Thursday, 28 February 2019

[Video Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j] Nasrudin: Akaun pada cek RM1.4 juta palsu! Lebai ditinggal bas? Poi pokan naik basika..Tongahari tongah paneh..

Jumaat, 1 Mac 2019
Image may contain: 1 person, outdoor

Poi pokan naik basika..Tongahari tongah paneh..

Nasrudin: Akaun pada cek RM1.4 juta palsu

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mendakwa menafikan gambar cek dan nombor akaun yang dikatakan sebagai bayaran RM1.4 juta yang dibuat PAS.
"Kelmarin ditularkan gambar cek dan nombor akaun untuk memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta.
"Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan cuba transfer(memindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Kenyataan itu turut disertai dengan tanda pagar "#tolakakaunpalsu".
Meskipun tidak menyebut secara spesifik, ia dipercayai merujuk cek RM1.4 juta yang didakwa diterima Clare Rewcastle Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu.
Dalam artikel terbaru Sarawak Report hari ini, turut disertakan beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang mengesahkan wang bernilai RM1.4 juta itu datang daripada Abdul Hadi.
Bagaimanapun, cek yang dikongsi Clare di Sarawak Report itu tidak mendedahkan nombor akaun.
Clare juga menjelaskan bayaran RM1.4 juta itu bukan sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan presiden PAS itu membayar kos kerana ia sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili portal tersebut, iaitu peguam Malaysia, Americk Sidhu.
"Sarawak Report bersetuju dengan syarat Abdul Hadi iaitu kedua-dua pihak merahsiakan bayaran yang terlibat," katanya.
Sementara itu, dalam penafiannya hari ini, Nasrudin berkongsi akaun Bank Islam PAS yang menurutnya akaun sebenar.
"Beginilah, cuba hantar RM5 atau RM10 atau RM100 ke akaun ini," katanya menyertakan perincian akaun PAS yang dimaksudkannya.
Kelmarin ditularkan gambar cek dan no akaun untuk memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta. Ada kawan-kawan cek no akaun yang ditular itu dengan cuba transfer duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud.
Begini lah, cuba try test hantar RM5 atau RM10 atau RM100 ke akaun ini :
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
No Acc : 14023010000885
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Insyaallah mesti lepas punya. Ini akaun yang ori. So kalau kawan-kawan nak try masuk lebih pun dialu-alukan. Tidak perlu was-was, memang masuk dan Insyaallah dapat pahala infaq ke jamaah Islam.
Malaysiakini.

1 comments:

pak lang zain said...

Takkan nak kutip derma pun nak bohong

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena