Thursday 16 May 2019

PBB keluarkan nama Malaysia dari senarai Statut Rom! Abis la weii..Umno Pas walaun2, macai2, puak2 lebai, pemimpin2 atas pokok nak pakai modal apa kalau2 ada PRK lepas ni? Tak guna dah t/tgn 1 joterr [Video Malaysia secara rasmi dikeluarkan dari Statut Rom]

Jumaat, 17 Mei 2019
KiniTV
Malaysia secara rasminya telah dikeluarkan daripada senarai penandatangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengakui penarikan Malaysia daripada Statut Rom berikutan notis awal dari Kementerian Luar Negeri. "Pemberitahuan yang diterima daripada Menteri Luar Negeri Malaysia berbunyi seperti berikut: '... Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik Instrument Of Instruction daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5 April 2019. "Oleh itu, Malaysia membatalkan semula surat penyertaannya dan penarikan ini akan berkuatkuasa serta merta. "Meskipun demikian, Malaysia tetap komited terhadap kedaulatan undang-undang untuk mengadili para pelaku pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang; dan jenayah pencerobohan. "Ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan baru untuk menguatkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban," kata kenyataan PBB yang memetik notis penarikan balik Malaysia . Semalam, nama Malaysia masih disenaraikan dalam senarai penandatangan Statut Rom di laman web PBB. Dalam satu kenyataan Wisma Putra berkata Malaysia kesal kerana masih disenarai sebagai negara yang meratifikasi statut berkenaan seperti disiarkan di laman web PBB, meskipun telah mengemukakan surat penarikan. Malaysia menarik diri daripada Statut Rom pada 5 April selepas mendapat bantahan daripada orang awam dan pembangkang selain gagal mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

PBB keluarkan nama Malaysia dari senarai Statut Rom
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan nama Malaysia dari senarai Negara-negara Pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah PBB melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom ICC.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan telah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB, selaku depositori bagi triti tersebut, pada 29 April lepas.

"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik diri penyertaannya ke Statut Rom ICC pada 5 April lepas.

Isu ini juga telah disentuh semasa sesi penggulungan Dewan Rakyat yang telah berlangsung pada 30 April lepas yang mana persoalan mengenai perkara ini telah dijawab Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Marzuki Yahaya," kata kenyataan itu. -Bernama

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena