Wednesday, 29 May 2019

[Video TITAH SULTAN NAZRIN ISU POLITIK DI PREMIS IBADAT DISOKONG] Perguna atas nama agama terus jadi halal walaupun berbohong? Orang tak suka k'jaan kerana tak beri 'duit percuma', kata Dr M

Khamis, 30 Mei 2019
Jom Channel
Titah Sultan Nazrin itu turut disokong oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berkata PAKATAN HARAPAN negeri konsisten menolak politik kepartian sempit serta menggunakan sensitiviti agama dan kaum untuk meraih sokongan. Menurut Pengerusi PAKATAN HARAPAN negeri Perak itu pihaknya menolak politik perpecahan oleh parti-parti tertentu kerana ia berisiko menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini. "Ini penting bagi memelihara kemaslahatan ummah di Perak, apatah lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini serta Syawal yang bakal menjelang" katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Perguna atas nama agama terus jadi halal walaupun berbohong..
Sultan Kelantan belum pon kata apa² atau buat keputusan tertentu.. Tetapi PAS sudah mendahului Sultan? Segala keputusan berkait agama dlm negeri PAS punya kuasa ka?

Orang tak suka k'jaan kerana tak beri 'duit percuma', kata Dr M

Kerajaan PH tidak begitu disukai sesetengah rakyat kerana tidak meneruskan amalan pentadbiran lama yang memberi "duit percuma", kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
"Kerajaan lama suka beri wang percuma kepada rakyat, semua orang dapat wang percuma," katanya pada Persidangan Antarabangsa ke-25 mengenai Masa Depan Asia: Mencari Tata Global Baru di Tokyo hari ini.
"Tapi kini kita (PH) sudah ambil alih, kita perlu tanggung hutang beban hutang, kita tak ada duit dan kita tak boleh beri duit percuma.
"Dan apabila kita tak beri duit percuma, orang tak suka kita," kata pengerusi PH itu.
Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, kerajaan perlu berhati-hati serta cermat dalam menguruskan kewangan negara untuk memperbetulkan masalah kewangan.
Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya ketidakpuasan hari rakyat terhadap kerajaan PH terutamanya orang Melayu baru-baru ini.
Tinjauan yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan rating PH dan Dr Mahathir menurun.
Sementara itu, Dr Mahatahir mendakwa pentadbiran lama BN bertanggungjawab dalam membentuk mentaliti rakyat yang bergantung kepada bantuan kewangan percuma.
Menurutnya, mentaliti seperti itu tidak baik untuk negara.
"Kita mahu betulkan perkara ini. Negara yang rakyatnya bergantung kepada duit percuma daripada kerajaan tidak akan berkembang. Hanya negara yang rakyatnya bekerja keras akan berkembang," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena