Sunday, 26 May 2019

Umno dah jadi PERSATUAN PINGGAN MANGKOK? Sultan Nazrin: Gantung tugas pengerusi masjid, surau anjur program parti politik & Mengapa Umno & Pas berdegil LANGGAR titah Sultan Perak? [Video Kalau bawa kuda pi tempat minum air tapi dia tak mahu minum nak buat apa]

Ahad, 26 Mei 2019
KiniTV
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, berkata kerajaan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan itu namun rakyat negara ini juga perlu memainkan peranan dengan tidak begitu memilih kerja. “Kita nak hapuskan pekerja asing tetapi tak dapat sebab orang kita tak sanggup bekerja, dalam restoran tak sanggup di supermarket tak sanggup. Yang berat-berat saya tahulah tak sanggup tetapi di restoran berhawa dingin pun tak mau kerja juga, di supermarket pun tak mau kerja. “Saya tahu rakyat tak mahu dan tak berani nak naik rumah tinggi sampai 30 atau 40 tingkat, takut pening kepala, takut nak jatuh jadi tak payah kerja yang macam itu susah, jadi yang senang-senang kita buatlah,” katanya mengulas mengenai pekerja asing. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Peringkat Langkawi kepada 48 penerima di Kompleks Angkatan Pertahan Awam (APM) Daerah Langkawi hari ini. Dr Mahathir turut menyatakan komitmen kerajaan untuk menangani kebergantungan kepada pekerja asing dengan menawarkan latihan kepada rakyat negara ini bagi menjadikan mereka lebih cekap. “Kita akan bagi latihan supaya mereka lebih cekap kita juga ingin mereka sedikit sebanyak kuasai Bahasa Inggeris sebab pelabur bercakap dalam bahasa itu,” katanya.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Berani ka UMNO & PAS nak pinda perlembagaan mereka & dedahkannya kepada ahli ke akar umbi?
Ka buat senyap-senyap..
#UmnoPasMemangMangkok
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

W'pon peringatan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah diberikan, namun Pemuda UMNO, Wanita UMNO & dan Muslimat PAS tetap berdedil langgar arahan larangan utk terus anjur program2 politiknya di rumah ibadat.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah menitahkan jabatan agama negeri menjalankan siasatan lengkap mengenai program atas nama parti politik serta ceramah agama oleh penceramah yang tidak bertauliah di masjid dan surau di negeri itu.
Sultan yang cukup berhemah dan tertib dalam menanggani sesuatu isu.
Tuanku tak cepat melenting, melatah & murka tapi menunjukkan kematangan seorang ketua negeri. Menjunjung kasih Tuanku.
Tak macam satu negeri tu anak beranak kena jentik terus mudah melenting murka dlm media sosial...
「Pemuda umno program di Kg Banjar Teluk Intan」的圖片搜尋結果

Sultan Nazrin: Gantung tugas pengerusi masjid, surau anjur program parti politik

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan agar pengerusi jawatankuasa masjid dan surau yang membenarkan premis mereka digunakan untuk program parti politik, digantung tugas, sementara siasatan ke atas mereka dijalankan.
Menurut kenyataan media oleh Pejabat Sultan Perak hari ini, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Abd Rahim Mohamad Nor, berkata, cadangan penggantungan tugas itu dibuat Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Mohd Yusof Husin.
Katanya, sementara penggantungan tugas itu, Sultan Nazrin menitahkan agar tanggungjawab pengerusi jawatankuasa masjid dan surau diserahkan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah, selaras dengan Peraturan 10(2), Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015.
"Baginda menitahkan Pengarah JAIPk melakukan siasatan lengkap untuk dipersembahkan kepada baginda mengenai program yang dianjurkan atas nama parti politik dan penyampaian ceramah agama oleh penceramah tidak bertauliah,” katanya.
Beliau berkata ceramah berkenaan berlangsung di Masjid al-Khairiah, Kampung Banjar Hilir, Teluk Intan pada 21 Mei, dan di Surau Al-Ittihad Kampung Temiang di sini pada 24 Mei serta program atas nama parti politik di Surau Diri Jumaat Al-Taufiqiah Taman Klebang Jaya, Chemor pada 22 Mei.
Menurut Abd Rahim, Sultan Nazrin bertitah demikian semasa menitah menghadap Ketua Polis Perak Razaruddin Hussain @ Abd Rasid; Pengarah JAIPk; Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang kini dipangku oleh Mohd Haidi Sulaiman petang semalam.
Selain itu, Sultan Nazrin turut menitahkan pemimpin enam parti politik utama di Perak menghadap baginda iaitu Pengerusi Bersatu negeri, Ahmad Faizal Azumu; Penasihat DAP negeri, Ngeh Koo Ham; Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi; Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Saarani Mohamad; Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria dan Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, petang semalam.
Abd Rahim berkata Sultan Nazrin menerima banyak aduan mengenai program yang dianjurkan atas nama parti politik dilangsungkan dalam bangunan dan perkarangan masjid atau surau di negeri Perak.
"Baginda disembah maklum, terdapat pemimpin daripada parti politik berceramah agama tanpa mendapat tauliah daripada MAIPk atas nama parti politik, dilangsungkan dalam masjid dan surau tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa agama Islam negeri.
"Setelah dipersembahkan taklimat, baginda berpuas hati terdapat asas kebenaran aduan yang diterima daripada ramai ahli kariah mengenai parti politik di Perak menganjurkan aktiviti dalam bangunan dan kawasan masjid dan surau, juga pemimpin parti politik berceramah agama tanpa tauliah," katanya.
Abd Rahim berkata dalam sesi menghadap tersebut Sultan Nazrin menegaskan pendirian baginda selaku Ketua Agama Islam negeri untuk tidak membenarkan sebarang program dianjurkan atas nama parti politik dalam bangunan dan kawasan masjid atau surau.
Sultan Nazrin juga, kata Abd Rahim, merumuskan bahawa persaingan aktiviti yang semakin rancak oleh parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang di masjid dan surau merupakan perkembangan sangat tidak sihat yang berpotensi menjejaskan kesucian rumah ibadat itu.
"Baginda bertitah parti-parti ini menggunakan pelbagai alasan, seperti khidmat masyarakat, program kebajikan, majlis ilmu, khatam al-Quran, bantuan, tetapi pada masa yang sama mempamerkan lambang parti politik masing-masing dalam bangunan dan kawasan masjid dan surau," katanya.
Katanya, baginda juga bertitah agar parti politik tidak menjemput penceramah tanpa tauliah daripada MAIPk dan jika program ceramah mahu dianjurkan dalam masjid atau surau ia perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa agama Islam negeri.
Baginda, katanya ,menzahirkan kebimbangan kariah masjid akan memiliki identiti dan asosiasi dengan parti politik tertentu jika program atas nama parti politik dibenarkan di rumah ibadat tersebut yang sewajarnya berperanan menyatukan ummah.
Selain itu, katanya, Sultan Nazrin menitahkan pemimpin politik di Perak agar memberikan komitmen dan mengambil tanggungjawab untuk memulihara kesucian rumah ibadah umat Islam daripada dicemari dengan kegiatan politik berpuak dan kepartian.
- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena