Tuesday 28 May 2019

Anwar yakin kerjasama Umno-PAS merosot menjelang PRU15 [Video SELESAI DAHULU MASALAH PATI SEBELUM TAMBAH PEKERJA ASING!]

Selasa, 28 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, meme dan teks
PAS PJ pohon sumbangan langsai hutang bangunan RM139,000.
Bangunan tersebut telah menjadi pejabat pentadbiran dan pusat khidmat masyarakat PAS Petaling Jaya yang sebelum ini nama asalnya PAS Petaling Jaya Selatan.
Menurut Yang DiPertua PAS Petaling Jaya, Ustaz Ghazali Shaari berkata, pihaknya kini beroperasi sejak beberapa tahun dahulu di bangunan dua tingkat di Taman Medan, di sini.
"Jadi sempena kemuliaan Ramadan ini kami mengajak para dermawan merebut peluang memberi infak untuk melunaskannya," ujar beliau.
➡️ HARAKAHDAILY, 26/5/2019

Anwar yakin kerjasama Umno-PAS merosot menjelang PRU15

Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin kerjasama antara Umno dan PAS akan mula merosot apabila semakin hampir dengan PRU ke-15 ekoran perbezaan antara dua parti itu.
"Menjelang PRU, mereka akan berbalah...berkenaan dasar dan idea," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat, di Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan dakwaan ada anggota akar umbi Umno dan PAS yang masih mempersoalkan hubungan antara dua parti itu.
Terdahulu, Umno dan PAS dilaporkan akan memeterai piagam bersama bagi mengukuhkan kerjasama.
Menurut Setiausaha Agung Umno Annuar Musa, ia kini dalam penelitian akhir jawatankuasa tertinggi kedua-dua parti dan akan menjadikan kerjasama lebih teratur, sama ada di peringkat nasional dan juga negeri.
Malaysiakini.

    0 comments:

    Post a Comment

    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena