Tuesday 27 May 2014

KECELUPARAN Zahid: Cina dan India Teluk Intan beri amaran BN akan kalah teruk...

Selasa. 27 Mei 2014

Masyarakat Cina, India Kecam Keceluparan Zahid Hamidi

4 hrs 
 

Mana pemuda umno.. Takan nak tgk saja naib presiden jgpa kena sound dengan india mic nie....?


MIC beri amaran BN kalah Teluk Intan jika terus hina kaum lain 

Pemimpin MIC hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar tidak memberi kenyataan menghina sensitiviti pelbagai kaum kerana ia memberi kesan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini.Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar) menggesa pemimpin BN memperlihatkan imej yang lebih inklusif kepada rakyat Malaysia.

"‎Kebanyakan kenyataan seperti itu berlaku dengan keterlaluan, anda cuba menyatakan perkara yang anda rasakan boleh mendapat sokongan satu kumpulan namun ia mungkin tidak disukai kumpulan lain pula.

"Ia perlu tindakan seimbang dan kita perlu menjaga keseimbangan dengan tindakan paling optima," katanya kepada pemberita di Hospital Teluk Intan hari ini.

‎Apabila diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kaum Cina yang menyokong DAP sebagai tidak bersyukur, beliau berkata ia sepatutnya dielakkan.

"Apa pun situasi yang terjadi, bagaimana kita (pemimpin) perlu membaca secara politik, tetapi... kita mesti harus memperlihatkan tindakan yang boleh diterima semua orang. Ini merupakan salah contoh isu yang perlu dielakkan daripada terjadi," katanya.

‎Beliau berkata empat hari akan datang adalah amat penting bagi PRK Teluk Intan dan pemimpin BN perlu fokus dalam mempertahankan undi dan meningkatkan sokongan.

"Elakkan serangan peribadi, kita mempunyai banyak kemajuan positif bagi semua aspek demokrasi di negara ini dan kita sepatutnya menggunakan kelebihan daripada cuba melakukan perkara yang mungkin menjejaskan peluang kita," katanya. – 27 Mei, 2014. -TMI

Hina pengundi Cina: Zahid perlu mohon maaf, kata Kit Siang

Lim Kit Siang hari ini menyelar kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menyifatkan pengundi Cina yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) sebagai tidak bersyukur.

Ketua Parlimen DAP itu berkata rakyat adalah tuan, dan golongan yang tidak bersyukur adalah mereka yang diberikan mandat memerintah tetapi penghinaan kepada rakyat pula dilontarkan.

‎"Ini satu lagi contoh menteri mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir dan secara ekstremis yang tidak membantu pembinaan negara.

"Dalam sistem demokrasi, rakyat adalah tuan. Mereka yang tidak bersyukur adalah mereka yang dipilih dan menghina rakyat seperti Zahid. Zahid perlu minta maaf‎," katanya pada satu sidang media di bilik gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.

Semalam, Zahid menggelar kaum Cina di Malaysia yang masih mengundi DAP sebagai tidak bersyukur setelah kukuh dalam kedudukan ekonomi.

"Melayu dan India yang membantu ahli perniagaan Cina. Tetapi apabila mereka mengundi, mereka memilih DAP. Mereka tidak bersyukur," Zahid memberitahu kira-kira 100 orang Melayu di Durian Sebatang, Teluk Intan semalam.

Dalam perkembangan lain, Lim menggesa pengundi luar Teluk Intan agar kembali ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab Sabtu ini.

Katanya, PRK Bukit Gelugor menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah dan Teluk Intan perlu membuktikan sebaliknya.

“Kamilah underdog. Harapan sekitar 40-60%. Namun setelah lapan hari, respon yang diterima sangat menggalakkan. Saya rasa peluang kami meningkat. Ia masih panjang bagi mendapatkan kemenangan.

“Kemenangan bergantung kepada pengundi luar kembali ke Teluk Intan. Ini kerana di Bukit Gelugor peratusan keluar mengundi hanya 46.5% setelah pengundi luar tidak pulang dan pengundi tempatan tidak membuang undi.

“Saya membuat rayuan SOS kedua pengundi luar untuk pulang. Setiap orang mesti berusaha untuk balik,” katanya.

Mengulas mengenai kekacauan yang dilakukan Pemuda Umno di beberapa negeri baru-baru ini, Lim berkata PR akan berbincang bagi mengatur strategi membasmi gangster politik dalam negara.

Katanya, insiden sedemikian mengancam keharmonian, perpaduan dan masa depan Malaysia maka ia tidak patut dibiarkan.

“Calon BN Datuk Mah Diew Keong mesti menyatakan pendirian. Bagaimana dengan semua ekstremis dan gangster politik? Saya berasa terkejut dan malu tindakan pemimpin Umno.

“Mah, inikah standard politik kamu? Mahu jadi sebahagiannya? Memalukan.

“Saya fikir Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Tan Cheng Lock tidak boleh bersemadi dengan aman,” katanya. 
-TMI
PRK Teluk Intan:‘Cina tidak bersyukur’ - MCA, Gerakan minta Zahid beri penjelasan...!!

Dua parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) menuntut Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan "pengundi Cina tidak bersyukur".

Gerakan dan MCA berkata, menteri dalam negeri itu harus menjelaskan kenyataan beliau kerana BN berkemungkinan akan tewas di Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata, kenyataan itu akan menjejaskan sokongan pengundi Cina sedangkan presidennya, Datuk Mah Siew Keong adalah calon BN di sana.

Mah akan menentang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK itu.

"Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada undi jadi beliau perlu menjelaskannya," katanya merujuk kepada Zahid.

"Bagaimanapun, saya percaya beliau tidak mempunyai sebarang niat yang berunsur rasis," kata Liang kepada The Malaysian Insider.

Ketika di Teluk Intan semalam, Zahid berkata, hanya kaum Cina yang gembira jika BN tewas di Teluk Intan kerana mereka sudah mewah dan tidak bersyukur atas kejayaan mereka.
 -TMI
Posted By Greenboc 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena