Tuesday 19 February 2019

[Video Pecah Amanah, Zahid Didakwa Sekali Lagi] Peguam Negara akan tetap teruskan tribunal terhadap bekas anggota SPR.

Rabu, 20 Februari 2019
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berhadapan dengan satu lagi pertuduhan baharu membabitkan tindakan pecah amanah. Beliau di Mahkamah Sesyen 5 walaubagaimanapun ketika dibacakan pertuduhan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi dan ingin dibicarakan. Mengikut pertuduhan baharu itu Zahid sebagai seorang ejen yang juga pemegang amanah Yayasan Akalbudi pada 23 Disember 2016 telah membuat pembayaran RM260,000 harta milik yayasan itu kepada TS Consultancy & Resources. Zahid didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan penjara 20 tahun, sebatan serta denda. Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazilee Abdul Khairi. Ini menjadikan Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu kini berdepan dengan 47 pertuduhan keseluruhan membabitkan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram. Sebutan semula kes ditetapkan mahkamah pada 28 Febuari. MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
BOSSKU

Peguam Negara akan tetap teruskan tribunal terhadap bekas anggota SPR

Tribunal menyiasat dakwaan salah laku bekas anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan mendengar keterangan lisan daripada peguam negara Tommy Thomas pada 28 Februari sama ada tribunal itu bersifat akademik atau sebaliknya.
Setiausaha tribunal dalam satu notis meminta semua pihak yang terlibat dengan prosiding supaya hadir ke keterangan lisan peguam negara, lapor The Malaysian Insight.
Jurucakap daripada pejabat peguam negara mengesahkan perkara ini.
"Diikuti, prosiding tribunal yang diadakan pada 28 Januari yang lalu, tribunal tersebut bersetuju untuk bersidang semula pada 28 Februari bagi mendengar keterangan lisan daripada peguam negara susulan permintaan beliau.
"Semua peguam mengenai rekod untuk ahli-ahli SPR juga dijemput untuk mengemukakan permohonan peringkat awal sama ada prosiding tribunal ini akademik atau sebaliknya.
“Peguam yang ingin mengemukakan permohonan bertulis terlebih dahulu kepada tribunal boleh alamatnya kepada setiausaha tribunal," jelas notis itu lagi.
Enam bekas anggota SPR yang disiasat oleh tribunal adalah Othman Mahmood, Md Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Bala Singam Karupiah dan Leo Chong Cheong.
Kesemuanya letak jawatan pada Oktober dan November tahun lepas. Peletakan jawatan mereka berkuatkuasa pada 1 Januari tahun ini.
Thomas mempertahankan isu penubuhan tribunal bagi menyiasat enam bekas anggota SPR yang menurut sesetengah pihak hanya bersifat akademik.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Alahai wak pornorogol. Baru abis berehat dh masuk 1 lg kes baru. Nasib kau wak pornorogol. Jampi wak...jgn x jampi.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena