Sunday 24 February 2019

[Video MAT SABU: Projek Land Swap ANCAM PERTAHANAN NEGARA] TakMaluke Boskaaaau! Cubaan dua beranak ini untuk menfitnah dan mengadu domba PH! DOJ: Jho Low guna 'projek Makkah' beri MO1 AS$10j.

Ahad, 24 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, cermin mata dan teksImej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan teks
Cubaan dua beranak ini untuk menfitnah dan mengadu domba Pakatan Harapan.
Wajah jahat puak penjual agama ini semakin terserlah dan kejijikan ini semakin ditunjukkan oleh Allah untuk kita semua menilainya.
Semoga puak haprak ini sempat bertaubat sebelum kehabisan oksigen. Dan semoga segala rancangan jahat mereka terbalik kepada puak mereka sendiri.

DOJ: Jho Low guna 'projek Makkah' beri MO1 AS$10j

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa Ahli Perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan menggunakan projek hartanah di Makkah dan Madinah untuk memindahkan AS$10 juta kepada 'Malaysia Official 1' melalui orang tengah.
'MO1' merupakan nama yang digunakan DOJ bagi merujuk bekas perdana menteri Najib Razak.
Pemindahan dana itu didakwa merupakan sebahagian daripad AS$20 juta yang dikatakan diberi kepada MO1 di bawah fasa Good Star.
Perincian ini pertama kali dikemukakan oleh DOJ pada 2007. Malaysiakini menyemak semula dokumen berkenaan susulan saman sivil terbaru yang difailkan DOJ berhubung 1MDB pada Jumaat lalu.
Menurut DOJ, Good Star yang merupakan syarikat di bawah kawalan Jho Low, menerima AS$700 juta pada 2009, dan AS$330 juta yang diambil dari 1MDB pada 2011.
Sejumlah AS24.5 juga dari Good Star ketika itu dipindahkan ke dalam akaun Riyadh Bank di bawah nama individu yang digelar 'Saudi Associate 1' dan 'Saudi Associate 2'.
Dana AS$20 juta yang diberikan kepada M01 itu dikatakan dibahagi kepada dua pemindahan AS$10 juta yang dipindahkan beberapa hari selepas pemindahan kepada akaun di Riyadh Bank pada Feb dan Jun 2011.
"Sebagai respons kepada pertanyaan RBS Coutts, Jho Low menyatakan bahawa tujuan pemindahan dana pada Jun 2011 itu sebagai untuk pelaburan hartanah dan pembangunan di Makkah dan Madinah yang merupakan perjanjian pengurusan pelaburan dengan Saudi Associate 1," kata DOJ.
Akaun yang digunakan oleh MO1 untuk menerima dana AS$20 juta itu merupakan akaun sama yang digunakan untuk menerima AS$681 juta yang didakwa diambil dari 1MDB pada 2013.
Najib sebelum ini menegaskan bahawa AS4681 juta yang juga bersamaan dengan RM2.6 bilion merupakan 'derma' dari keluarga diraja Arab Saudi.
Pada Sept tahun lalu, Najib mendedahkan surat yang menurutnya merupakan bukti derma berkenaan.
Bagaimanapun, menurut DOJ, AS$681 juta itu dipindahkan daripada Tanore Finance Corporation menggunakan syarikat palsu.
Tanore merupakan syarikan yang mana akaun dengan Falcon Bank dikawal oleh rakan Jho Low, Eric Tan Kim Loong.
DOJ berkata, emel yang dihantar dari akaun Tan kepada Falcon Bank mendakwa akaun bank MO1 merupakan milik bekas syarikat subsidiari 1MDB, SRC International.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena