Sunday 25 May 2014

Dyana Sofya bukanlah cantik sangat, kata Zahid..."Isteri Tuan Goh lebih cantik!" Gitu pulak!

Ahad, 25 mei 2014




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.


Tidak ada gunanya mengundi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden Umno itu memberitahu kira-kira 200 anggota polis di Teluk Intan hari ini bahawa beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana‎ sekali dan tidak kagum dengan penampilannya.
"Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik. Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh berkhidmat kepada anda, apa gunanya?" tanya Zahid dalam majlis bersama anggota polis tersebut di sini.
"Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berhadapan dengannya dan ‎berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat! Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja," katanya yang mencetuskan ketawa daripada hadirin yang kebanyakannya adalah lelaki.
Katanya kepada hadirin malah "isteri Tuan Goh" lebih cantik daripada Dyana, yang dipercayai merujuk kepada Ketua Polis Hilir Perak Penolong Komisioner Goh Kak Liang.
"Isteri Tuan Goh lebih cantik! Semasa dia muda. Tetapi dia masih cantik. Adakah dia ada di sini?" kata Zahid berjenaka.
"Tetapi saya tidak berkempen. Hanya memilih sesiapa sahaja, asalkan orang itu sama seperti saya , " katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar kemudian, Zahid menafikan dakwaan DAP kurang daripada 10,000 polis ditugaskan memerangi jenayah, dan sebahagian besar pasukan polis ditugaskan melindungi ahli politik. – 25 Mei, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena