salahudin sudah sekian lama. Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah dia baru baru ini (ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya akhlak kita?'.

Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.

Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat 

Mazlan Aliman

Terasa amat sedih apabila membaca status Mazlan Aliman dalam Facebooknya.

Orang yang banyak jasa dipinggirkan. Dipakaikan dengan gelaran yang menjelekkan. Difinah dengan berbagai-bagai cerita rekaan.

Adakah budak-budak yang ramai datang dari Timur tengah itu pernah merasai kesukarannya membina sebuah organisasi?

Adakah mereka tahu bagaimana hendak bermula dari hampir kosong menjadi sebuah jemaah yang digeruni musuh?

Budak-budak itu yang juga berkeliaran di dalam media sosial, bersama tulisan yang berhamburan dengan maki-hamun dan berbagai-bagai istilah yang dicipta untuk menghina pemimpin yang penyokong yang tidak setuju dengan mereka.

Pejuang sebenar tidak perlu duduk dalam GLC atau menjadi anak/menantu sang ketua.

Semoga nama-nama yang disebut oleh Mazlan Aliman dalam tulisannya, dan dia sendiri sentiasa tabah yang istiqomah dalam perjuangan.

Sekadar ingatan untuk diri sendiri:

Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda:

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791.

Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalamm surah Al-Hujurat, ayat 18:

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

Terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).




0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena