Wednesday, 20 February 2019

[Video Syed Saddiq serahkan kes Papagomo sepenuhnya kepada pihak polis] PEMUDA AMANAH MAHU JUMPA FOO SING WAI, terang salah faham tentang Rasulullah! Hina nabi: suspek, 68 tahun direman tiga hari.

Khamis, 21 Februari 2019
U-Turn lagi!
Imej mungkin mengandungi: teks
Berhati-hati tu je la boleh cakap...PARTI Lebai ni pandai cari peluang untuk kepentingan parti dia sahaja.

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional
PEMUDA AMANAH MAHU JUMPA FOO SING WAI, TERANG SALAH FAHAM TENTANG RASULULLAH
Pemuda AMANAH Nasional akan mengambil serius tindakan seorang individu yang memuat naik status di laman Facebooknya yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah. Dan selepas didesak oleh pelbagai pihak termasuklah AMANAH, individu yang bernama Foo Sing Wai telah pun ditahan oleh pihak Polis semalam.
Selain aspek perundangan, Pemuda AMANAH Nasional melihat tanggungjawab yang lebih besar perlu dimainkan dalam isu ini. Oleh yang demikian, kami akan mengadakan satu pertemuan dengan dengan Foo Sing Wai sebagai satu usaha dakwah menerangkan salah faham dan tafsiran negatifnya terhadap Rasulullah SAW seperti yang didakwa di laman sosialnya itu.
Allah berfirman:
اُدۡعُ اِلٰى سَبِيۡلِ رَبِّكَ بِالۡحِكۡمَةِ وَالۡمَوۡعِظَةِ الۡحَسَنَةِ​ وَجَادِلۡهُمۡ بِالَّتِىۡ هِىَ اَحۡسَنُ​ؕ اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعۡلَمُ بِمَنۡ ضَلَّ عَنۡ سَبِيۡلِهٖ​ وَهُوَ اَعۡلَمُ بِالۡمُهۡتَدِيۡنَ
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah An-Nahl 16:125)
Pertemuan itu akan diadakan sejurus beliau didakwa dan dibebaskan, ini sebagai satu alternatif Pemuda AMANAH untuk menerangkan Islam yang sebenar khususnya isu yang dimainkan oleh beliau. Dakwah Bil Hikmah adalah salah satu kaedah yang diajar oleh Allah kepada umatNya, uslub menerang bukan menyerang ini mampu menjadi jalan penyelesaian yang terbaik dan mewajahkan imej sebenar Islam sebagai rahmah dan ramah.
Justeru, Pemuda AMANAH Nasional mengambil langkah ini sebagai satu pendirian bahawa kaharmornian dan saling hormat-menghormati di antara pelbagai Agama dan Bangsa perlu dipelihara. Pertemuan itu akan diketuai oleh Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan bersama Biro Integrasi Pemuda Amanah Nasional yang diketuai oleh Kevin Shawn Gomez serta Biro Dakwah Pemuda AMANAH Nasional itu sendiri.
Kami juga turut mengajak agensi berkaitan termasuklah Jabatan Agama Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan badan-badan dakwah yang lain untuk bersama-bersama berusaha dan bekerja kuat di dalam menerangkan tentang keindahan Islam yang saling hormat-menghormati diantara satu sama lain, walaupun berbeza agama dan kaum mahupun budaya.
Islam Rahmat Untuk Semua
#PemudaBekerja
USTAZ AHMAD SAQIF ANSORULLAH
Pengarah Biro Dakwah
Pemuda AMANAH Nasional

Hina nabi: Suspek, 68 tahun direman tiga hari, kata IGP

Lelaki berusia 68 tahun yang dipercayai memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW di akaun Facebook Foo Sing Wai direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan berkata suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau pemusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan).
Beliau berkata suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).
Menurutnya, PDRM menerima 395 laporan polis dari seluruh negara ekoran terkesannya status hinaan yang dibuat terhadap Nabi Muhammad SAW di sebuah laman Facebook itu.
"PDRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman, sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini," katanya.
Polis semalam menahan seorang warga emas berusia 68 tahun di sebuah taman perumahan di Mentakab, Temerloh, pada pukul 11.30 pagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Foo Sing Wai yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah.
Perbuatan itu menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara kerana disifatkan amat keterlaluan dan melampau.
- Bernama

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena