Tuesday 21 April 2015

Penjawat Awam - Naik pangkat angkara bodek, kipas dan bodek Bos atau Ketua Jabatan?

Selasa, 21 April 2015

Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam Naik Angkara Bodek, Kipas dan Bodek Bos dan Ketua Jabatan? Benarkah Ia Berlaku?



 Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam Naik Angkara Bodek, Kipas dan Bodek Bos dan Ketua Jabatan? Benarkah Ia Berlaku? : Sekarang jumlah kakitangan awam di Malaysia terus bertambah dan melonjak tinggi kepada angka 1.6 juta orang.
Melihatkan lambakan penjawat awam dalam sektor awam menimbulkan persaingan yang cukup hebat dikalangan kakitangan awam bagi bersaing untuk naik satu tangga ke tangga yang lain sehingga timbul persepsi ada penjawat awam yang dapat keistimewaan kenaikan pangkat dengan “lebih mudah” dek kerana hubungan baik dengan bos sendiri.

kenaikan pangkat



Ini berdasarkan rekod untuk dapat kenaikan pangkat perlu melepasi beberapa kriteria termausklah :
  • Prestasi dan pencapaian kerja
  • perakuan ketua jabatan
  • kekosongan

 

JAWAPAN SHAHIDAN KASSIM : ISU KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN AWAM?

Nah…di sini letakkan “loophole” yang terus bersarang dalam sektor. Adakah ini berlaku. Berita Semasa boleh katakan ya walaupun menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan kassim menafikan dakwaan itu ketika menjawab soalan di Dewan Negara baru-baru ini menganai isu kenaikan pangkat kakitangan awam yang tidak telus. Tetapi tidak semuanya begitu.

Memang ada dan wujudnya “kaki kipas”, “kaki bodek” untuk bos mereka yang tersayang. Dan kakitangan awam seperti ini adalah nanah kepada negara dan perkara ini harus dibanteras lebih awal. Buat mahu dinafikan, ada favoritism pun di sektor awam. Mana mana pun ada. Cuma bezanya parah atau tidak sahaja. Swasta, kerajaan.
“it’s just human nature. Kenapa mahu deny?

P/S : Bukan sahaja kaki bodek dan kaki kipas dis ektor awam harus dibanteras, sektor awam perlukan ketua jabatan yang dahagakan kakitangan awam aka anak buah yang cerdik dan pandai buat kerja bukannya ketua jabatan yang suka “orang ikut cakap dia sahaja”. Ha…yang ini bahaya.

PP/S : Anda ada pengalaman bekerja dan berhadapan dengan bos dan ketua jabatan yang “suka kena kipas”? Rakan sekerja yang kaki bodek? Kongsikn pengalaman anda bersama di sini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena