Thursday 23 May 2019

Kes lelaki bakor kereta juga terlibat kejadian TETAK Pengarah JHEAIPs DGN PEDANG SAMURAI, Hu hu huu ganasss! Penggantungan Abibullah bukan kerana video - Yapeim [Video SALAH SIAPA PENIAGA WARGA ASING BERLELUASA?]

Khamis, 23 Mei 2019
Jom Channel
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata isu ini lebih meruncing apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu mengambil tindakan terhadap warga asing berkenaan, segelintir warga tempatan tampil dan mendakwa perniagaan itu milik mereka dan warga asing berkenaan adalah pekerja mereka, lapor Bernama. Beliau berkata DBKL tidak pernah mengeluarkan lesen perniagaan kepada warga asing kerana mereka tidak layak mendapat sebarang lesen untuk menjalankan perniagaan di Negara ini. Menurut Khalid, dasar tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana warga asing itu tetap dikekalkan. “Tetapi sukar untuk diambil tindakan sebab pemilik (warga tempatan) mengaku mereka adalah pekerja" katanya.
Imej mungkin mengandungi: teks
Suara Rakyat

Nak tanya.. Betul ke sekarang ni selain pandai menipu, cakap bohong, makan duit UMNO & mempertahankan penyangak duit rakyat kalau nak mohon jadi 'Unit Anal' kena pandai bakar kereta dan simbah asid?
Imej mungkin mengandungi: teks
Jangan lupa dalam kes Pengarah JAIPs Dr Hazman tahun lalu, penjenayah menggunakan pedang. Kali ini mereka menggunakan api, dan berhasrat menggunakan asid dlm kes bakar kereta Mufti Perlis DrMAZA.com pula..
Mudah-mudahan insyaAllah, rakyat Malaysia akan tahu latar penjenayah dan orientasi mereka selepas ini.
Terima kasih PDRM!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Isu bakar kereta dan bercita2 nak simbah asid pada Mufti Perlis adalah isu kecil berbanding tekanan dihadapi PAS di peringkat Nasional?
Apa yg besar sgt tekanan PAS di peringkat Nasional tu?Adakah tertekan kerana..
- Sbb dah kalah teruk hilang wang taruhan deposit lebih RM1 juta pada PRU14?
- PAS dah kempunan tak dapat memerintah negara?
- Cita-cita Hadi nak jadi PM tak kesampaian?
- atau gagal nak pertahankan UMNO/BN terus kekal berkuasa merompak, menyamun kekayaan negara?

Penggantungan Abibullah bukan kerana video - Yapeim

Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menjelaskan bahawa faktor utama penggantungan Ketua Pengarah (KP) Yapeim, Abibullah Samsudin bukanlah disebabkan oleh video berunsur ugutan yang tular pada minggu lalu.
Sebaliknya, menurut pengerusi LPA, Dr Mohd Daud Bakar asas utama penggantungan Abibullah adalah bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan berhubung dakwaan salah laku dalam Yapeim.
“Asas utama penggantungan perkhidmatan KP Yapeim adalah bagi membolehkan pihak Yapeim melaksanakan proses siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku selaras dengan dapatan laporan audit oleh firma PwC baru-baru ini. 
“Penggantungan perkhidmatan adalah suatu proses standard di dalam mana-mana organisasi jika terdapat kemungkinan dakwaan salah laku di mana seseorang staf boleh disiasat berdasarkan kepada peraturan dalaman organisasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, biarpun laporan media mengaitkan penggantungan Abibullah dengan penularan rakaman ucapan beliau sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu, Mohd Daud memaklumkan bahawa dua perkara itu ‘tiada kaitan sama sekali’.
“Sehubungan dengan itu, LPA Yapeim memohon kerjasama dan jasa baik pihak media dan media sosial untuk menghentikan segala spekulasi (tersebut) [...] bagi membolehkan pihak LPA Yapeim melaksanakan tugas yang sewajarnya,” katanya lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena