Sunday 26 May 2019

PAS kata DAP anti Islam, MCA yang pertikai biasiswa untuk rakyat Palestine tu pejuang Islam ke? Adakah PAS takut mahu tegur MCA dan UMNO? MICROSLEEP 2 SAAT boleh meragut nyawa pemandu nak pulang beraya! [Video Gantung tugas pengerusi masjid, surau anjur program parti politik: Sultan Nazrin]

Isnin, 27 Mei 2019

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks
DAP dengan tegas bersama perjuangan rakyat Palestine.
MCA pertikai biasiswa untuk rakyat Palestine.
Tapi PAS kata DAP anti Islam. MCA yang pertikai biasiswa untuk rakyat Palestine tu pejuang Islam ke?

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
YANG PERSOAL BIASISWA PALESTIN ADALAH MCA DAN UMNO, TETAPI TANTAWI HENTAM DAP KENAPA?
Nasrudin Tantawi keluar statement kononnya bidas DAP 'meroyan' isu biasiswa Palestin.
Tetapi yang mempersoalkan biasiswa itu adalah sekutu PAS, iaitu MCA, melalui Timbalan Ketua Pemudanya Tan Chee Hiong.

Kenapa Tantawi tidak tempelak MCA dan UMNO, tetapi sasar pada DAP pula?
Adakah PAS takut mahu tegur MCA dan UMNO?
Tiada penerangan foto disediakan.
MICROSLEEP 2 SAAT UNDANG BAHAYA BUAT PEMANDU DI MUSIM PERAYAAN
Pernah tak memandu dalam keadaan mengantuk, tiba-tiba anda hilang tumpuan dan kenderaan anda hilang kawalan dan ingin terbabas ke lorong yang tidak sepatutnya. Ia dipanggil microsleep.
Jika anda rasa mengantuk semasa perjalanan, berhenti dahulu dihentian atau ditempat yg SELAMAT dan tidur sebentar bagi menghilangkan rasa mengantuk.
Sumber : Malaysian Road and Transportation Safety Association

Sesaat microsleep boleh meragut nyawa

Bermula minggu depan, ramai perantau yang akan memandu pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya bersama keluarga.
Sebagai pemandu, mereka perlu pastikan diri cukup rehat mental dan fizikal, lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal menghadapi perjalanan jarak jauh bagi mengelakkan kejadian terlelap semasa memandu atau 'microsleep'.
Terbaru insiden kemalangan maut meragut nyawa Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 39, baru-baru ini ada kaitan dengan microsleep berikutan pemandu iaitu suaminya Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengakui mengantuk ketika memandu dari kediamannya di Tumpat menuju ke Pattani, Thailand.
Tidak dilupakan insiden kemalangan bas pekerja berdekatan KLIA pada April menyebabkan 10 terbunuh dan 34 cedera, juga antara yang menjadi sorotan.
Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Pakar Putra Melaka Datuk Dr S.Ravih berkata microsleep terjadi tanpa amaran dan antara penyebab sering berlakunya kemalangan di jalan raya kerana apabila badan keletihan, otak akan 'tertidur' selama beberapa saat, walaupun mata anda terbuka dan tangan memegang stereng.
"Jangan paksa diri untuk terus memandu dalam keadaan badan letih dan mata mengantuk. Berhentilah di mana-mana tempat selamat dan lelapkan mata sebentar. Lima minit pun cukup atau berhenti setiap dua atau tiga jam jika pemanduan jarak jauh," katanya kepada Bernama.
Lazimnya potensi menjadi mangsa microsleep adalah apabila memandu jarak jauh, ditambah faktor lain seperti waktu pemanduan, kondisi kesihatan dan kecergasan pemandu, bentuk dan permukaan jalan raya serta keadaan cuaca boleh menyebabkan mengantuk kerana ketika itu segala input daripada deria penglihatan dan pendengaran sudah tidak dapat diproses otak.
Ravih berkata antara simptom seseorang itu mungkin bakal menjadi mangsa microsleep ialah lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat, pandangan kosong, mata berkelip lebih kerap, menguap berlebihan dan tersentak tiba-tiba.
"Biasanya individu yang menjadi mangsa microsleep itu merasakan dia masih memandu sedangkan dia telah 'shut down' dan ini boleh berlaku ketika mata masih terbuka," katanya yang menyarankan elak memandu waktu puncak mengantuk antara 3 hingga 5 pagi dan antara 2 hingga 4 petang.
Mengulas lanjut, Ravih berkata pekerja syif seperti pemandu lori dan bas berisiko menjadi mangsa microsleep yang lebih tinggi disebabkan perubahan corak pola tidur.
"Mengganggu corak tidur normal boleh menyebabkan keletihan, dan mengantuk siang hari. Mereka yang mengalaminya juga berisiko membuat keputusan yang salah, masalah dengan kewaspadaan, dan sukar memberi tumpuan," katanya.
Di negara ini, kemalangan lori dan bas kerap kali terjadi terutama pada awal pagi dan rata-rata pemandu didapati memandu laju kononnya untuk terus berjaga. Mereka memaksa diri demi gaji dan mengejar 'trip'.
Ravih berkata ada yang berpendapat kononnya jika kenderaan dipandu laju, akan mengurangkan kesan mengantuk akibat kesan adrenaline manakala pemandu akan lebih fokus jika melalui kawasan bengkang-bengkok, sebenarnya hanyalah mitos dan boleh mengundang bahaya.
"Kesan segar dirasai itu hanya seketika. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya akan menyebabkan microsleep lebih lama," katanya.
Microsleep tidak hanya terjadi semasa memandu, malah boleh terjadi semasa menonton televisyen, ketika berada di dalam kelas, menghadap komputer dalam jangka masa yang panjang dan sebagainya.
Sementara itu Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata majikan pemandu lori dan bas khususnya perlu memberi keutamaan aspek keselamatan kerana kemalangan perjalanan kini menjadi isu utama keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini apabila ia semakin meningkat.
"Walaupun ada pihak mempersoalkan kesesuaian memandu bas atau lori pada waktu malam, kita perlu ingat perkhidmatan mereka diperlukan untuk menyokong operasi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Kitaran tidur tidak seimbang dan microsleep sebenarnya boleh berlaku pada siang hari, seperti yang ditunjukkan dalam pelbagai kajian," katanya.
Justeru itu, majikan disaran mendidik pekerja dan pemandu mengenai undang-undang berkaitan dan bagaimana untuk menjaga kenderaan mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena