Tuesday 28 May 2019

Pemimpin DAP junjung tinggi perlembagaan Islam agama rasmi & MP Sandakan baharu zahir penghargaan atas kunjungan Menteri Kewangan [Video 'Pengkhianat! Tak sayang negara']

Selasa, 28 Mei 2019
KiniTV
Enam puluh kontena mengandungi 3,000 metrik sampah plastik yang diseludup ke Malaysia akan dihantar kembali ke negara asal. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin mengumumkan perkara itu dalam operasi bersepadu di Pelabuhan Klang hari ini. Yeo menambah, notis akan dihantar kepada syarikat logistik untuk mengembalikan sampah plastik ke tempat asal mereka dalam masa 14 hari. Selain itu, Yeo menyifatkan pihak yang membantu menyeludup sisa plastik ke Malaysia sebagai pengkhianat kepada persekitaran alam.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Gang Utara Fan Club

Pemimpin DAP junjung tinggi perlembagaan Islam agama rasmi.
Menurut Naib Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, ini dapat dilihat menerusi sumbangan yang telah diberikan wakil rakyat DAP bagi pembangunan Islam.
Setakat ini beliau menganggarkan sebanyak RM1 juta telah disalurkan kepada masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun ini melalui peruntukan 42 Ahli Parlimennya.
“Contoh yang terbaik ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh yang meluluskan peruntukan sebanyak RM130,000 kepada masjid dan surau untuk kegiatan kerohanian.
“Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong telah memberikan sebanyak RM125,000 manakala Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula berikan peruntukan RM87,000 sementara Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching RM55,000 dan Nga Kor Ming juga bagi RM40,000,” katanya yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan.

MP Sandakan baharu zahir penghargaan atas kunjungan Menteri Kewangan

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong menzahirkan penghargaan di atas kunjungan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke Sandakan baru-baru ini.
Beliau juga mengakui berasa bangga dan terharu dengan kedatangan Guan Eng yang membawa beberapa khabar gembira buat warga Sandakan.
Selain sumbangan berjumlah RM130,000 untuk badan agama, katanya, Guan Eng juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.8 juta untuk menaik taraf Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Beliau difahamkan, RM7.4 juta daripada peruntukan tersebut akan digunakan menggantikan alat perubatan dan kelengkapan hospital yang rosak serta pembelian peralatan hospital, manakala RM3.4 juta lagi untuk pembinaan bangunan rekod perubatan dan klinik telinga-hidung-tekak (ENT) yang baharu.
“Saya akan menjalankan tugas untuk memastikan segala peruntukkan disalurkan kepada badan ditetapkan.
“Sebelum YB Lim Guan Eng berlepas ke lapangan terbang beliau juga mengambil kesempatan untuk mengunjungi Pasar Elopura untuk berterima kasih kepada pengundi kerana sudi memilih calon Pakatan Harapan.
“Beliau merupakan seorang model pemimpin contoh yang saya akan ikuti,” katanya kepada Roketkini.
Vivian memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan dengan majoriti lebih besar.
Vivian, 30, anak kepada penyandang kerusi parlimen itu mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, menang dengan majoriti 11,521 undi menewaskan empat pencabarnya iaitu calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin, 63, serta tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, 65, Chia Siew Yung, 46,  dan Sulaiman Samat, 36.
Vivian memperoleh 16,012 undi, Linda yang juga Ketua Bahagian PBS Elopura mendapat 4,491 undi manakala Hamzah (788 undi), Siew Yung (178 undi) dan Sulaiman (126 undi). – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena