Wednesday 29 April 2015

GST - Orang tak tahu apa 'si DAM' cakap, kata Dr M

Rabu, 29 April 2015

VIDEO : Orang tak tahu apa Ahmad Maslan cakap, kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad menepelak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa dirinya tidak faham berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 1 April lalu. Bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan di Institut German - Malaysia di Kajang, katanya, walaupun bertanggungjawab “menjaga’ kewangan, namun apabila Ahmad Maslan bercakap “orang tidak tahu apa” yang diperkatankannya.
BLM.

Ahmad Maslan - 'Belajar dulu sebelum kata saya bodoh'


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan laporan yang mendakwa beliau menerima arahan supaya tidak bercakap mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompin.

Beliau menafikan laporan beritaAstroAwani hari ini yang memetik sumber mengatakan Ahmad diberi amaran supaya tidak bercakap soal GST.

Laporan itu juga menyebut, amaran diberi kerana pihak pembangkang sering memanipulasikan isu pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, mengulas perkara tersebut, Ahmad berkata, pihak pembangkang sering memainkan isu GST adalah kerana mereka takutkannya.

"Tidak ada seorang pucuk pimpinan yang memaklumkan saya tentang itu.

"Memang tiada terima sebarang amaran dari pucuk pimpinan Umno.

"(Pembangkang mainkan isu GST) kerana mereka takut pada saya," kata Ahmad sambil ketawa semasa mengadakan sidang media di Pusat Media PRK Permatang Pauh hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan ahli akademik Datuk Dr Agus Yusof yang mengkritik ahli parlimen Pontian itu, Ahmad meminta supaya mereka belajar lebih lanjut mengenai GST sebelum memanggilnya "bodoh".

Katanya, selain dua tokoh akademik itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga perlu diberitahu tentang perkara sebenar mengenai cukai GST.

"Saya berharap agar penasihat-penasihat Mahathir dan juga pelapor-pelapor kepada Tun Mahathir tolong ceritakan tentang GST yang sebenar kepada beliau.

“Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri (kanan) dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka setuju dengan GST.

"Oleh kerana itu saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.

“Saya juga syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar jangan tidak benar, kesian orang tua tu," kata Ahmad lagi.

Sabtu lalu, Ahmad menyifatkan bekas pemimpin negara itu masih belum memahami sepenuhnya tentang GST.

Ia mengundang rasa kurang senang Mohd Asri dan Agus apabila masing-masing mengkritik kenyataan Ahmad itu di Facebook mereka.

Perkara itu berbangkit apabila bekas perdana menteri menggesa supaya dibatalkan GST dan mengatakan pegawai yang mengedalikan perkara tersebut tidak faham tentang pelaksanaan cukai itu.

- mkini
BLM.
Ariff Hamid's photo.

KENAPA BERITA MACAM NI SUSAH SANGAT NAK MASUK TV 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena