Saturday 24 May 2014

Esok! PRK Bkt Gelugor: “Permulaan kepada pengakhiran Umno"...Hilangkan wang deposit kesemua calon lain...

Sabtu, 24 Mei 2014

'1 undi di Bkt Gelugor, 1 undi di Teluk Intan'

 | May 24, 2014
Kit Siang seru pengundi Bukit Gelugor berikan kemenangan besar kepada Ramkarpal Singh disana sebagai pentas untuk calon PRK Teluk Intan DAP Dyana Sofya memenangi kerusi parlimen itu.
Lim Kit SiangPULAU PINANG: Menjelang 24 jam sebelum tempoh berkempen tamat, DAP sekali lagi menggesa supaya pengundi Bukit Gelugor mencipta sejarah dengan memberikan majoriti yang lebih besar kepada calon mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, sekiranya pengundi memberikan kemenangan besar kepada Ramkarpal Singh, ianya akan menjadi pentas permulaan terbaik bagi calon PRK Teluk Intan DAP Dyana Sofya Mohd Daud untuk turut memenangi kerusi tersebut.
“Kita mahu Ramkarpal menang besar di Bukit Gelugor. Ini mustahak kerana selepas ini giliran Teluk Intan pula. Apa yang anda lakukan Ahad ini akan memberikan kesan pada 31 Mei nanti.
“Teluk Intan bukan mudah kerana kita ‘underdog’ di sana. Kita perlukan kemenangan besar untuk menjadi pelantar kemenangan kita di Teluk Intan,” kata Kit Siang dalam ceramah mega PRK Bukit Gelugor di Sekolah Menengah Han Chiang semalam.
Tambah Kit Siang, satu undi di Bukit Gelugor merupakan satu undi untuk DAP di Teluk Intan.
“Ini merupakan permulaan kepada pengakhiran Umno. Undilah untuk masa depan politik negara.
Kalau dapat hilangkan wang deposit kesemua calon lain itu akan cipta sejarah dan menjadi momentum untuk Teluk Intan,” jelasnya lagi.
Anwar kecam Umno
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berucap dalam majlis sama menyelar  serangan ke atas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang oleh ahli Pemuda Umno Rabu lalu.
“Umno semakin terdesak dan tiada isu sebab itu mereka ada samseng. Adakah kamu takut dengan 20 samseng Umno yang masuk DUN? Jangan takut dengan mereka!” tempik Anwar.
Tambah Anwar, ini bukannya tahun 1969 dimana berlakunya rusuhan antara kaum.
“Politik mereka kotor tetapi kita mesti terus memerangi mereka. Beritahu samseng Melayu itu peperangan mereka bukan dengan orang Cina tetapi dengan semua rakyat Malaysia,” tegas Anwar.
Anwar turut mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugasnya.
“Kalau Barisan Nasional tak boleh jamin keselamatan negara dan rakyatnya jadi tolong berundur,” tegasnya.
PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam satu kemalangan ngeri 17 April lalu.
FMT

Untuk renungan pengundi Teluk Intan

22hb Mei 

Yang mana satu Pilhan Kalbu


Adutt Senanti Hudud ni tak semudah apo yg org slalu Kato....maksud ey....bukan mudah sesuatu hukuman di jatuhkan....
Baru lar botul2 adil....
Tak mcm hukuman sivil....tak ado bukti pun kono penjaro 5 tahun....

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena