Thursday, 21 February 2019

[Video UNDI TIDAK PERCAYA?Tun M Tunggu Jawapan PAS] 'Isu komplot singkir PM' Pas buat lawak lagi?

Khamis, 21 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Dakwaan PAS isu komplot singkir PM lawak, kata Mahfuz

Amanah berpendapat sikap PAS yang tiba-tiba menyokong Dr Mahathir Mohamad sangat pelik berdasarkan pendirian parti itu sebelum ini.
Kata Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, PAS pernah menempelak Mahathir sebagai kuda tunggangan atau macai DAP.
Kini katanya tiba-tiba PAS mendakwa DAP mahu menyingkirkan Mahathir, justeru mereka memberikan sokongan perdana menteri itu sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kalau Mahathir ini macai DAP, kenapa pula DAP mahu gulingkan Dr Mahathir?
"Sebab itu saya lihat tuduhan PAS itu sebagai lawak jenaka yang bertujuan untuk mengalihkan tumpuan orang ramai daripada isu RM90 juta," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Koordinator Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C), di Kilang Keropok Mok Wan, di Tumpat, Kelantan, hari ini.
PAS sejak beberapa hari lalu menunjukkan sokongan kepada Mahathir dan menjadikan alasan kepentingan Melayu dan Islam sebagai asasnya.
Malah semalam Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu rela menjadi lilin membakar diri demi 'menerangkan' semua pihak. 
Tak ada siapa nak guling
Pada hari sama, kerajaan Kelantan menyatakan keyakinan mereka terhadap kewibawaan Mahathir dan sentiasa memberikan kerjasama terbaik kepada pusat.
Hal itu dinyatakan menteri besar yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, Ahmad Yakob. 
Perkembangan itu berlaku kurang dari 10 bulan selepas Mahathir dilarang menziarahi pusara bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut Mahfuz sebenarnya tiada sesiapa yang mahu menggulingkan Mahathir daripada jawatan perdana menteri, sebaliknya anggota parlimen Langkawi itu sendiri berkali-kali menyatakan hasrat mahu berundur.
"Saya nak sebut, tiada siapa pun nak menggulingkan Mahathir sebab, yang memberitahu nak berundur itu adalah beliau sendiri.
"Mahathir sendiri nak berundur dan membuat kenyataan berkali-kali bahawa dia akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim.
"Dia sendiri cakap, tak ada siapa nak guling," katanya.
Menurut Mahfuz permainan isu itu oleh PAS hanya memberi kesan buruk kepada parti terbabit.
Beliau yang juga timbalan menteri sumber manusia menambah sebelum PRU ke-14 lalu juga PAS menuduh Mahathir akan mengancam masa depan negara jika menjadi perdana menteri.
"Namun hari ini, PAS kata mereka sokong orang yang dia tuduh mengancam masa depan negara.
"Ini satu benda yang sangat pelik," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena