Wednesday 29 May 2019

[Video Hasanah, CIA dan Dana Awam RM50.4 Juta] Tak kanlah peguam bekas ketua perisik jahil! Mahkamah batal waran tangkap terhadap Hasanah.

Rabu, 29 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, kaca mata dan teks
Suara Rakyat
Jika Orang Kena Tuduh (OKT) didakwa di mahkamah berkait kes jenayah spt rasuah, salah guna kuasa, ubah wang haram, pecah amanah jenayah atau bunuh, Seksyen 172 B Kanun Tatacara Jenayah menjadikan ia mandatori untuk tertuduh hadir di mahkamah untuk pengurusan kes.
Berbanding dlm kes² sivil, bila utk pengurusan kes kehadiran OKT tidak perlu hadir, kehadiran peguam shj sudah mencukupi.
Bekas ketua perisik negara yg didakwa PECAH AMANAH JENAYAH RM50.4 juta duit2 kerajaan. Bukannya songlap berus tandas kat kedai runcit.
Tak kanlah peguam Hasanah jahil!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Suara Rakyat
Sedangkan Najib yg didakwa pelbagai tuduhan rasuah, salah guna kuasa & ubah wang haram mencecah RM9 bilion pon boleh jer hadir ke mahkamah sewaktu pengurusan kes.
Kenapa kamu baru saja didakwa HANYA didakwa pecah amanah duit kerajaan RM50.4 juta shj dah berlagak 'ponteng' datang ke mahkamah?
.. ker atau salah satu helah nak tangguhkan kes daripada dibicarakan?

Mahkamah batal waran tangkap terhadap Hasanah

Waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid yang berdepan tuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Hasanah, Shaharudin Ali dan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.
Sequerah juga memerintahkan Hasanah dan seorang daripada dua penjaminnya hadir di mahkamah semasa pengurusan kes. Hasanah dan dua penjaminnya hadir di mahkamah hari ini.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Sequerah pada 24 Mei lalu, selepas Hasanah dan dua penjaminnya gagal hadir di mahkamah semasa pengurusan kesnya tanpa memberi sebarang alasan.
Terdahulu, Shaharudin memberitahu mahkamah anak guamnya mengemukakan permohonan maaf kerana gagal hadir semasa pengurusan kes pada 24 Mei lepas.
Beliau berkata ini kerana Hasanah tidak dimaklumkan oleh peguamnya untuk hadir ke mahkamah bagi pengurusan kesnya dan tambahan pula peguamnya lupa memaklumkan kepada beliau, kerana ia hanya pengurusan kes.
“Dengan kedudukan itu, kami dengan ini berhujah bahawa pengurusan kes bukanlah satu perbicaraan, dan tiada asas undang-undang untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh dalam pengurusan kes.
“Tambahan pula, tidak ada keperluan mendesak untuk mengeluarkan waran tangkap apabila tertuduh telah mengemukakan jaminan RM500,000 secara sah,” katanya.
Muhamad Iskandar dalam hujah balasnya berkata berdasarkan Seksyen 172B Kanun Tatacara Jenayah, kehadiran tertuduh dalam pengurusan kes termaktub dalam undang-undang.
Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan ditetapkan 3 Feb tahun depan.
-Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena