Saturday 25 April 2015

PAS sangat berhajatkan kemenangan?

Sabtu, 25 April 2015

Muktamar PAS ke-61: Pertembungan konstruktif atau destruktif?

APRIL 25, 2015
Menyambung daripada “PAS mengundang kegagalannya sekali lagi?” terbitan TMI dan “Agenda Selamatkan PAS?” dalam Harakah print terkini, penulis menyambung perkongsian idenya.
Sebagai sebuah gerakan Islam yang memilih jalan “Muwajahah Silmiyah” atau “persaingan aman” secara demokrasi, PAS sangat berhajatkan kemenangan.
Benar seperti ada yang cuba mendakwa “kemenangan bukan segala-galanya”. Namun, tidak siapa pun dapat menyangkal “segala-galanya menantikan kemenangan untuk PAS mampu melaksana cita-cita murni perjuangannya”.
Justeru, PAS sentiasa menghitung sokongan dan prestasinya dalam setiap pilihan raya. Keputusan dalam pilihan raya ditanggapi sebagai kayu ukur menilai penerimaan dakwahnya dan tawaran dasar-dasar siasah atau politiknya. Kemenangan mengizinkan PAS menggapai visi pembangunannya untuk rakyat dan negara.
Ruang amal bukan sahaja terhad kepada mereka yang bergelar Yang Berhormat, exco atau menteri besar bahkan kepada semua pimpinan akar-umbi dalam pengelolaan PBT, JKKK, masjid dan surau.
Begitulah “habuan” kemenangan buat mereka yang benar-benar menghayati perjuangan ini serta sentiasa berlumba-lumba mencari reda Allah.
Dalam penulisan lalu, ditegaskan, andainya kepimpinan gagal memastikan PAS terus dikemudikan dengan baik dan bijak, maka PAS bakal kembali ke tahap prestasi lamanya, pada paras atau “baseline” Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 (2004). Ia tidak perlu diulang kembali.
Sayugia diakui dinamik luaran dan dalaman parti kini sangat berbeza dan lebih kompleks. Ia tidak semudah untuk diurus dan ditangani. Kini wujud pola-pola permasalahan yang mencabar kesinambungan pencapaian parti.
Kepimpinan parti yang tidak punyai kebijaksanaan dan keterampilan pengurusan strategik bakal mengundang pelbagai polemik dan konflik sama ada dalaman partinya sendiri mahupun bersama rakan koalisinya.
Kepimpinan akar umbi yang tidak mengikuti kemajuan dan peredaran parti juga akan menyukarkan kepimpinan tertinggi.
Maka, apakah yang sedang mengancam PAS dan bakal menghampakan cita-cita yang disasarkan dalam perjuangannya dalam jangka waktu terdekat ini?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena